Tuesday, April 26, 2011

::K.K..Day 3::



Malam before tito, dapat msg from Mintot. Aku pun lupe nak inform die yang aku dah sampai KK. Sebab aku pikir aku datang time weekdays so dorang sure busy dengan keje. Die ajak pi breakfast sok since die masuk keje kul12pm.


So sok paginye, takdelah pagi sangat. Around 10am Mintot datang jemput. Yeah, after 9 years tak jumpe. Die still tak berubah except die makin kurus dan aku plak dah memboyot. 


Cerita sikit about Mintot aka Yasmeen Binti Awang Damit:
Mintot was my RS or Rakan Sebaya (RS tu hanya ade kat TKC je. Macam aku masuk TKC form 4, so setiap form 4 yang baru masuk akan dapat RS masa hari pendaftaran. Tugas RS ni untuk tunjukkan mane dorm, mane katil, guide kitorang tentang rules TKC, cara hidop etc.) So aku mendapat dua orang. Mintot and Nik Amalina. *heh..pe cer agaknye nik dioberc sane tu*. Menjadi RS dan sekaligus menjadi bedmate yang kekadang sekatil sebantal tapi tidaklah seselimut. Mase Form 5 jadi longkang mate plak and still dalam dorm yang sama. Dan die jugalah punca aku join team cheerleader college. hehe. aktip gak aku time form 4. And time form 5 kitorang share lagi CS Kecik aka College Sister Kecik. Haa.. Sape CS Kecik? Dielah orang yang tukang poskan barang2 aku from UK nun. So tugas kitorang terhadap CS Kecik ni same jelah macam tugas Mintot kat aku dulu. Cume nak jage junior bukannye senang. Baru abes darjah 6, apelah yang dorang taukan. Sian kalo time dorang homesick. Nanti kalo dorang wat hal such as terkurang ajar kat senior, orang akan tanye sape CS Besar. Aku ngan Mintot gak yang malu..


Meming, mintot


CS kecik;Farahain, RS; Nik

Okeh2. Melalut cite pasal CS, RS plak. Dah Mintot datang jemput tu, terus bawak kitorang g Pasar Filipin or kat signboard luarnye tulis Pasar Kraftangan. Pasar ni tempat jual barang2 kraftangan. Yang famous rantai-gelang pearl. Ade yang beratus2 harganya. Ade dua jenis pearl. Pearls air masin which is from laut and pearl air tawar from sungai. (Tips: Air masin lagi tahan dari air tawar and lagi mahal sikit. Pearl air tawar akan cepat pudar dan kilatan die tak tahan lame). So dah bawak Mintot, senanglah nak speakingkan. Tapi takdelah nak mensoping banyak pun. Cukuplah souvenir and untuk pakai sendiri. 








Pastu, pegi ke Pasar Ikan Masin. Sebelah Pasar Filipin je. Ade jual segala yang masin2, udang kering yang cantik2 *dah kawen baru tau macam mane udang kering yang cantik :p*, sotong kering, ikan bilis, macam2lah. Dalam takde ape nak beli tu, melayang gakla RM100 beli segala yang masin dan kering tu. huhu. Salah satunye aku borong kuih cincin sampai 10bungkus sebab kuih tu akunye feveret. hehe. Belacan Sabah pun ade beli dalam bentuk stick tapi tak tau sedap ke x. Dorang akan pack kan barang2 yang dibeli dalam satu kotak, senang nak bawak naik flight nanti.




Pastu pergi plak ke Pasar Basah. Niat di hati nak membawak balik udang galah so nak survey2lah harga sebab jurucakap dah ade. Tapi xde pun udang galah. Yang banyak udang kapas dan udang harimau. Memang besar2. Harga plak lebih kurang je semenanjung kot. Kalau beza pun dalam RM10. So tidaklah berbaloi. Ade 1 tempat bernama Mini Mart, tempat jual udang, ikan frozen and nanti dorang pack siap2 untuk bawak balik naik flight. Tapi harga lagilah mahal. Kesimpulannye, xyah beli. hehe.




Ikan kaler2. Namenye ikan bayan. Mintot cakap ikan ni ditangkap kat area pulau2. Dengan kate lain, ikan yang kite jumpe time snorkeling.

Udang

Ikan buntal

Mintot berbaju sopan nak pegi keje tapi kene masuk pasar dulu

Akhirnye Mintot meninggalkan kitorang kat pasar je. Sebab kitorang nak pegi Wawasan Square and die nak kene masuk keje. Bermulalah episod berjalan kaki. Kat KK terlampau banyak shopping complex tapi kalo pegi Wawasan Square je pun dah cukup kot. Charles & Keith, Esprit, Padini Concept Store semua ade. Kat sini mencari T-shirt Sabah. Tapi bukanlah T-Shirt I Luv Sabah tu. hehe. Banyak lagi yang cantik2. Yang pure cotton harga same je kat Pasar Filipin tapi kat sini lagi banyak choice.




Petang, berjalan semula ke Pasar Filipin. Pasar Filipin ke Promenade adelah dalam 5km kot. Pegi balik dah 10km. Perghhh... Bile petang, Sebelah pasar Filipin, bahagian belakang akan ade pasar tani, Pasar Sinsuran and tempat makan2. Ikan memang fresh2 and sangat murah. Dari sekecik2 ikan sampailah ke besar budak umo 4 taun ikan ade jual. Pastu jalan lagi sampai ke jeti tempat nak pegi pulau2 tukan. Tak ingatlah name Jeti tu. Semuanye berjalan kaki saja. Memang macam mak penguin pulang petangla. hihi. Terpaksa gak redah sebab esok dah nak balik. 








Dah sampai ke hujung, patah semula ke pasar malam tadi untuk dinner. Yang banyak ikan bakar, sayap ayam, abc, goreng2. Kat Sabah kurang variety sket makanan die. Kalau gerai A dah jual mee goreng, semua gerai ade mee goreng. Gerai B dah jual bakso, hampir semua jual bakso. Bakso, Soto, mee goreng, nasi goreng, fresh juice, air kelapa memang setiap gerai ade. Kalau selera nak makan western ke, kem salam jela ye. Pi balik hotel order. So untuk 1st round, kitorang makan yang bakar2. 


Kitorang tak tau mane yang bes so kitorang pilih yang mane gerai ramai orang. Gerai akak ni ramai, maybe sebab die paling lawa.

Yang macam udang tapi kepala leper tu dorang panggil baby lobster or orang cine kat kedai seafood semalam panggil mantis. Kat sane RM40 sekor, kat sini RM8 sekor. Saiz kecik lagi. Rase lebih kurang cam udang. Boleh order nasi kosong. And pencicahnye korang kene alter sendiri. Dorang sediakan kuah asam jawa, belacan, limau kasturi, bawang, cili api, kicap. So pandai2 korangla campur2 untuk dapat rase yang sedap. Kalo ambik bawang, kene bayar. Total damage, RM48. 

Untuk 2nd round, lepas pusing2 ke waterfront, lepas pusing pasar malam kat jalan ape tah tu..pasar malam tu ade jual gelang2, brooch. Semua yang dijual di Pasar Filipin ade dijual kat situlah. So tak berapa nak menarik minat dah sebab dah xde pape nak beli. Dah penat2 jalan, lepak balik kat tempat makan tadi. Pekena air kelapa dan ABC lagi. Plan nak jumpe Mintot lagi malam ni tapi last minute kete mintot rosak on the way datang. Kitorang tapau plak makanan. Tak dapat nak tahan napsu tengok ade sorang mamat ni menggoreng secara ligat sampai terbang2 mee, nasik. Mee kat sini bukanlah spesies yang same macam kat semenanjung. Mee dorang adelah spesies megi yang perlu direndam untuk dilembutkan before goreng. Mintak mee goreng tu same macam mintak megi goreng. RM3.50 ade ayam banyak.


Wednesday, April 20, 2011

::K.K..Day 2::



Kul5am Incik Amat gerak Subuh. Kat sanekan Subuh awal and tambahan plak dah tido since kul9pm so bangun Subuh pun fresh je. Sejuk gile 14x! huhu. Terjingkit-jingkit kuar dari bilik air. Pastu teringat ade orang cakap, kene bangun awal pagi untuk tengok puncak M.K. Aku pun stay berjaga, Incik Amat selamat berdengkur. Tak lame pastu muncullah puncak walaupun matahari belum muncul lagi. Tengah2 berdengkur tu, melompat terus Incik Amat bile cakap dah nampak puncak. haha. Dari semalam dah die asik tanye2. Teruslah kuar. Rupenye ramai gak dah standby kat luar tu. Mase tu around 6am. 


View dari depan bilik

Tapi lame kelamaan, kabus makin lame makin tebal. haish. Memang ingat dah takde rezeki dah nak tengok. Sebagai orang mengandung, suke menggunakan kuasa-berdoa untuk mendapat sesuatu. (read: doa orang mengandung kadang2 tak sampai 5min dah termakbul. Tak caye? Silelah mengandung. hehe). Then balik bilik semula dalam kehampaan. Nak sambung tido balik tapi dah terlebih tido. So kitorang packing2 nak check out awal. Dah siap je mandi, aku jenguk sikit from tingkap bilik, Subhanallah! Terang benderang puncak MK. Tapi boleh nampak dari kul7am sampai 7.15am je. 15min je sempat. Selepas tu dah tebal dah kabus.




Masa nak bergambar berdua dah tak berapa nampak

Then breakfast. Basic breakfast. Ade nasik lemak (kat sini kaler kuning), bubur nasi, omelete, hot dog & roti bakar. Bolehla untuk alas perut sampai ke tengahari. 



Teruskan ke arah Pekan Ranau. Ade banyak bank, petrol station, kedai makan, KFC pun ade. Dalam setengah jam gakla dari pekan Kundasang. Terus ke Poring Hot Spring. Per entry RM3. Dalam 18km dari Pekan Ranau. Dalam Poring ni ade banyak tempat lagi selain air panas. Ade canopy walk etc. Tapi kitorang tak berdaya nak panjat semua tu. Maybe next time bolehla. Nak selesa datang on weekdays. Memang takde orang. 





Gerak cepat2 ke Kampung Luanti nak main dengan ikan kelah plak. Tak jauh dari kawasan Poring cume cabang jalan yang lain. RM5 per entry kalo nak celop2 kaki je. Kalo nak mandi dengan ikan2 tu RM10. Kalo korang larat ke nak mandi? Tengok ikan tu pun dah seram. huhu. Memule, air tenang je. Lagi 3 langkah nak sampai gigi air, dorang dah berkumpul. Kuat gile sensor. Tu belum korang celup kaki. Haaa... macam piranha tunggu mangsa. haha. Kene langgar dengan ikan tu pun dah geli. Bukan taraf fish spa kat kat shopping complex tu. Ni dah macam serah diri nak merasa macam mane ikan besar gigit. Ikan2 tu dilepaskan dalam sungai yang sentiasa mengalir. Bukan kolam. 


Dorang dah get ready. Macam dapat bau je ade food kat tangan.



Nampak je berani. Hakikatnye, aku masuk dalam air sarung crocs incik amat. hihi. itu pun still geli kene langgar dengan ikan2 tu.

Dah takde keje. Food pun dah abes.

Kecik2 tak dapat main ikan macam ni walaupun depan umah ade sungai

Then, 200m dari fish spa ni, Sabah Tea Garden. Takla sebesar Cameron rasenye. Entrance fee free. Bleh pegi plant visit tengok cara2 proses teh. Bayar RM10 per person tapi kitorang tak masuk pun. Hanya nak beli teh and minum sepam. Kalau tak silap Sabah Teh ni ade je dijual kat c4 or tesco tapi kat sini lagi murahla. Before membeli, duduk kat cafe merasa teh secawan. Kalau sedap, baru leh beli. hehe.


Ladang teh yang tengah tobek2

Ladang Teh ni terletak dalam Kg. Nalapak so name die Teh Nalapak. Sedap. 
RM4

Plant


Sejak bile Siti jadi duta?

Dah abes dah visit tempat2 yang wajib kat area Ranau tu. Masa untuk balik ke KK. Disebabkan banyak tanah runtuh dari Ranau ke Kundasang, jem gakla. Masa ni minyak kete dah macam nak abes tapi Incik Amat tak nak isi lagi. Die cakap kat depan ade lagi petrol station. ok. follow jela. Then masuk ke Kinabalu Park, tempat untuk mereka2 yang nak hiking. RM3 per entry. Perghhh..jalan die plak semua mendaki. Cuak gile dengan minyak yang dah kuar lampu kuning. Tapi kuatkan iman, berdoa patploh kali, sampai gakla kat Timpohon View. Ade lagi sikit sepatutnye tapi takmo ambik risiko. Dahla hutan belantara. Jenuh nak tunggu orang tolong tolak kete. Kang kene plak tolak pakai perot. huhu. Mase nak turun, siap matikan injin. adehh.. memang cuak melampau.


2 budak sehat!

Okeh. Dah complete dah. Tapi resah pasal minyak hanya Allah je yang tau. Sekejap2 aku tengok meter. Meter tu plak kalau kona je turun, abes kona naik balik. haisy! Memain plakkan. Pastu ade signboard jual petrol. Ingat nak benti. Sekali kedai yang jual petrol tu ade signboard besar2 "Babi Hutan Salai". Memang rela tak berentila. hihi. Akhirnye sampai ke Tamparuli, dah dekat2 dengan Tuaran barulah jumpe petrol station. Selamattt... 

Actually, sewa kete sehari je. And kene pulangkan latest kul12pm tapi disebabkan sampai Tuaran pun dah kul3pm, kitorang decide nak ambik separuh hari. Kalo lewat pulang sejam RM5. Baiklah ambik halfday terus. So, trus check-in kat Promenade. Sila booking awal2. Kalau walk in je memang tak dapatlah. 

Junior Suite takde Queen bed.

Dibenarkan masak. Ade kuali semua. Bahan2 basah je tak disediakan. Kalau datang ramai2, pi pasar jap beli seafood masak sendiri. Berbaloi2..

Haa..misi yang ditunggu-tunggu. Misi mencari seafood! After tanye orang2 yang pernah datang KK, kitorang pegi ke Gayang Seafood. Walaupun jauh sikit tapi taklah semahal yang ade di town KK. Kat tengah2 town tu pun banyak tapi Mintot cakap die makan 7 orang, RM500. Leh tergolek dog time nak membayornye. Gayang ni otw ke Tuaran. Kuar plak time orang balik keje. Jem sikitlah. Actually takde exact direction pun nak gi sini. Memang takde map langsung. Otw nak sampai, aku yang dari mule sampai ke KK ni sibuk menyebut nak makan lokan bakar & kelapa bakar, terjumpelah plak kat jalan nak g Gayang. Otw turun dari Kundasang tadi dah carik tapi tak jumpe. Ape lagi, haruslah kene benti gak walaupun jap g nak makan lagi.

 Yang hitam legam tu contoh kelapa bakar

Tapi nak makan kelapa bakar, kat Banting pun ado
RM3

Inilah lokan yang belum dimasak. Rasenye kuantiti same cuma saiz yang beza. 
RM7, RM9, RM12
Kitorang ambik yang RM7 sebab takut takleh trime tekak.

Lokan lepas dibakar. Sedap gell! Time bakar tu dorang ade letak perencah cam rase rendang pun ade. Nasib baik gak sambal cicah tu sedap. Laju je makan. Nak tambah lagi tapi nak g makan plak. Kedai tutup kul8.

Sambung balik ke destinasi utama tadi. Dah lalu politeknik, ILP, UiTm barulah sampai ke Gayang. 


Pilih2 dulu ape yang nak dimakan

Mantis. Spesies cam udang tapi kepala penyek.
RM40 sekor

Ni ketam nipah kot. Kitorang xmakan ketam ni sebab ade cakap tak halal. Ketam bunga suda..


Sampai KK ari2 ABC pun bleh.

ABC Gayang. Besar and sedap. Rase macam cocktail.
RM4 je

Ketam masak cili

Butter Prawn. Fav incik amat.

Sotong goreng tepung

Sayur manis goreng telur

Total semua sekali RM89 termasuk tax. Murah kot kan untuk makan kat restoran macam tu. Udang tu bleh makan 2 kali. Sebab half kg banyak plak. Xmakan nasik pun just ratah lauk untuk mengelakkan cepat kenyang. Otw nak balik lalu tempat lokan bakar tu pun dah tak selera dah walaupun memule berazam nak bungkus kalo tak tutup lagi :p. Terus antar kete sewa and tuan kete sewa tu tetap memakai baju yang SAMA semalam. Nasib baik kali ni die antar trus g hotel. Kalau tak, leh muntah udang dalam kete...zzzzzzzzzz.....


#baru cuti 3 hari, masuk je ofis, akak receptionist, HR sume ingat aku dah bersalin..hik3..