Saturday, January 31, 2009

::l.a.k.i..@..j.a.n.t.a.n::

wahaha tengok tajuk cam ade something je kan.hmm.atiku tengah membara.alkisahnye adela sorang mamat ni.kenal die since UTeM lagi.salah sorang rugby player.tengah online sat tadi tetibe die buzz.fine.since lame sangat aku dah xlayan ym die before ni so kali ni aku cam terlembut atila nak replykan.Memule tu ok lagi.Tanye how's life,keje macam mane disamping yang tersayang (so what??) pastu mulela masuk ke ayat2 yang aku akan rase nak muntah since dulu lagi.bleh dikatekan every time ym mesti cakap pasal ni.kalo dapat muntah depan diekan bes.

Jantan:"xde ke mane awek yang bleh rekomenkan kat aku?"(eyekk!!)
Aku:"dah ade sorang pun nak carik yang len ke?"
Jantan:"tula pasal.asik ade je prob.hal kecik diperbesarkan..bla2..die tu baik sangat.ngan die kene jage moral.susah dapat orang 'baik' ni."(shit!dari aku taun 3 lagi aku dah dengar ayat yang same)
Aku:"dapat orang baek pun susah ke?bersyukurla sket".
Jantan:"Memangla.tapi baik sangat xbes gak.(after 5 years together,now baru cakap camtu.wekkk!!)ko xde ke kawan yang 'open-minded',yang xkenal sangatla.senang sket.tapi xdela sampai nak bawak tido.(tido??toinggg..)
Aku:"Ko g carik operatorla".
Jantan:"Operator senang ek?ade kenal ke mane2 operator?"

Haa tengok tu.Aku saje je nak suh carik operator sebab aku xde idea dah nak bagi suggestion ape.nak suruh carik kat Lorong Haji Taib kang kejam sangat plak.Xsesuai plak ngan post die as engineer tu.Agaknye kalo betul operator senang nak dapat,macam manela agaknye?Kecurangan die ni since UTeM lagi memang dah diketahui.

Asik cakap besar.Dulu (baru taun lepas)kene sampuk sket ngan antu dah masuk ICU.koma 2,3 ari.xinsaf2 lagi.pelik betul jantan tu.

Friday, January 30, 2009

::i.d.u.n.g.k.u::

arini dah start keje.best gile.ramai cuti lagi.
sunyi.sepi.aku keseorangan.tanpa anand disisi.
wakaka.kontroversi nanti nih.
Mr Low sebelah aku xde so aku leh surf sebebas-bebasnya.haha.
Anand xde nak lalu lalang blakang aku.
Susanta xde geng so die duk je dalam bilik die.
Prakash duk dalam bilik wat2 bizi takut Susanta panggil.
aku?akukan heroin kat cni.berlakon sampai lebam.
yeah.chatting xabes2.
mencarik idea nak upload post.
search itu.search ini.sambil air idungku meleleh.
cet!tetibe je leh selsema.duk dalam aircond pun die leleh gak.
dah lame idung aku xwat hal.lately plak leh bocoq.huh..


Tuesday, January 27, 2009

::Selamat..Bertunang::

~Congratulations~
Hariz & Shidah
26 January 2009


haa..sorang lagi members of MATEREALIFE bertunang. Pas sorang,sorang ye ambik nombor ek.ahaks.at last jadi gak Hariz bertunang setelah banyak onak & duri yang die terpakse lalui.nak wat macam mane.itukan lumrah idup.

So on that day, lyn, amad & aku berkumpul wif hariz kat Masjid Kajang.Lepak2 minum cendol dulu depan masjid tu sampai rombongan Hariz abes berdiskusi & sarung cincin barulah kitorang gerak ke umah tunang hariz tu,umah shidah.Kalo bley memangla nak tengok camne dorang bincang & majlis sarung cincin tapi disebabkan niat asal kitorang just nak teman Hariz datang lambat sket & just untuk makan je so kitorang sampai pun elok2 je time makan.haha.then lepak lagi kat port bese 'Satay Haji Samuri'.



Friday, January 23, 2009

::gong..xi..fa..cai



arini last day keje before Chinese New Year
Dapat angpow.RM6..Hoyeh!!

Macih Megasteel@Lion Group.

Walaupun RM6,xkesah pong.Asalkan dapat.

Untung gak keje syarikat Cine ni.
If syarikat Melayu lum tentu dapat.

So kami sume akan bercuti from tomolo til Thursday.haha.

jangan jeles ye macik Nani.extra 2 days tau.aha.


Happy Chinese New Year

Wednesday, January 21, 2009

::n.y.a.m.u.k::

Geram betul malam tadi.tengah sedap tido,tengah sedap air liur leleh kene kaco ngan nyamuk. cet..abes sume kene geget.rasenye sebab aku lupe tutup tingkap kot before tido.sampai cium molot ngan nyamuk.bangun tido bibir aku bengkak kene geget.huih..melampau betul.kalo nak cakap ar kan.ni men curi2 plak.seb bek tersedar dah nak pagi.dah abes darah kene isap baru sedar.haha. xpe2.malam ni kite 'main' same2 ye incik nyamuk.turn i plak ganas okey.harharhar.



Monday, January 19, 2009

::lagu..untukmu::

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

ps: Incik Amad,jom karaoke lagu ni lagi nak??haha.sampai kuar anak tekak..

Friday, January 16, 2009

::p.i.n.k.y::

kejadian di opis;
conversation lebey kurang mcm nila;

Miss A:
Amad, ensemla ko pakai baju pink.Pakaila ari2..
Incik Amad:
Err.
.


gosh!!huahuahua..bile ade seorang wanita yang memuji begitu kepada bf anda. apekah perasaan anda sebagai seorang gf??mestila jelouskan BUT..ahaa..look who's talking?sekelumit jeles pun xde tapi geli ati adela.haa..tula.len kali kutuk lagi Miss A tu.walaupun die macam tuu..die still ade perasaan and usehe nak puji awak tau..hik3..



p/s:tengah wat post ni pun leh gelak sensorang sebab Miss A baru je lalu =P

Wednesday, January 14, 2009


feel a bit down and unhappy today
~bluekkk~



Tuesday, January 13, 2009

::P.T.D.lagi::


.alhamdulillah.
.hepi.x.hepi.x.hepi.x.hepi.

Monday, January 12, 2009

::b.o.n.u.s::

arini dapat BONUS.hehe
xconfirm keje lagi dah dapat bonus.
sangat bes.
lagi bes kalo xde pape keje tetibe dapat gak.
alhamdulillah.rezki baek punye.
baru rase camne perasaan orang len bile dapat bonus.
*happy*

p/s: incik amad, this week dah janji g ISETANkan?kan?=P

::MPOC 2009:


Congrats to Spunky Militia..akhirnye nek gak podium ek..yeah!!berbaloi segale usahe kami yang watkan sandwich untuk korang sampai kul 1 pagi nih..hik3.Alhamdulillah sumenye berjalan lancar.financial mencukupi, accomodation sume terbaek..penginapan ditaja oleh incik Amad & me.sampai gak ke Bantingkan.ngeh3.transportation setengah ditaja oleh Celcom ;p.

9 Jan '09
+Rombongan dari Melaka sampai ke daerah Banting kul11.30.
+Terus check-in ke Blok BB.
+Crew kene prepare sandwich til kul 1 lebey baru leh tido.

10 Jan'09
+7.30am bangun dah(untuk crew je.players bangun kul 8 lebey.)
+9.30am gerak dari Banting menuju ke Bukit Jalil.
+Lepak2 dulu.kul1 lebey baru 1st game stat.ade 7 game sumenye.
+Alhamdulillah.sume game dapat sapu ngan bersih.antare team yang berjaye dikalahkan-JS, KLCC 1.0,Rimba Crusher, BumbleBeez, D'Blacklisted,Overkill ngan TFraternity rasenye.
+Otw balik mamam d Taman Warisan Pertanian, Putrajaya =)



11 Jan 09
+Breakfast kat mamak dekat umah tu je 'Madina Maju'.
+Trus g Bukit Jalil.
+Played for Quarter Final, Semi-Final and Final.
+Final:Spunky Militia Vs Southern Pirates. Southern Pirates won.
+It's ok.Dapat gak nek Podiumkan.hehe.


*Sorry to kayna & jihah;umah sepah sket xsempat kemas pas pindah.
*All pics tengah diupload di SINI. Sorry lambat sket. Bos slalu lalu lalang plak kat blakang aku nih. haih..rimas den.
*Nanti dah pi collect the prizes nanti upload gambar lagi k.
*if nak nengok result overall tgok kat SINI


Wednesday, January 7, 2009

::Hari Asyura::

Arini ramai orang pose..
tapi atas sebab tertentu aku xleh pose..huhu..
ruginye..
semoga masih ade lagi Hari Asyura untuk aku tahun depan..
Insyaallah..

Jom kite bace ape itu hari Asyura..

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. So 10 Muharam taun ni 7 January 2009.Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

::c.u.p.c.a.k.e.s::

~Cupcakes Fever~
sumenye sangat menarek
sampai xtawu nak pilih yang mane
help me..plz..
if sesape ade design yang baeknye btau k..