Tuesday, September 29, 2009

::r.a.y.a..II::

Taun ni, raya lebih bermakna dengan berkunjung ke Temerloh. taun lepas g gak tapi dah akhir2 Syawal. Kali ni raya ke-5 dah sampai ke sana. Ngantuk weh driving sensorang. Meriah gile. dan kecoh gile jugak. dengan tetamu yang tak putus2 datang. for sure dapur juga tak pernah berehat. juadah istimewa nasik minyak dan sewaktunye especially ketupat palas. pergh.. memang terpaksa lupekan diet lagila. terkejut jap perut dan usus aku. heh..



Then acara mengambil gambar beramai2. yang terbaik hanya sekeping tapi trial lebih 10. ngeh3..



weee.. saje nak test. selalu kitorang suh orang wat posing camni. bile sendiri wat, susah gak wei nak kasi lawa. ni pon xlawa lg.



bersama Damia yang baru lepas kene rasuah ngan kuih bangkit. baru leh duk diam :-p



tiga dara pingitan ni kalo depan camera tak sah kalo tak wat muke hodoh..ish3.. anak sapela ni



heh..muke hodoh masih tak dapat dielakkan lagi.



juga baju raye.

Monday, September 28, 2009

::r.a.y.a::

abes dah seminggu raya. ade lagi 3 minggu untuk kite beraya sakan. abes bulan syawal barulah bleh concentrate nak keje. kikiki~ ok.. nak apdate cite raye aritu. raye kali ni bese2 je same cam taun lepas tapi status je yang berbeza.

pulang ke kampung halaman Jumaat malam. alkisahnye aku berjaya berkerja dalam keadaan cuti pada hari tersebut. kirenye cuti tanpa perlu ambik cuti. hehe. packing2 barang dalam kul5 baru gerak menuju ke Kampung Kerinchi untuk menjemput makcik Nani. ujan lebat gile plak. harapan untuk bersoping di Jalan TAR seakan tipis. dalam pada tu tetap drive ke arah Jalan TAR gak. parking yang selama ni RM8 tetibe jadi RM10 plak malam2 hampir nak raya ni. hampesss... harung je ar. jalan kaki ke arah SOGO dengan tujuan nak carik food untuk buka pose. confident beratur beli food last2 tempat nak duduk xde. atas ihsan seorang jejaka dalam lingkungan umor 13 tahun kami berjaya duduk tanpa meja. gentlemen gile budak tu siap carikkan kerusi. dulang yang penuh makanan tu letak atas riba je. sampai mase azan trus makan. selamba kodok je makan macam tu. haha. tula. xmo carik tempat dulu :-p



then meredah dalam ujan2 tu ke lorong jalan TAR. berpayung berdua-duaan. sorang tinggi sorang rendah maka yang rendahla banyak mendapat tempias. kah3. tapi bagus gak. tak ramai orang sangat. senang nak mempilih barang2 yang ade potensi untuk dibeli. last2 tudung je yang dapat dirembat walaupun banyak barang yang super murah. lupe nak print out duit plak..ngeee~ dah merasa agak insaf barulah menggerakkan kaki keluar dari bazar. pas antar makcik nani, terus gerak ke arah selatan. rasenye raya kali nila raya paling mulia sekali. tak perlu bersesak2. dalam mase sejam dah bleh sampai. selalunye 3-4 jam. alhamdulillah selamat sampai ke kampung.



beraya di sane sampai raya ke 3. dah besar2 ni dapat gak duit raye. kire pulang modal la.. haha. semoga aku dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi di Ramadhan & Syawal akan datang. insyaallah...

Friday, September 18, 2009

::b.a.l.i.k..k.a.m.p.u.n.g::

ketika aku mentulis blog nih, jiwa aku terase sepi & kosong. 'orang sebelah' aku dah balik kampung meninggalkan aku sensorang dengan duit raya kat bumi banting ni. bukan die yang nak tinggalkan aku tapi aku yang taknak balik awal2 ke kampung. sebab dah plan awal2 nak berkunjung lagi ke Jalan TAR di malam2 akhir Ramadhan. die cabut awal2 dah takut aku pow die ar tu. hehe. bukanla nak mensoping sangat tapi hanya nak same2 merasai kemeriahan kat sane yang ade hanya setaun sekali tu je. jadi ape salahnye sesekali sacrifice kepantasan pulang ke kampungkan.

ketika anda semua membaca blog ni maybe aku sedang bizi mempilih saiz baju kurung yang sesuai or mempilih tudung2 yang murah dan dilelong tanpa belas kasihan. dengan duit dalam poket melonjak2 mintak dikeluarkan. heh. tak reti duk diam langsung.

dan maybe juga waktu ini aku sedang berhempas pulas driving sensorang diri ke arah Selatan pulang ke pangkuan keluarga dalam suasana tengah malam pulang dari Jalan TAR dengan perasaan seram sejuk melalui kawasan Bukit Putus. heh.. harap2 segalanya berjalan lancar. rela ku cucuk angin ngan lori. huk3..

Dengan itu, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh negara. Ampun & maaf dipinta dari hujung rambut ke hujung jari kaki, halalkan makan & minum selama ini. semoga raya kali ini lebih diberkati. hati2 memandu & ingatlah orang yang tersayang :-)

Wednesday, September 16, 2009

::k.u.i.h..r.a.y.e.::



yey.. dah dapat kuih raye..
walaupun kuihnye 3 jenis je tapi tak kesahlah..
janji ade something untuk family tersayang.
beli banyak2 pon bukan sume datang nak makan kuih sangat pon..
duk area masyarakat jawa ni sebenarnye banyak lagi food yang leh ditempah & diborong balik
stakat kerepek tu kat opis pun ramai jual.xyah g kedai.



cume yang tak besnye Jalan TAR tu jauh betul dari pandangan. huhu.
semalam pegi lagi. sempat gak buke pose sane.
orang tetap ramai tak hengat.
bajet weekdays takla ramai mane.
rupe2 nye same je.
kene balik awal sebab sok nak keje. haih. tak puas.
so jumaat ni before balik kampung lagi skali singgah jalan TAR ngan makcik Nanie sempena idup single bermula kamis :-p untuk membuat sedikit amal jariah kepada para peniaga di sane supaya raya kali ni lebih diberkati :-)
cuti seminggu kali ni tapi kalo rajin akan datang slot cardla..
kene sep cuti banyak2 untuk project yang akan datang :-p

Monday, September 14, 2009

::p.u.a.s.e..d..m.e.l.a.k.a::

after bergather dengan MATEREALIFE, trus menuju ke Melaka secara berkonvoi dengan Am. Tujuan utama incik amad nak test marker kat Flashpoint and tujuan kedua aku nak g Peringgit yang dah dekat 2 taun aku tak jejak tu. Sesampai di Melaka trus sahur kat Subai.. apekan daye dah kenyang tahap cipan. kalau tak selamat dah nasik kandar yang menjadi idaman kalbu. time sampai Man U tengah men. penuh. teringat zaman dolu lepak subai tengok bola. heh.


.tamak bin haloba. tapi abes gak sume..:-)



Bersahur roti canai di rumah Kayna. sori kayna lupe nak buang kuah n roti tak abes. kikiki~ haiyoo tak tido lagi kami kali ni sampai ari dah cerah. dah dapat tido sampai tuan umah dorang datang betulkan umah pon aku tak sedar. hehehe. tetamu memang macam tu :-p.





penat2 mensurvey ramadhan buffet hotel area Melaka, last disebabkan kesilapan TM bagi no telepon hotel, kami berjaya menbuffetkan diri di tempat yang murah tapi sangat sodap. reservation dah penuh tapi untuk walk in available. kul6 petang berempat tu dah terpacak kat sane. aku and incik amad? hehe.. g Peringgit dulu. takde ape yang menarik sangat. tak semenarik 2 taun lepas. tak ramai dah untuk mencuci mata and makanan pun tak semenarik dolu. tapi tepung pelita aka kuih fluorescent tetap mantap. dalam takde yang menarik and nak g buffet tu berisi gak ar tangan ni. kuih bakar berlauk, satay perut yang last2 kene masuk fridge untuk diselesaikan berbuka esoknya..



pic atas ni??pas memenuhkan perut, kami beramai2 mengempiskan poket plak. heh. Parkson tetibe membuat jualan MEGA secara gudang. gile2 punye murah. yang luar dalam sume serendah RM5..hoho.. tak ley tahan. men rembat je ar selagi happy hour ade. sesekali pe salahnye.. janji duit tol ngan minyak dah sedia tolak tepi :-p.

Sunday, September 13, 2009

::bile M.A.T.E.R.E.A.L.I.F.E gather2::

kali ni buke pose kat De Palma Hotel, Sepang. not recommended at all :-p. Since 1st week of puase lagi dah mule plan and alhamdulillah menjadi gak. susah payah Am turun jauh2 dari Batu Pahat just untuk berbuka puase dengan kitorang yang kat KL ni.




blum pape lagi dah dapat title Puan. aiyoo..

so kali ni materealife hampir complete. 9 orang. zamri and nantha still tak dapat nak join. tapi diganti dengan 3 macha yang same blajar UTEM dulu gak. takde banyak yang berubah antara kitorang. status still same. banyak cite pasal life masing-masing. masih maintain bekerjaya dengan hebat. walaupun tak lame lagi 4 of us dah nak melangkah ke tahap hidup yang lebih mencabar perangai tetap maintain tak leh blah. heh..


.the macha's.


.ehe..sensitip pic nih..




.ni pon...

.dan lagi..

after buffet menuju ke Presint 2, putrajaya. ade jualan murah besar2an. memang murah gile. nasib baik time sampai tu lagi 15 min nak tutop. tak dapat nak concentrate sangat nak pilih. so redha jela tak dapat nak beli ape2. dalam mase yang same alhamdulillah. heh..








.gambar raye.

so dah menjadi lumrah untuk melepak di mamak dulu walaupun perut cam dah nak meletops. tetap mencari teh tarik. tak tau mane hariz bawak tapi still in putrajaya. dekat kul12 gakla bersurai walaupun nak je ajak sambung kat Jalan TAR plak :-p.

about our MEGA project..hope termakbul & Lyn join skali :-p

"Posisi menentukan Prestasi"
heh..puas hati berderet gambor..

Saturday, September 12, 2009

::l.il..a.n.g.e.l.s::


.ini yasmin damia.


.ini raihanna damia.

aku rindu gile kat dorang ni. huk3.
malam tadi nenek & mak kepada 2 orang budak ni 3G aku.
first soklan yang Min tanye aku "uncle amad mane?"..
hoit..aku die taknak tanye sehat ke x.
ok. aku tau die sangat memuja uncle amad die tuh. bluekkk..

si Yasmin menyanyikan lagu twinkle2 full version dengan penuh semangat and sengau pon ade. hak3..
si Hana plak tersengih2 dan beriya2 nak mencapai tepon. Then tak dapat capai menjerit.
tengok perangai 2 orang ni bertambah watkan aku windu. huk3.





now nih dorang dah pindah and duk umah sendiri. dah tak berseri dah umah atuk & nenek. membuatkan aku malas nak balik. sebab takde sape nak kaco, nak gigit, nak tarik rambut aku. dorang sentiase ingat aku sebaye ngan dorang. pagi2 bukak mate trus masuk bilik dorang tunggu dorang bangun. sampai along aku cakap tahap ngade2 dorang akan berganda kalau aku balik. tak mo masuk tido cepat.hak3.. harap2 raye ni dorang balik kg awal as aku malas nak tanye balik mane this year coz aku rase soklan tu sangat sensitip bagi orang dah kawen.heh..tak sabar nak raye :-p

Friday, September 11, 2009

::l.a.s.t..d.a.y::

arini last training kat Amsteel and arini gak antar report project untuk R & D temperature furnace. project yang aku pending sekian lame. padahal boleh siap dalam mase sebulan. aku pi tarik sampai 2 bulan. sumenye sebab incik abu cuti sebulan (anak incik abu umo 6 taun meninggal dunia 2 minggu lepas gara2 virus Babi itu.alfatihah~). Incik abu cuti, confirm takde orang nak tanye aku ke manekan. maka keluarlah ulau besau. hauhauhau..

arini aku jumpe incik abu. sedey tengok muke die. incik abu ni takla mude pon. umo sekitar 40-an. maybe hampir 50. sebab die bekerja dari technician sampaila AGM (assistant general manager) now nih. so bleh kire bape lame die dah berkhidmat. aku ske sikap kebapaan die tu. die ajar aku bukan macam AGM tapi macam ayah. akak2 clerk pon bes gak. sume mude mudi kepale leh tahan gak.

arini jumpe incik abu kasi kuih Almond London yang aku wat sendiri.heh..tak baik tipu di bulan pose. kikiki~ ok. aku beli kat IKEA aritu. die balas ngan bagi aku pen. so sweeet~ahaks. bagi pen dengan ucapan "nanti sy try masukkan awak keje kat sini ye". hehe..itu yang aku mahukan tapi bagi kuih raye tu bukan niat nak rasuah ke pe tapi sebagai mengenang jase die bagi aku ngulau selama 4 bulan nih. hanya Allah saje yang mampu membalas jasa tuan. sob..sob~

So bermule ari Isnin ni aku akan kembali ke pangkal jalan. ke jalan yang lebih bosan untuk mengadap muke bukan sebangsa yang saling menunjukkan kuase poyo masing2. walau macam mane pun aku tetap berdoa supaya dapat terus meneruskan aktiviti seperti sebelum ni :-p.

Thursday, September 10, 2009

::g.o..s.p.u.n.k.y::



okay..dipendekkan cite..spunky dah dapat sponsor E-marker.yeah!! marker yang panasss baru kuar dari kilang yang orang len lum pakai lagi. brand pon baru. kire Spunky jadi duta produk e-marker tu ar.. hehe.. tak kesah ar..janji ade kan something for next season.







chayok Spunky..hope leh nek podium lagi next season..

Tuesday, September 8, 2009

::b.u.k.e..p.o.s.e..s.k.s.h.a.s::



Minggu ni buke pose bersame2 geng skolah rendah-SKSHAS 92-97. aktiviti wajib setiap taun. taun lepas2 asik wat kat foodcourt Midvalley je so kali ni organizer bagi cadangan kat IKEA plak. Lebih kurang dalam 20 orang yang datang. taun lepas lagi ramai rasenye sebab kali ni wat last minute. sebab baru tersedar dah takde mase dah.





so dengan membayar RM15.90 make berbukela kami secara buffet. Duk beratur dari kul5 petang sebab nak beli tiket. tu pun line dah panjang gile dah. kalo bukan sebab dah confirm venue, lame dah aku carik tempat lain. nak beli tiket kene beratur, nak amik food pon beratur.. adeh.. menyesal dibuatnye.. tapi food not bad ar. berbaloi..





memule 7 antara kitorang je yang berjaya masuk awal sebab yang len datang lewat so tiket dah abes kene tunggu orang kuar pas buke baru leh masuk. heh.. wat lagi. around 8pm tu barulah yang lelain dapat join makan. heh.. IKEA tu tetibe berubah cam pasar borong selayang plak dah. riuh rendah tak hengat. last2 pusing depan blakang tengok2 orang dah kosong. dah kul10 rupenye. ahaha.. wat macam rumah sendiri plak. sempat menshopping kuih raye di IKEA.





disebabkan ramai yang dah nak blah maka dengan kami pon bersurai. ramai sangat yang dah ade komitmen. xpe2. episod akan datang konvoi beraya plak. harap2 lagi ramai leh join.


Sunday, September 6, 2009

::b.a.j.u..r.a.y.e::


Semalam pegi Matta Fair kat PWTC..mencari pakej2 yang sesuai. sampai pun dah lewat. around 5pm sebab kitorang keje sampai kul4. kejela sangatkan.. agak ramai orang tapi tak sesak pon. sampai ade 1 booth ni kitorang kene tarik untuk dengar dorang cakap. tapi tak setuju pon takpe still dapat 3D2N pakej free ke beberapa negeri dalam Malaysia ni.hehe. so spent kat situ dalam 30menet memekakkan tlinge. memule angguk,angguk dan angguk lagi..last skali dah dapat voucher tu geleng pale and blah. ahaks. tula pakse orang lagi.

pakej2 yang dicari dah jumpe tapi tunggu dorang email dulu quotation. harap2 still under budgetla. semakin dekat nak time buke pose tu ramai plak yang 'memaksa' kami untuk fill form credit card then dapat gift macam2. selambe jela isi walaupun akhirnye nanti bank tu gak yang akan kecewa.hehe.

.dapat ini untuk EON Bank.

.dan ini dari RHB Bank.

hah..naseb baik dah sampai seru untuk buke pose. kalau tak memang banyak lagi form nak isi.
pastu berbuka pose kat restoran haniffa. dah tak tau nak tuju mane dah. makan2. meneruskan niat nak membeli baju raya. Jackel dituju. heh.. yang aku minat sume RM300++. bile nak beli siap macam ni agak rase kemahalannye tapi actually kalo kire2 balik yang aku beli kain and tempah, harga macam ni gak cume bile bayar harga tempah jahit tu tak sampai seratus so takla terase mahalnye. terus mencari dan mencari.

dari pukul8 malam sampai ke 11.30malam baju yang dicari tetap tak jumpe mulela mengelabah. haha. Jalan TAR tu 3,4 kali ulang-alik. bukan sebab aku cerewet ke ape tapi sebab ni 1st time aku beli baju siap. so banyak yang tak berkenan dihati. tapi kite cerewetla gak tukan?hihi.. last sekali incik amad kene beli dlu. memandangkan this yearnye theme tak tetap lagi so die bebas beli baju kaler ape2 then aku akan follow jela. after die dapat beli dalam mase tak sampai 20 menet, barulah aku mendapat petunjuk-Nya. maka terjumpalah sehelai baju kurung yang cantik dimata memandang. mase itu jam menunjukkan pukul12.10 mlm. ngeh3... Jalan TAR tetap maintain meriah. macam tak nak balik tido je dorang ni.

aku: el rase sok nak beli lagi selai bajula. sebab dalam setaun, sekali pon lum tentu el tempah baju kurung.
incik amad: sesuaila dengan el. dalam setaun sekali je el pakai baju kurung.

danggggggg!!!!bagai kene tampar kat dahi rasenye. wakaka.. ye..ye.. aku agreed aku susah nak pakai baju kurung melainkan ade hal formal2 je. tapi aku tetap ske wat koleksi sampai tak cukup almari dibuatnye. haha. xpe2.. aku beli gak selai nanti..