Monday, June 29, 2009

::d.a.r.k..w.e.e.k.e.n.d::

Mari update untuk cite2 weekend. macam bese ar blog ni kebanyakannye adalah untuk aktiviti weekend dan jarang digunakan untuk mengexpress feeling. sume tu simpan dalam poket je. hehe..

Sabtu

Tengahari berlepas ke opis. siap bawak bekal sardin+nasik okay.. Walaupun bukan turn keje ari Sabtu tapi weekly report kene antar senin, nak tak nak kenela datang opis gak sampai kul4. Pastu gerak ke Banting, Kg. Sawah ke pe tah namenye Incik Amad ade frenly match bola. Seb bek menang. Macam bese. penanti setia di tepi field sambil tembak-menembak sekali sekala.


.baby pooh posing maut =p.


.dalam semak pun jadi. malas nak edit.

Ahad

8.30 pagi gerak ke UM. escort Prasath nak jumpe family and tangachi daftar masuk UM.. UM tuuu.. course Economy. hebat ar.. Raj pun ikut gak. Takleh nak tinggal umah langsung. hak3. On the way tu aku dah hampir naik pening. Sebab ape? Sebab dengar orang cakap tamil sambil tu dengar lagu gak. ayoyo.. tergeliat otak aku jap.

Sesampai UM, jem gile truk. kat entrance tu ade sekumpulan pelajar2 perempuan mostly bertudung labuh pegang banner Selamat Datang. Perempuan2 tu turut menjadi mangsa Raj & Prasath. Tetap nak collect no tepon gak. Aku yang duk depan ni memang tak mampu dah nak angkat muke. Malu gile. hahaha. Pastu awek2 yang ade sekitar perjalanan tu tetap kene kacau ngan dorang especially ade minah2 sebangsa.


Kolej yang dituju adalah Kolej Ketiga-Tuanku Kurshiah. TKC gak ar ni kan. hehe. bersuai kenal dengan family Prasath. Kebetulan jumpe plak tok sedara Incik Amad yang dari Kuantan and Kelantan. What a small world.. Pegi UM pun leh jumpe. Stakat MPOC tu memang kompom jumpenye. So sementare Prasath meluahkan perasaan rindu and sesi nasihat-menasihati tangachinye itu, aku pun bersuai kenal gak ngan tok2 sedara incik amad. Nasib baik. leh lari jap dari otak menjadi lebih tergeliat.


Dari ape yang aku observe, susah nak carik mahasiswi yang leh dikatakan kategori cun and mahasiswa yang dikategorikan macho di UM tuh. opsss..sori eh sesape kengkawan yang keluaran UM. hik3. Rase cam beza sangat ngan UTeM. Maybe sebab yang aku tengok tu banyak stok yang pakai baju kurung and berstokin etc. Kat UTeM mane nak dapat. Pakai baju kurung pun sekali 1 semester. macam aku je tuh..hak3..Sumenye nerd belaka. Nerd pun pandai. Kalo x, xde ar masuk UM kot. hehe..


Dkat tengahari tu bile AJK MHS announce suh freshie masuk hall untuk orientasi, dengan berat hatinye mak Prasath kene tinggalkan anak tunggal kesayangannye. Ade gakla adegan Bollywood melutut, tarik2 kaki kat depan hostel. hik3. ok. tipu. Tak sempat nak ambik gambar time kesat-mengesat air mate. Rugi tulla.

Then, our next destination gi makan plak. Dah follow kaum India of course pilihan hati nak makan Banana Leaf Curry House kan. dulu time balik skolah slalu makan. Kali ni kat Brickfield plak. Lame dah aku tak santap atas daun pisang. Tak sume tak halal k. ade gak yang halal tapi kene pandai2 carik ar. Main dish sume dish untuk orang vegetarian. Dal, terung, kobis and semestinya dimasak dengan kari. Side dish bleh pilih kambing, ayam or ikan.





Kenyang gile. Now nih baru kompom feveret food aku KARI.haha. tu sebab sku ske lepak mamak je. hehe.

After lunch, bincang2. memule plan nak g KLCC.. then ayah Prasath kate nak wat 'umrah' plak kat Batu Caves jap. heh.. bagai dicita ulam mendatang.. kitorang yang memang dah lame plan nak gi Batu Caves laju je angguk pale. Aku yang dah 24 taun tinggal area sekitar Batu Caves tu tak penah pun jejak kaki masuk sane. Family Prasath berulang kali tanye takpe ke kitorang follow pegi Batu Caves. Islam bleh ke masuk tempat2 macam tu? heh.. at least dorang concern gakkan.



Awal2 lagi incik amad dah serender tak mo panjat Batu Caves tuh. Aku baru nek sket die dah panggil2 aku suh turun. ahaks. last2 kat anak2 tangga bawah tu jela. Tapi nasib baik gak. pastu ujan turun lebat gile. Terpaksa lepak kat kuil bawah2 tu je. Sesekali terimbas cite Padayappa. kui3..




Sementare tunggu ujan benti tu, family Raj plak datang. maka bergatherla 2 family sekaligus. bes plak bile nengok camtu. hiruk-pikuk jadinye. hak3.



.Raj's family.

Untuk suai kenal dengan lebih rapat, kami sume menuju ke arah kedai india dalam compound batu caves tu gak untuk minum petang. hehe.



Lepas tu, family prasath balik ke Perak. kitorang?? teruskan plak aktiviti g Klang umah cousin Raj. memang family day betul arkan. Actually ade lagi agenda pas tu. tapi seb bek dorang suh kitorang gerak balik dulu sebab ade lagi nak ziarah umah family depa. fuhh... lega..On the way balik singgah kat Pulau Carrey. takde ape yang menarik pon.umah orang asli de ar.

So tu je ar aktiviti gelap minggu nih..bilelah gaji nak masuk ni..

Sunday, June 28, 2009

::t.r.a.n.s.f.o.r.m.e.r.s::



Dah tengok filem Transformers? heh.. ni bukan aktiviti hujung minggu ni. Ni merupakan aktiviti hari bekerja Khamis lepas baru2 ni. seari pas filem tu dilahirkan ke Malaysia.

Dalam 10.30a.m tu baru 10 menet balik dari plant, Incik Amad ajak g Alamanda nengok muvi. Biar betul.. belum lunch time lagi kot. ade lagi 3 orang mukhlis, apiz ngan mirul nak pi gak. Sumenye gara2 time2 macam ni tix still available. heh. ikut jelakan.

Sampai Alamanda, tix kul10 dah terlepas. So yang ade kul2p.m. Disebabkan nak tengok gak, kenela lepak2 sampai kul2. Tu pun seat dah hampir ke depan. Bapak lajunye tix terjual. Siap bley tempah 3-6ari awal lagi. Patutla asik sold out je. Round2 sekitar Alamanda macam budak ponteng skolah. Lame tu nak tunggu 3 jam. huh..

Dipendekkan cite.. muvi ni superbbb best... dan sangat bes untuk sume para2 jejaka sebab banyak gak adegan panassss yang sengaja dan tak disengajakan dalam muvi tu.. super hot jadinye. untuk para gadis hanya bleh mengagumi ke'hot'an minah saleh tu sambil terus menatapi susuk tubuh 'Sam Witwicky' yang agak kurang terdedah sangat berbanding minah saleh tu. haih.. tak aci btul. Sangat mengagumi Bumble Bee sebab tak bagi awek len nek kete tuannye. harap2 boleh digunapakai pada mase depan kat kete2 Malaysia nih. ahaks. Diselitkan juge ngan lawak2 yang bes..


.Bumble Bee yang sangat comel.

Walau macam mane pun, tontonan kelima2 kami terganggu dek BAU KAKI orang belakang. Memang macam *&%$#@^!! Mangkok ayun btul! Rase nak sound je tapi sabarkan jela ati. 2 jam 30 minit tengok muvi sambil tutup idung ngan ujung tudung. Siap sepoi2 bahase baunye.. ade gak makhluk macam tu dalam zaman camni. tak penah tau ethic nengok muvi kot. Deym!!

Kembali ke dunia yang nyata di Olak Lempit pukul5.30pm. kul6pm slot card then balik. ahaha.. bape jam je keje? kui3.. sampai bilela nak wat cenggini..

FYI, training extend lagi 2 bulan. Thanks god aku masih dibawah Pak Abu. Bagila aku bape banyak projek lagi pon tak kesah sebab aku tau leh setelkan dengan penuh slow-mo seperti Pak Abu gak and Pak Abu, silalah shift malam sehingga lagi 2 bulan. hehehe.. Lagi extend, lagila banyak free-time nampaknye.. janji masyuk.. =)

Tuesday, June 23, 2009

::SIM..p.l.a.k::

heh.. lame tak update. last week banyak aktiviti sebenarnye tapi tak terniat plak nak masukkan dalam nih. takpelah.. nanti senang2 cite pasal hal tu plak. last week sangat mencabar jiwa dan raga sebenarnye. ke hulu. ke hilir. dengan keadaan sangat sempit. pheewww.. alhamdulillah berjaya gak merentasi mase dengan tanpa alat bantuan doraemon. heh.. harap2 everything berbaloi.

okeh. cite pasal perkembangan kat opis plak. projek?? haa.. sangat senang ati lagi gumbira dengan progress projek yang dah dibuat. amat mudah sebenarye. menyesal tak wat dari awal. actually jawapan dah ade tapi tak tau nape Amsteel tak suruh je pak abu tu selesaikan dari dulu. kalo tak dah lame dah setel. Pak Abu ajar step by step. terase macam tuition plak ngan die. Disebabkan die teramatlah busy and selalu kene shift malam, aku ade banyak mase nak dibazirkan.



Selain dari edit-mengedit gambor, kat opis tengah dilanda penyakit SIM. aku tau game ni dah lame dah tapi nak men kat opis tu tak penah terpikir plak. before ni dorang demam PES but now SIM City plak. masing2 eager nak jadi mayor yang gigih lagi berwawasan. ahaks. tapi cam bese ar. cheat tetap digunapakai. kalo tak, tak leh menjadi ar sebuah pusat bandar alam maya.

Pas setel masuk plant dan sebagainya barulah leh men dengan tenang ati. dari kul10 am hinggalah 6pm. tak sedar weh.. sampaikan lunch pun incik amad leh rela ati skip. incik amad skip lunch. percaya atau tidak?? rela meninggalkan pulut kuning dan nasik ayam feveretnye. kikiki~ hanya tinggalkan pc waktu solat je. hebat penangan SIM kali ni. tak sehebat PES Bos lalu, trus switch off monitor. aha.. tak leh blah btul idup seorang engineer macam nih. ni yang wat berat ati je nak apply keje len nih and still tak apply lagi. sape nak bagi keje ari2 kat opis men game? jadi surirumah pun lum tentu lagi.. harap keadaan ni berlarutan sampai bile2.. hak3..


Monday, June 15, 2009

::M.P.O.C..4th..Leg::



Sedar tak sedar dah sampai round ke 4 dah MPOC 2009. Tinggal 1 round je lagi. MPOC kali ni still kat Bukit Jalil walaupun dalam plan awal nak wat kat Penang. huk3.. tak dapekla nak g jenjalan jejauh sket.

Berikut adalah aturcara yang telah berlangsung sepanjang 2 hari 3 malam berkumpul.

12 June 2009
*Rombongan dari Melaka sampai ke rumah penginapan lebih kurang kul10 malam.
*Macam biase, crew takkan dapat duduk bersenang-lenang. Aktiviti membuat sandwich dimulekan dengan mempastikan kualiti dan kuantiti menepati citarasa captain sambil menonton cerekarama =p. mempelam mr fuzzy berjaya membuatkan para crew meningkatkan metabolisme keesokkan harinye =(
*3 pagi baru dapat melelapkan mate lepas menyiapkan beberapa biji ketupat palas. heh..

13 June 2009
*6 pagi baru bangun walaupun plan awal 6.30 pagi dah kene gerak. nak wat camne. baru je 3 jam tido. sandwich pun wat ala kadar. at last kul7.10a.m, 3 buah kereta bertolak menuju Bukit Jalil.
*Kali ni Spunky merasmikan 1st game untuk D4. agak mencabar jiwa & raga tapi alhamdulillah 1st game tu dapat sapu bersih macam menang tanpa bertanding. ahaks.



*Diikuti dengan beberapa game lain sehinggala game ke 7 & 8 Spunky jatuh terduduk dengan Overkill & Infidelz. Pastu lagi 2 game dapat cover balik.
*Spunky dapat mara ke pusingan penentuan no 1 & 2. ayat gile skema =p. Tapi tak menghairankan Spunky dapat masuk ke pusingan tu tapi agak terkejut sebab leh dapat no 1 overall. hehe.


.result.

*Alhamdulillah kali ni tak berapa panas, siap hujan plak so agak selesa.
*Aktiviti selepas menyucikan diri masing2:
**Plan untuk makan besar untuk meraikan kemenangan. Steamboat Restoran Nelayan dicadangkan tapi last2 on the way terpaksa tukar plan atas sebab2 tertentu. Maka dengan itu terus ke Restoran Tupai-Tupai. heh.. tak tau mane nak tuju dah. masing2 kelaparan sampai tak dapat nak berpikir dengan waras. Makanan yang sampai pun tak sampai 5 minit dah licin. ahaks. sedappp!


.di Tupai-tupai.


.tangan bersimpang siur.

**Bile dah kenyang, mase banyak lagi. 2nd destination plak Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Semput berjalan sampai ke hujung.
*Sampai ke umah, para crew masih tetap dengan sandwichnye. prepare untuk sok plak.

14 June 2009
*Game start around 2 pm. Bertemu ruas ngan Infidelz untuk berjaya dalam best 3. 1st round Spunky menang. 2nd round draw. 3rd round Spunky menang. ini game tabur-menabur namenye. hak3.



*Maka dengan ini, confirmla Spunky Militia champion untuk 4th Leg ni. ngeh2.. at last.. asik selesa sangat duk 2nd je.. alhamdulillah..

Detik2 kegembiraan Spunky Militia =)



.We're the champion.


.D4.


.Spunky's Family.


.the prizes.


.the crews.


.the medal.

Sempena Father's Day, Spunky pun ade celebrate gak. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab kek yang dibeli sendiri oleh bapa tu dipotong dan dimakan dengan laju2 dan aksi seorang bapa di simbah air laici pun tak dapat nak rakamkan =(.


.basah sket je.

Pas balik, siap2 nak g klia plak. niat asal nak ambik barang je tapi dah trus macam nak ngantar cik Nani outstation ke Denmark plak. 2 in 1 la nampaknye.. i tau u saje je nak i same2 antar u kan..hehe..



Wednesday, June 10, 2009

::l.i.f.e::

Dah seminggu aku gi keje tapi aku tak keje. camne tuh? Pepagi, bangun pagi, siap2 g nak gi keje. Pastu sampai opis trus menuju ke cafe. Belila ape yang patut. Murah dari Wisma. Sangat murah. Yelah. Kat cafe ni Mamak+melayu. Kat Wisma Chinese plak. Naik atas, on pc sambil breakfast.

Kul9 incik amad gerak masuk plant sebab setiap pagi die ade meeting. Aku?? hehe.. supervisor aku gi training sampai Jumaat. Almaklumla supervisor AGM (assistant general manager). heh.. Projek aku tak jalan2 lagi. Baru sket wat dah malas. bukan malas tapi tak tau nak wat pe dah. owh..ni berbalik kepada perangai time study dulu. wat assignment, projek last minute. sok nak submit, malam ni tak tido malam pulun siapkan. tapi mase tu ade Lyn. ni kene wat sensorang. huhu..

So ape aku wat sepanjang minggu ni? hmm.. facebook 24 hours.. dari kene gigit ngan vampire sampaila ke tanam carrot, terung sume aku dah wat. haha. skarang ni tunggu nak jual je sume hasil2 tanaman aku tuh. pastu mengexplore plak dunia photoshop dan sewaktu dengannye. yela. nak edit gambar sendiri. weekend je jadi free part time model. kenela edit gambar sendiri. tapi selalunye belum sampai petang, aku dah tak tau nak wat pe. dah abes sume explore dah. tapi sebenarnye aku bahagia macam ni. sebab ujung bulan je dapat gaji. haha. Hope idup macam ni berkekalan =p. tapi dengar cite BF dah dapat duit?? ape cer??huh..

macam pelik plak xde pix entry kali ni..heh..

Monday, June 8, 2009

::weekend..yang..best::

Weekend kali ni, almaklumlah awal bulan. Banyakla aktiviti yang bley dibuat. Sila ikuti kronologi di bawah =)

5 June 2009
Balik dari keje, kuar balik. Plan nak gi isi minyak then gi beli tix nak tengok movie ngan Lyn skali malam sok tapi Lyn habaq die kene punch card before 10pm. So maknenye kene bli tix before 8pm la. Tapi sok gak nak gi jenjalan carik pasal and tak tau sampai kul bape.

So sampai2 Alamanda gi tengok tix memang hampir full house. Yelah..area ni pun Alamanda jela tempat nak tengok movie. Kitorang decide, for tommorow show beli sok jela. takut tak terkejar plak sok. For tonight, bli tix 10.25pm. Movie pe? Hannah Montana.. haha.. Bes gile cite nih. Fun. Terase macam berada dalam idup glamour gak. Miley Cyrus rox!! pegila tengok k..



.bosan2 blaja ni k.

6 June 2009

.setelah mencari pasal. otw ke Tugu Negara.

Mulekan jalan2 carik pasal dari kul11.30am. Dari 1-1 kedai kitorang kuar masuk. Pastu gerak plak dari 1-1 shopping complex. At last, kul5.30 setel sume keje2 carik pasal. Pastu tak tau nak gi mane lagi. Tempat paling dekat Taman Tasek Perdana. Terus dapat idea nak menziarah Tugu Negara. heh..



Buat pertama kalinye dalam idup ni menziarah Tugu Negara. Walaupun before ni sekolah rendah just 5 minit je dari Tugu Negara tu, selama 5 taun sekolah sekali pun tak pernah jejakkan kaki kat sane. Sian betul. Asik lalu-lalang je. Now nih barulah mendapat seru. Bukan ade ape sangat pun tapi macam besela kitorang ni. Ambik gambar je tau. eh.. bukan kitorang. aku je.. ngeh3.. sila tengok pix di bawah.


.Tugu Negara.


.muke takleh bla.


.gedix.



Pastu dah nak Maghrib chow ke Putrajaya plak. Celcom plak wat hal. Tah pe kene tah. Sabar jela. Sampai ke Alamanda terus ke Carrefour. Guess what? Kitorang borong Sushi! ahahha.. dah ar ade 20%. Terus lepak depan masjid putrajaya. Macam orang dah lame tak jumpe makanan. Jap je 3 bekas abes.. 1 lagi tak larat dah. heh.. then ambik pix sane sini sket, balik..


.longgokan sushi.


.khusyuk.




7 June 2009



After Zuhur, gerak ke Putrajaya Water Sport Complex. nak nengok 1st International Dragon Boat Festival Malaysia 2009. Orang agak ramai tapi cam tak ramai sangat. Ramai photographers. Dari kit lens sampaila lens ala2 meriam zaman Jepun. Gile besar. Leh masuk kaki sebelah. haha. After puas amik pix, tak sampai abes pun kitorang blah dulu dah.


.gigih mendayung.


.nak gak interframe. haha.

waiting for next weekend plak. heh..

*sila klik setiap pix untuk dilihat dengan lebih jelas.