Tuesday, February 23, 2010

Hari Birthday Chenta Hati


 During visit Historic Melaka. kebetulan birthday incik amad.

Hari ni birthday my Incik Amad yang ke-26.. cepatnye mase berlalu. Rasenye time mule bercintan cintun dulu baru celebrate birthday yang ke-24. Dah tua plak rasenye tunang aku tu..haha. Makin tua makin marbeles :-p.

 The truth of Incik Amad.

Ape plan arini? hurm.. both of us half day arini. cewahh..half dayla sangat. dengan kate lain lari setengah hari. haha. Now ni 2.10pm aku masih tersadai kat umah. Bajet cam nak kuar merayau2 dengan birthday boy tapi malangnye malam tadi birthday boy tak cukup tido maka aku kene tunggu die bangun baru boleh kuar berjimba. aiyohh.. layankan aje permintaan birthday boy itu.

Adiah??hehe. taun ni adiah amat sepesel sampai tak boleh nak nak tulis dalam blog ni. adiah yang akan dapat sekali seumur idop. p/s: cik nani, cik mas, saya tau korang tau sebab kite pernah berdiskusi 4 malam sebelum di atas tilam sambil bergolek2.. diam tutup mulut oke. haha. tapi malangnye tak dapat nak bagi arini gak. Kene tunggu and ambik mase sket. Harap sabar menanti ye incik amad. kikiki~

 2008

Oh ya. Incik Amad udah merayu kat aku jangan kasi telur sama dia. Bleh ke ek? Kalo ikutkan ati, toksahkan telur, campak dalam loji tepi blok tu pun aku sanggup. haha. Tapi tengok keadaanla. Rase2nye taun ni nak kasi rehat sket. Sian die 2 taun berturut2 kene telurkan. okla. will update later k. tata~

 2009
2010??

Jeng..jeng..jeng..

tadaaaa....

Inilah hasil kami di malam besday incik amad. Bersengkongkol dengan Madol, Dan dan juge Os. haha. Malam sebelumnye dah msg Madol bitau birthday Incik Amad esoknya dan die kate nak beli tepung and telur. Aku dengan baik hati bitau tak yah telur sebab Incik Amad dah merayu takmo telur. Die pun agree. Yeyy.. Dup..dap..dup..dap.. tak sabar nak tunggu malam.


Kul4.30 petang, kitorang gerak ke Cyberjaya. Incik Amad request 1) tak mo g KL, 2) Takmo western food. Heh. Aku paham sangat dah anak tekak tunang aku ni. Bukan nak makanan pelik2 sket. Kalau aku lagi pelik, lagi nak trykan. Die kalo bleh sure nak ade nasiknye. hehe. So pening2la aku google mane nak makan kat kawasan terdekat ni. Pas google2, bace blog orang len, pegila ke QThai Restaurant. Adela dalam 20minit sesat. Address sume tak bawak. Men redah je. Dahla bukan aku yang bawak kete. kiki. Kecik je tempat ni. Bile masuk je trase cam masuk kedai kat Siam nun. Ade banyak anak gajah duk tepi dinding. Dalam keadaan perut yang lapar ni, rase nak order je sume. Aku tak surela aku nak meraikan birthday boy or meraikan diri sendiri. huhu. 

Order untuk 2 orang tapi datang leh cukup untuk 3 orang. Semua food marbeles gell. Semua secukup rasa cume ade fish fillet tu je yang tak berapa nak sedap. Yang lain menjilat ibu jari kaki. Atas ni pic2 lauk pauk yang kami order. Air soursop die sangat mantap. sebiji2 durian belanda dalam cawan.And ade dessert juge. Cendol and Pulut Mangga. Pulut kaler ijau. sodap wa cakap lu.huhu. Incik Amad kasi aku 2,3 suap and yang selebihnye paham2la. hehe.

 

Perghh..tersandar kekenyangan. Aku sempat tido dengan lena on the way ke Alamanda. hak3. Kat Alamanda, ape lagi nak wat selain karok.Lame dah tak karok berdua. Karok bertiga sudah dah.. hik3.. Karok sejam je. Tu pun karok tanpa sebarang aktiviti mengunyah sebab Incik Amad memang tak lalu langsung tengok food dah. Hebat btul penangan Siam tu. Pastu dah penat2, kitorang balik. Aku sempat message Madol bagi info traffic terkini.. ngeh3.

Dalam 15 minit sampai umah, dorang pun sampai. Masing2 dengan tepung kat tangan. Yang jadi umpan aku. Aku pun memang nak antar baju kotor. Tapi Os plak silap langkah. Terkantoi depan pintu. Hahaha. Xpe2. Aku truskan gak antar baju kotor aku tuh. Yang pastinye Incik Amad duk depan pc je. Tak layan aku pun. Punyelah susah nak umpan kuar lagi skali. Aku pun wat2 blah ah. Last skali Dan kene call amad suh turun bawah sebab nak bagi duit. Dengar dari luar umah die jeritt "Budak2 ni suh aku turun ni, memang kene ar aku malam ni. Cibai tul ar..". hahaha.. tak leh blah dengar ayat pasrah die. Aku yang duk skodeng dari luar belah dapur die tu puas tahan gelak.

 
maaf.gambar gegar berikutan incik amad menyelamatkan diri.

Last2, die kuar gak. bukak je grill..zassss..incik amad dah bertukar jadi keliwon tepung. harharhar.. tak terkata die. Agaknye die ingat nak kene kat bawah kot. Tapi die dah siap2 tukar baju buruk tau. Tak aci. haha. Pastu tah cemane pintu umah die leh jem. 1 keje plak kene bukak pakai card. Seluk punye seluk, terbukakla pintu tu. Elok je terbukak, "pek!!".. kene tepat kat atas kepala die. Telur daaaa.. Ni prasathnye keje plak. Ni aku tak subahat ok. hahaha. Maka kesimpulannya birthday ke-26 ni tetap kene telur and tepung walaupun telur hanya sebiji. Yang paling bes tepung tu tepung PULUT.  hahaha..

 
Sila sapu balik tepung tu..hehehe..

To incik amad, Happy Birthday. Dah tua dah ok. Good Luck for your future and jangan malas2 keje :p. I love u much much more. muahhh..



Monday, February 8, 2010

1 down...


entry yang dah agak lapuk. a week after pulang dari Jakarta, aku dan incik amad ke Batu Pahat untuk meraikan salah sorang MATEREALIFE. hehe. Dikalangan kami die yang pertama menamatkan zaman bujang. Kahwin juga die akhirnya setelah melalui berbagai2 dugaan. Isterinya merupakan seorang ustazah pendidikan khas. Tah cemane tah leh sangkut ngan ustazah kami pun xberapa nak pasti. Sebab segala kejadian berlaku after abes belajar. Time konvo baru diperkenalkan kat kami. Actually akad nikah dah berlangsung pada 26 Disember 2009 tapi disebabkan masing2 sibuk, majlis bertandang pun jadilah.



Pada hari kejadian, Prasath tak dapat pergi sebab menyambut Thaipusam and Lyn pun same. eh..Lyn kene keje. Cuti tak approve. So aku and incik amad lepas hantar present kat officemate yang kahwin pada hari yang same, terus ke Batu Pahat. Aku berjaya drive 2 jam je untuk sampai Batu Pahat. Sebab terase dah terlambat. hehe. Sampai di Parit Raja, singgah di rumah Am untuk solat. Rumah besar yang bleh men kejar2. hihi. Trus ke rumah Hariz.



Lepas tu acara bebas. Am bersemangat nak tunjuk kota Batu Pahat sampai sesat2 jalan. haha. Pegi Batu Pahat tapi masih carik mamak gak untuk lepak. Layan Chicken Chop plak. Baru je sejam lepas makan nasik minyak. Rezeki jangan ditolak. hehe. Dah sampai sane tak sah rasenye kalau tak singgah Ayer Hitam. Jalan2 carik kerepek and paling penting nak beli tapai. sedap gile.. beli skali 10. heh.. Around 9pm barulah terpikir nak balik.



Alhamdulillah selesai sudah majlis Hariz. And dengar khabar bakal menjadi ayah tak lama lagi. hehe.. express gile.. lagi sorang kawan aku sharp shooter.. hak3.. So MATEREALIFE, 1 down, 5 more to go.. lepas ni ke mane? hehehe..tunggu jela kad ;-)

Sunday, February 7, 2010

malam karok

Aktiviti secara tiba2. Tiba2 tu maksudnya dirancang 2 hari sebelum. Kalau dirancang dari awal memang takkan menjadinye. Berjanji berjumpa di Alamanda. Disebabkan keluar secara solo, agak ketar gak bile pikir kene parking kat basement. Salah satu perbuatan yang aku sangat risau bile aku kene parking kat basement sorang2. Dalam kepala selalu terbayang macam2. huhu.. So mintak dorang tunggu kat tepi jalan dekat ngan GSC. Tapi bersyukur sangat2 kitorang berjumpa di traffic light before sampai tu.



1st skali mission mencari kasut untuk cik nanie yang akan interview PTD this week. Hampir sume kedai dah jelajah tapi tak bekenan. Kalo suke pun sure takde saiz. heh. Then luar kesedaran, dah kul9.30. Mencari Sushi King, jumpe, masuk, duduk, tengok menu. Order air. Perhatikan sushi atas conveyor tu asik same je. Nak order sushi lain, SA cakap banyak sushi yang kitorang dah xleh order sebab dah nak kul10. Dah nak tutop. Telan air liur. So bingkas bangun g cashier, Mas nak bayar air. Air kotak epal RM7.90. Menyumpah jap minah tu. haha. Dinasihatkan untuk framekan je kotak tu. kikiki~ Banyak yang dah nak tutup. Terus ke Penang Village. Pun hampir nak tutup tapi masih boleh order. ok. order.


Disebabkan tak puas hati, nak gak turun ke Carrefour beli sushi. Nani plak nak Big Apple. And malang skali lagi berbau hanya ring donut je available. ring pun ringla. janji dapat makan. Aku dan Mas turun ke Carrefour and Nani tunggu donut siap. Sampai je tempat sushi, dorang tengah packing nak wat lelaong. Pe lagi.. kebetulan perut sangat lapar. Ambik macam orang ilang akal. Murah plak tu. Main kaut je. haha. Makanan yang diorder di Penang Village sampai dalam keadaan idop segan, mati xmo. Tawar. Tak menarik langsung. Dahla lapar. Sabar jela.



Then, ambik nombor kat karaoke. walaupun ramai tapi nasib baik tunggu tak sampai setengah jam dah dapat masuk. Haa pe lagi. melalakla sampai 2 jam. free 1/2 hours plak. Sampai kul2 pagi tiga2 melalak. Sambil makan sambil suap sushi, suap donut. Mulut penuh pun nak nyanyi gak. ehhe.. Dah abes 2 1/2, sambung plak ke Mamak presint bape tah. Lepak lagi pekena teh tarik. Incik Amad dah call tanye bile nak balik. kikiki~ Lepak tak henggat dekat kul4 gak ar baru gerak. Kene drive balik sorang2. huwaa.. tapi sebab seronoknye pasal, redah gak. Tapi terlupa yang esoknye kene keje. tapi takpe. macih incik amad. muahhh..