Tuesday, May 31, 2011

::a.n.a.k.k.u::

Bukan nak share pasal memasak, resipi mahupun cara melapis kek..
Kali ni nak share care2 membuat anak..erkkk!
Masenye untuk mengintroduce hasil eraman kandungan selama 39w 4d..

Yang aku kendong tanpa perlu ade sebarang alahan aka morning sickness..
Yang aku kendong tanpa sekali pun muntah..
Yang aku kendong ke hulu ke hilir macam tak ade perut..
Yang aku kendong dari Semenanjung hingga ke Borneo..
Yang aku kendong duk sepak2 dari kul8pg sampai ke 12mlm (anak ibu sangat baik tak kaco time tido malam)..
Yang aku kendong membuatkan aku terus bertenaga sehingga saat2 akhir kandungan..
And now, aku dah menjadi seorang ibu..
ouh.. rindunye saat2 mengandung!

Memperkenalkan anak teruna kepada pasangan El & Amat..

hot from the oven!

21 May 2011
3.37a.m
3.9kg, 52cm
Hospital Putrajaya

NUH DINIY BIN AHMAD
(Nuh: Nabi; Diniy: Agamaku)

Hello Uncle & Aunty! i'm so sepetlah... hihi..

cerita selanjutnye tunggu next entry k..
labor pains etc..
xsempat nak berceghite panjang, anakku dah ok..ek..ok..ek... 
baru 1 entry dah terasa kurang kasih sayang..hihi


p/s: kepada KAMU yang send msg thru fb beberapa hari before aku bersalin dan beberapa hari selepas bersalin, sorry tak dapat nak reply sebab msg terdelete and ilang link and kat fb kamu plak tak leh nak send message. huhu.. thanks.. keep in touching2 k.. ;-)

Thursday, May 19, 2011

::m.a.s.a.m..m.a.n.i.s::

Projek malam tadi;

~Kek Lapis Asam Manis~

Susah tau nak carik asam manis keping2 tu
or dipanggil Haw Flakes
Dari Carrefour, kedai acheh pun takde
Last ade kedai runcit celah kelapa sawit tu gak ade jual
Abes semua Incik Amat borong tapi tu pun tak berapa mencukupi
Alhamdulillah dipermudahkan~

Bahan2: 
Buttercup
Gula
Pewarna
Telur
Tepung biskut - Blend biskut cream cracker Hup Seng
Susu pekat
Horlicks - saje alter resipi sendiri
Garam



inilah haw flakes asam manis tu bile dah dicerai2

telur+buttercup+biskut blend+garam+gula+susu pekat+horlicks
before ditambah pewarna

kaler kunen-standard kaler untuk kek lapis

kaler biru-incik amat suh tukar plak. asik ijau kunen je. nasib bek c4 xde jual banyak kaler2. pasni nak wat collection pewarna plak.

method same je ngan kek lapis lain. bezanye tambah layer asam manis. disebabkan asam manis terhad, tak leh wat rapat2. len kali nak carik asam manis 4segi and besar2 plak. senang sket nak susun. lagipun tak adelah kaler biru senang2 bercampur ngan kuning lalu menjadi ijau :p


Hasilnye??

agak comot! hihi. nilah die kesan teacher umi tak monitor. tapi takpe. menjadi gakla. rase tetap same. tapi teacher umi ajar kek asam manis bakar. sekarang amatlah tak lalu nak buat kek bakar. malas nak jage api. kalau kek kukus tak yah risau pasal hangus. ;)



ouhh..cepatlah bersalin. kalau tak makin banyak lagi project aku wat nanti. huhu..

Monday, May 16, 2011

::m.a.k.a.n::


Selasa, after check up, memang dah tekad nak beli ice cream kek. g Alamanda xde stock, pegi tesco Puchong. Ade tapi size yang paling kecik dah abes. Tetap nak beli gak.


Strawberry cheese ice cream cake. Siap pasang candle. Kunun2 cam celebrate anniversary 2 hari lepas. hik3.


15 min kemudian, ice cream dah licin. Cake je yang tinggal sket2. Makan plak time petang2 musim panas ni. Mabeles..


Rabu, pas balik keje tekad plak nak g ikan bakar kat Bagan Lalang. Setengah jam je pun dari umah. Melantak macam esok dah nak start pantang. hihi. 


Khamis, ehem.. ehem.. same macam orang lain yang dah kawen gak. Ade projek kamis malam jumaat.. wahaha.. Balik keje, Incik Amat request bihun goreng. Tengah2 goreng bihun tu, nak gak masak bende lain. Chocolate cake kukus. Bahan2 memang dah ade. Antara nak atau tak je nak buat.. Lepas buat agreement dengan Incik Amat yang die akan basuh perkakas2 lepas masak, mulelah aku bertukang sorang2 kat dapur. Tak kire dah kaki bengkak ke tak.


Recipe ni Umi bagi. Actually kitorang buat sekali time buat kek lapis tu tapi since dah tak sempat, die tinggalkan resipi je. 

Bahan bahan:
Serbuk koko
Tepung gandum
Gula
Butter
Telur
Susu coklat
Garam

Then, silelah kukus selama 3-4 jam ye. Lehla tido2 kambing sementare nak tunggu kukus tu. Kul1 pagi gakla setel semua. Tapi macam biase kene tido dulu baru dapat makan. huhu.


Pagi bawak pi opis. pergh.. memang terbaik kek ni. Tak kesahlah nak kate puji diri sendirikan tapi memang 1st time aku leh makan kek coklat banyak2. Rase die same cam kek kat Kuching dulu. huhu. (ade yang buat lagi malam ni kang :p)


Jumaat, dah booking awal2 ari rabu tiket KONGSI. Nasib baik dah booking. Bile sampai2 je dah sold out sampai midnite. Tapi takla best sangat pun cite tu. Boleyla. Best lagi Hantu Kak Limah. Aku ngan incik amat bagi 3.5/5 je. 


Sabtu, Incik Amat masakkan sardin and ikan masin bernasikkan beras bukit. sedap ngat!

Ahad, Incik Amat masak lagi. Mee kari plak. Actually tertengok tv ade mee kari pastu cakap kat die nak masak mee kari tapi die tak bagi sebab kotorkan dapur :( . Tapi time tengahari die g kedai beli bahan2 tapi xtau die beli ape pun. Time masak tak bagi masuk dapur. Rupe2nye masak mee kari. Weee~ Lagi sekali aku makan macam sok dah nak pantang. Tapi tak pun lagi. huhu. Suatu mase dulu time U, selalulah die masak mee kari. So, memang aku tak retilah nak masak mee kari sampai sekarang :p


Arini Senin. Nak makan ape lagi?

Sunday, May 8, 2011

::1st..Anniversary::

Happy 1st Anniversary!

Yeah! setaun sudah kami kawen. 
Kawen ok. 
Bukan couple, bukan bertunang.


8 Mei 2010, 6.15p.m, aku selamat dinikahkan dengan seorang lelaki bernama Ahmad.
Alhamdulillah, beliau telah berjaya menjadi seorang suami seperti yang dituntut dalam Islam. 
Berjaya memimpin aku ke jalan yang lebih benar.
solat, mengaji etc
Berjaya memimpin aku untuk taat kepada suami.
tapi time berjimba memang selalu lalai :p
Berjaya memimpin aku menguruskan rumahtangga dengan lebih teratur.
kalau time rajin, kemas, bersih and berkilat2 umah dibuatnye.
kalau time tak rajin, aku plak bleh naik membebel. hik3.
Berjaya menslow downkan panas baran aku.
tapi ade balance sket2 lagila. haha.
Berjaya menstablekan kehidupan dalam masa setahun berkahwin.
vacation, makan, pakai, nafkah semua cukup.
Berjaya menjadi seorang teman terbaik untuk berjalan2, bervacation.
layan je plan yang dah dibuat dek wife die ni kan.
walaupun kadang2 suke last minute plan nak berjalan.


To Incik Amat,

Terima kasih kerana menjadi seorang suami terbaik
Terima kasih kerana menjadi seorang suami mithali
Terima kasih kerana menjadi seorang pengemas rumah yang terhormat
Terima kasih kerana menjadi seorang penyepah rumah yang terhormat juga
Terima kasih kerana menjadi penjaga rahsia yang terbaik
Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang kuat makan
Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang suke layan el yang suke masak
Terima kasih kerana menjadi food tester yang el masak
Terima kasih kerana menjadi seorang pengkritik terbaik
Terima kasih kerana menjadi seorang penasihat terbaik
Terima kasih kerana menjadi seorang rakan gaduh terbaik
Terima kasih kerana menjadi seorang kawan terbaek, terbaek,terbaek!


Saturday, May 7, 2011

::k.e.k..l.a.p.i.s::



Korang suke kek lapis?
Especially kek lapis Sarawak?
Aku suke!suke!suke!
Ahhh semua food pun aku suke kot... kikiki..


Malam tadi, seawal 12.45 tgh malam (read: SEAWAL) akhirnye tenaga pengajar, umi, berlabuh dirumah..
Ini kes tenaga pengajar yang ade kelas tuisyen, gigih mencari aluminium foil saat2 akhir dan maybe gigih memasak megi disaat2 akhir juga.. hihi..
Tenaga pengajar turut membawa sorang bodyguard yang berkaliber gak.
Yang kami sekeluarga pun baru kelam kabut balik dari Midvalley.
Sempat gaklah buttercup yang pepejal bertukar menjadi separa kurang pepejal.


Bile teacher datang2 je, truslah masuk dapur.
Yang Incik Amat terus masuk bilik tito, setelah penat berkemas, memberi laluan kepada wanita2 menunjukkan skill
Terusla teacher2 ni menggodek itu, ini..
First time merasmikan hadiah kawen or bleh jugak dipanggil hadiah anniversary dari cik ptd 
(nasib baik tak termasuk hadiah baby skali. haha)




Niat nak membeli Kenwood terbatal gara2 tiada stock and tergesa2 nak kene beli..
Bukan Kenwood pun tetap menunjukkan prestasi yang membanggakan ;-)


Bahan2:
Telur
Buttercup
Tepung Gandum
Kaya
Gula
Susu pekat
Pewarna


Mixkan semua sekali secara berperingkat2
Dah kembang and pekat asingkan ke beberapa bahagian untuk letak colour2 tu
Kami mempilih colour koko, pandan dan kuning.






Alaskan loyang dengan kertas minyak or A4 paper pun bleh
Kemudian, masukkan 1st layer (ikut warna kesukaan), ratakan dalam loyang




Sambil2 tu didihkan air dalam pengukus (ihsan dari cik ptd gak)
Dah cukup mendidih air, blehla letakkan loyang yang dah letak 1st layer tadi tu
Kukus selama 15min
Dah cukup 15min, kuarkan dari kukusan, buat 2nd layer plak




Dari sini baru aku tau kenapa kek lapis ni mahal
Leceh and panas ok..leh wat spa muke..
Silap2 leh putih muke, tangan melecur kene wap air panas
Ulangla sampai abes kaler2 semua tu.
Untuk trial ni, dapat 6 layer je
Normally umi cakap dapat 10 layer and above
Lagipun kitorang kurangkan telur and yang lain2


Akhirnye, 5.15pagi tamatlah segala process
Siaplah kek lapis tersebut dan kenelah tunggu die sejuk baru boleh keluarkan from loyang
Selalunye anak murid yang balik tapi ni teacher yang kene balik 


Pagi tadi, kul8.45pagi celik mate terus tuju ke kek
Bawak2 bersabar dulu g mandi, siap2 sebab arini kene keje
Bile kuarkan from loyang, kek ni sangat tak degil
Maybe ikut orangnye kot hihi
Senang je die kuar takde melekat2 kat kertas tu pun
Kertas tu pun tertinggal dalam loyang
Macam nilah rupenye kek lapis tu




Sangat moist, sedapppppppppp
Kalau rajin, buatlah layer2 tu nipis2 lagi..
Ting tong gakla kat opis ni layan ngantuk
Tapi sedikit pelik sebab takde simptom2 nak pening sebab tak cukup tido
Maybe sebab overdose dengan kek kot :p


Akhirnye aku tau gak cara2 nak wat kek lapis
Next cake plis, umi!




#kalo ade sesape yang nak menempah, sile tinggalkan comment sebab tenaga pengajar saye ni memang mengambil tempahan tak kire raye puasa, deepavali, hari gawai mahupun chap goh meh. harga memang murah dari pasaran :-)

Tuesday, May 3, 2011

::m.e.m.o.r.I..d.a.u.n..p.i.s.a.n.g::

Ni antara food yang aku teringin nak makan.
Nak kate mengidam sangat tu takla.
Tapi dah asik terbaca (dalam flight ade article pasal ni), tercakap (nanie suke provoke), teringat (salah nanie lagi), so aku pun ajakla incik amat g makan.
Kedai yang halal ade banyak actually.
Kat PJ, Brickfield, Klang etc..
Since aku dulu penah makan yang kat PJ, so pegi yang PJ jela.
Restoran Sri Paandi.
Brickfield pun pernah tapi susah parking and sesak sangat.
Masuk kedai, duduk, dorang akan datang bagi pinggan original-daun pisang.
Then, datanglah sorang letakkan semua bende remeh temeh yang korang nampak atas pinggan tu such as timun dalam susu ke santah tah, kari tu, kari ni, sayur tu, sayur ni.
Sangat sesuai untuk mereka yang vegetarian.
Last skali if korang berminat nak mintak ikan goreng or ayam goreng or sotong bla2, korang leh requestla.
Macam kitorang order seketul ayam and seketul ikan goreng.
Maka makanlah kami dengan semangatnye.
Oh ye, penambahan nasi & segala kuah adalah foc setau aku.
Tapi aku baru dapat detect kari mamak and kari india ni lain rasenye.
Pekat lagi kari mamak.
Ngeh3..aku memang gile kari!
Air sepesel kat sini mango lassi. Sodap!
RM4 secawan.
Total damage untuk berdua: RM26.


Tips: lepas makan, korang kene lipat daun pisang ke arah diri korang. Ini menunjukkan yang korang puas hati and akan datang lagi. If sebaliknye menunjukkan yang korang takkan datang lagi (selalunye makan kat rumah orang meninggal dorang buat macam ni).


#baru perasan, orang perempuan yang datang makan kat situ hampir kesemuanye pregnant especially yang Melayu :p.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

::K.K..Day 4::



Entry KK tersangkut di ari ke 4.. tetibe mode malas berkumandang. Dari sehari ke sehari nak apdate tapi tak berjaya. huhu..


Well, tak ade ape yang menarik pun hari ke 4. Tak ade jalan ke mane2. Except pagi tu breakfast dengan Mintot and Che Pah. (Che Pah pun schoolmate). Aku dengan tak mandinye selambe je g breakfast. Terlewat bangun sudaa. Breakfast kat kedai mamak kat bawah. Roti telur mamak KK same rasa macam roti telur mamak KL. 




Kul12 dah kene check out. Kemas2 barang, simpan barang kat lobby. Since flight 6.50pm, still ade banyakkk mase nak berjalan2 lagi. Jadi, kuarlah kami berjalan lagi tanpa arah tujuan. Jauh gakla berjalan. Tapi hari ni memang dah tak larat dah termasuk cuaca yang super panas. Kenelah Incik Amat pimpin aku. Rase nak terberanak pun ade. hak3. Yang aku tau cume nak air, air, air. Fuhh.. naik ke tingkat atas pasar bile tengok ade signboard foodcourt. Memang ade foodcourt tapi agak kurang memberangsangkan. Ade lebih kurang 10 gerai dan ke seploh-seploh tu jual nasik campur. duhhh! Sudahnye aku menung tengok Incik Amat makan. Kalau nasik campur cam Barokah best gak. huhu.




Then, jalan semula balik ke hotel. Walau jalan terkedek2 macam penguin, totap tak nak naik teksi. Berpimpin tangan berdua lagi suwittt gitu. hihi. Sampai hotel tros ambik cab pi airport. Bosan dah. Tambang g airport RM30 walaupun takla sejauh mane tapi ape leh buat. Bayor jela.. Bersambunglah sesi termenung di airport sementara menunggu kul6.50pm. Sambil tu tunggu gak sorang lagi kawan seangkatan mintot yang tak sampai2 dari tadi. Meming aka Dayang Suhaila Pengiran Kahar. Pic zaman kecit2 ade dalam entry sebelum nih. Busy menghantar ayah ke Pertandingan Tilawah peringkat negeri. So terkejar2 nak datang airport. Sudahnye sempat jumpe, salam, peluk, cium 5 minit je. Dah tak jumpe 9 taun, bile dapat jumpe 5min je. huhu. 

cik meming yang single available. Sape mau masuk line, dialu-alukan :p

kuih feveret..kuih cincin