Monday, August 30, 2010

::h.a.l.f..r.a.m.a.d.h.a.n::



Jumaat, pagi2 akibat penangan pil chit kit teck aun dan ubat2 yang sewaktu dengannye, terjaga pukul11 pagi. Terus siap2 gerak ke Kuantan. Plan nak gerak seawal 8pagi tapi tido dap g. Dalam sakit2 perut, aku drive gak. Mujur aku drive. Kalau tak, tah bape kali kene benti carik toilet. At least bleh ilangkan fokus aku dari ingat nak melabur je. huhu. Sampai Kuantan, kul3.30 petang. Lamenye rase tak jejak kaki ke Kuantan sejak berhimpun lame di daerah Gambang. Teringat kembali memori2 lame. hik3. Terus ke KMC, Kuantan Medical Centre. Bertemu ibu mertuaku dan sanak saudara. Hujan tetibe lebat gile. Hampir putus asa nak pegi pasar ramadhan. Tapi alang2 dah sampai ke Kuantan, ujan pun redah ajelah labu. huhu. Memang happening gile pasar ramadhan kat Kuantan. Dulu time matrik takleh g sangat. Kene balik before kul6. Dan akhirnye, Nasik Ayam Tempayan besarrrr punye jadi hidangan berbuka petang tu. Dengan Murtabak sepesel RM4.50 yang takkan jumpe di mane2 tempat selain kat kedai tu je. perghhh.. kecur air idung.

ihsan blog ini


Dah makan, dah redah Kuantan Megamall, kul10 bertolak balik. Rase2 nak terus kayuh sampai KL tapi kayuhan semakin lemah lantas singgah berlabuh kat Pangsenam, Temerlohlah jawabnye. Kasi tido 3,4 pam sampai ke pukul11 pagi. Pastu barulah bertolak balik ke KL plak. Sampai KL, jem maha dahsyat pulak. Tapi tujuan nak ke Chow Kit beli barang2 kuih, jem sikit jelah. Sambil jalan2 tak sedar plak dah termasuk ke set orang tengah shooting. Wan Ismail Golok tengah nak jual obat. Tapi pelakon macam ramai tak femes, sure TV1 je kot. hurm. Niat nak masuk ke jalan TAR terpaksa berkubur dulu sebab dari jauh memang dah nampak superb jem sampai tak leh nak bernapas. 


Teruslah ke Ampang. Destinasi utama, destinasi yang sebenar2nya. Nak berbuke puase dengan kengkawan sekolah rendah. Upacara wajib setiap taun. Aku sebagai organizer haruslah datang awal walaupun hakikatnye terlambat 20 minit dari yang sepatutnye. hehe. Venue berbuka adalah Q-Thai Village. Makan setimboat. Masyaallah. Berduyun2 orang. Kene berebut2 nak hambik food. Tapi puas ati gak sebab food terlebih cukup and sentiase ditopupkan. 





Kami seramai 17 orang yang memunculkan diri setaun sekali. Aku organize, orang lain yang sampai awal, orang lain uruskan meja, orang lain yang kutip duit. I like! hehe. Taklah penat sangatkan.. 

4 orang ni pun dah cukup dah nak menkecohkan. apetah lagi kalau ain ade..huhu..

Dah kenyang perut, blehla menunaikan hasrat yang tergendala siang tadi. Ape lagi kalo tak ke Jalan TAR balik. mak ai.. jem gile bab punye. Nasib baik dah tau tempat parking yang orang jarang pegi, murah dan dekat gile. Tu pun setengah jam gakla duk dalam jem. Tapi penjelajahan tak lame sebab yang dicari jap je dah jumpe. Duit dah abes, balik awalla.. 

Semalam, ari tido sedunia. tak tau ape virus telah menyerang kami sefamily. kul3 pagi tido sampai 10pagi. kul12 pejam mate balik sampai kul4petang. dan lagi sekali aktiviti tersebut dijalankan secara bergilir2. haha. last2 juadah berbuka telur masak kicap dan ikan masin. menyelerakan. dan akibatnye, pagi tadi dekat kul4 baru mate nak terpejam. Sampai kat opis ting tong. macam macam..

Thursday, August 26, 2010

:1.3::



Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2.
Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.
Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4.
Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5.
Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6.
I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7.
Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8.
Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9.
Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.
Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.
Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.
Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.
Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 



::m.c::

[M.C Mode]

Minggu ni sepatutnye 4 hari bekerja. Sebab esok Nuzul Al-Quran. Makanye, Selangor, Negeri Sembilan tah mane lagi tah akan bercuti *mintak maap cik bongsu nanie,WP tak termasuk yeh..*. Tapi minggu ni aku keje 2 hari je. 2 hari MC woo.. Ari Selase tekad ke klinik sebab anak tekak rase macam dah nak terjojol dah. Dalam setaun, adelah 2 kali aku g klinik kat dalam plant tu kot. Tak suke. Banyak mat2 foreigner yang suke pandang setiap inci yang ade pade diri pompuan. Setelah dicheck2, doktor bagi MC. Sukerrr.. Dahla tak pose, MC plak tu. bes gile. Balik opis, pack barang, balik. Bye2 incik amat. hehe. Petang, jemput incik amat. Rase cam jemput anak balik skolah. Suke jugak. Harapkan ubat si Kuben tu mampu melelapkan mate tapi hampeh. Makin segar dan sakit tak elok2 pun. Memang dah jangka pun kalo ubat dari Kuben ni.

Rabu, g keje. Arini pose. Dah selsema plak tahap kene sumbat tisu dalam idong. Kang ade plak dalam dahaga terasa kemasinan kang. hehe. Duk tak bes, berdiri pun tak bes. Nak bace proses lagila takde mood. Tak larat nak buat ape2. Menu buke pose, nasik goreng sardin. Incik Amat masak. Bes. Tapi 3 pinggan incik amat dan aku sepinggan. Incik amat suh g klenet lagi. Kali ni Fuziah. Pas isyak terkedek2la g klenet tu. Kalau jumpe doktor tu mesti tanye, "ade lambat datang bulan? ade sakit semasa kencing?". Baguslah doktor ni. suke. sangat bersifat keibuan. Last skali tanye, "sok nak rehat tak?". ahaha. Mesti arrrr.. Dapat lagi sepam MC. Melayang rm38.

Dan arini, aku duk umah mengerjakan kerja2 rumahtangga. berfelow2 dibuatnye. Rase nak bancuh sirap je tekak ni. haih. Sok pe nak wat? Malas tul nak gi interview kat KL nuu.. abaikan je bleh x? huhu. antara masa depan dan jalan TAR. mane lagi penting? hak3.. dahla.. bek g masak plak.. adios!

Wednesday, August 25, 2010

::p.a.d.a.m.u.k.u..b.e.r.s.u.j.u.d::

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namamu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hambamu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan Mu
Saat Kau limpahkan karunia Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Pada Mu




Lagu yang asik berenang2 dalam gegendang telinga aku nih. Cite series die memang malas nak tengok. Kang terjepit dipersimpangan plak. Seb bekla sang suami peka kat alam sekeliling bagitau aku ni lagu Afgan. lagu tulah duk ulang tayang dalam laptop nih. Nak kate insap tu memang insapla tapi ade rase len plak lagi. Tak tau nak habaq lagu mana.. layann jelahh..

Thursday, August 19, 2010

::m.e.r.e.p.e.k..l.a.g.i::

[bosan mode]

Semalam, 1st time pegi Pasar Ramadhan Bukit Changgang untuk Ramadhan 2010. Beransur2 bagus dari taun lepas. Masih mencari2 nasik ambang yang terbaik. Banyak pilihan maka banyaklah duit yang dikeluarkan. Tapi masih tak boleh lawan wak darn. Taun ni, sebut pasar ramadhan, hati tak seexcited taun2 lepas. Kalau dulu, putrajaya leh pegi pas balik keje, ari2 pun takpe. Param kat Peringgit, Melaka bleh pegi ujung minggu. Kalau boleh, param Kuantan pun nak singgah. Taun ni macam tak heran sangat. Masak sendiri lagi best kot. Dengan kate lain, buke kat umah lagi sodap. Buffet? Pegi bleh, tak pegi pun takpe. haih. Awat tah taun ni. Pelik pun ade.

Tarawikh. Dah beberapa kali berterawikh bersama imam mude Al-Ahmad Al-Albab. Imam jemputan dari Pangsenam, Saudi Arabia. Tapi jangan ingat berimamkan imam mude ni dapat abes tarawikh cepat. Same je macam masjid2 berdekatan. Cume bezanya takyah naik kete dan pas tarawikh sempat pegi pekena roti tisu dan teh 3 layer tanpa telekung. Tambahan plak musim2 ujan ni. Malas btul nak meredah ujan. Tido dap g..

Kuih raye. Belum ade sejenis pun kuih raye yang aku tempah walaupun balang kuih dah selamat duduk lame dalam lemari dapur. Excited beli balang melebihi segala2nye. Kuih raye yang akak opis jual pun tak berjaya menarik perhatian aku sekeluarga. Kerepek merepek tu akhir2 Ramadhan nanti sempat lagi kot. Bajet nak buat kuih sendiri. Misi membuat 2 jenis. Aku satu, Incik Amat satu. hehe. Bahan2 kering dah hampir sempurna. Bahan2 basah nak beli kat Lorong Haji Taib. Jauh nau plak rasenye dari sini. Tunggu jelah weekend..

Jalan TAR. Sentiase melambai2 dalam lena mahupun sedar. Incik Amat cakap, kite kene banned jalan TAR selama 3 bulan mulai selepas kawen. We did it! Tapi ni dah 3 bulan lebih. Dah bleh pegi semule dah. hihi. Tak beli pape pun xpe. Janji jejak, jalan2. Selalunye memang end up tak beli pape pun. Tetap tunggu clearance sale malam raye baru beli. Dan selalunye akulah orang terakhir yang sampai ke kampung. Sampai pun tengah2 malam bute. huhu. Kalau pasal Jalan TAR, sebut time bukan Ramadhan pun aku memang tetap akan semangat.

Baju raye. Kain dah siap beli kat Jakarta aritu. And dah siap dah pun semuanye. Setelah 2 kali raye aku takde baju raye. Nak kawennye pasal. Asalkan ingat pasal baju raye je, tempahan dah ditutup. So taun ni balas dendam. Belum pose lagi baju dah siap. Baju raye haji pun dah ade ;-).

Pendek kate, aku lebih senang duduk umah. Rumah adelah segala2nye. One of my friend yang dah kawen cakap, biasenye memang dari awal kawen up to 6, 7 months after akan rase nak duk umah je. Kuar g mane2 pun tak nak. Then, dah bosan duk umah mulelah berpeleseran kat mane2 mall, takpun umah sedara, adik bradik. Dah bosan berpeleseran, barulah start bukak kilang manusia. Macam die sekarang (All the best babe.push harder :p). Dan aku sedang melalui fasa kehidupan yang itu walaupun agak terlambat sket dari die. Tengok tv. Masak. Gaduh. Majuk. Makan. Tido. Kadang2 incik amat ajak g mamak pun malas. Duk umah lagi bes. Lately. Aku suke masak. Aku suke basuh baju. Aku suke lipat baju. Aku suke aktiviti sedut menyedut. Aku suke kemas umah. Every hour tanye Incik Amat. Nak makan? Nak air? Ade nak ape2? Ade je nak masak. At least cekodok. So tak pelikla kalo orang kagum dengan perkembangan tumbesaran kami sekeluarga. Kalo pegi mane2, mesti nak tengok periuk, kuali, comforter, ape2 yang berkaitan dengan umah. Sampaikan incik amat suruh buat satu list barang2 yang aku nak, then kalo dah beli, pangkaahhh..hak3. punyelah banyak barang2 yang aku slalu sebut nak beli. Kalau korang dah kawen nanti, korang taulah macam mane. Sempurna dalam ala kadar ;-).

and YOU. Muncul jua kamu dalam mimpi aku. Rase nak sambung tidur sehingga petang. Sambung dan terus bersambung. Aku tau kamu tau yang aku rindu sama kamu kan. Dah lame aku tunggu. Dan dah lame aku berdoa. Mungkinkah sebab.. errr.. Tapi yang penting kite g holiday same2 walaupun tanpa sepatah bicara. Aku benci setiap kali mimpi, setiap kali itu juge aku lupe perjalanan mimpi itu. Apa. Bila. Bagaimana. Di mana. Sume tak ingat dah. Tapi yang penting kamu sudi berjumpa dan bertandang dalam mimpi aku. Semoga kamu sentiasa bahagia disisiNYA dan mendoakan perjalanan hidup aku sekeluarga bahagia dan digandakan rezeki. Insyaallah.

End of my merepek. Len kali sambung lagi.



p/s: Lembu punye susu, sapi dapat nama (bukan sapi dalam LBS tu k).. itulah yang dinamakan seorang manusia..wallahuallam..

Wednesday, August 18, 2010

::p.u.d.i.n.g::

Semalam, b4 balik ofis, tah cemane tergoogle resipi Puding Caramel. Actually, mase balik Temerloh baru2 ni, mak sedara Incik Amat ade cite pasal puding ni mahal kat PARAM Temerloh. Sepotong RM5. Dahla nipis. Aku pun adelah 2,3 kali nak beli tapi bile cam mahal tu berpikir 6 kali (3 hari x 2 kali ulang alik) gakla.. Last2 tak beli gak. Lagipun yang aku tau bukan susah sangat nak buat puding tu. 

ihsan incik google

So, semalam bile cek2 bahan, sume bahan dah ade kat umah. Xyah kuar modal dah. Lepas selesai masak siput sedut berulam sayur berkicapkan daging, lalu aku dengan penuh dedikasinye mensukat bahan2 yang diperlukan. Tapi disebabkan kami sekeluarga je yang nak makan, taklehla nak ikut resepi sepenuhnyekan. Kang abes setaman aku bagi rase kang. Kalo setin susu, aku agak2 je setengah tin. Pendek kate, last2 aku buat sukatan aku sendiri. Bajet2 jela bagi sedap. Gambar semasa pembuatan tak sempat nak ambik. Tak berapa nak rajin.




Okeh. ni gula hangus. Time kasih gule hangus sebab buat jari aku melecur. REMINDER. Panasnye gule hangus lebih kurang same panas dengan minyak panas ye. Jangan main2. Jangan ingat bleh hembus2, colek2 untuk rase macam merasa masinnye gulai. huhu.




Dah siap sume, kukuskan dalam pengukus yang orang bagi adiah time kawen aritu.. kukuslah dengan penuh kasih sayang dalam mase setengah jam. Agak2 jelah. Janji die menjadi. Dah siap kukus, sejukkan dalam fridge.


setengah jam kemudian...


tarraaaaaa!




memang menarik, tertarik, kau memang da boom..slurppp! Speechless. Dahla 1st trial. Smooth je surface die. Sebab, pantang larang semase buat ni jangan ade bubles. Buat dalam mangkuk kecik2. Tak macam kat PARAM tula.




Yang penting, Incik Amat suke and siap cakap congratulations lagi. wuhuuu.. Bukan senang incik amat nak puji kot. hehe. 
Dibuka untuk tempahan ye. Untuk open house ke, untuk FMIL ke.. ;-) Jom google resipi lain plak.

Monday, August 16, 2010

::s.o.l.e.h::


Tadi, ade orang tag aku kat FB note. Bertajuk "Kisah Soleh Suami Idaman". Saje nak share kat sini. Asik merepek je. Sesekali hidangkan yang ilmiah sikit ;-). Bagi mereka yang masih2 mencari calon suami, carilah calon seperti dibawah. Tak perlu sejibik, 80% dah cukup.  Kekayaan bukan menjamin kebahagiaan. Carilah yang dapat membimbing kite ke syurga.. Yang penting, nawaitu mesti baik.. Insyaallah..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke Mahkota Medical Centre, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.


Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.


Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang  yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya". Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. 

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.


Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.


Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.


Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.


Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.


Thursday, August 12, 2010

::t.d.o..l.e.b.i.h..b.a.i.k::



Semalam, ari pertama berbuka.
Dahla ari pertama. 
Paling sempoi.
Kuar opis 5.15
Dari opis berkejar ke Puchong jumpe orang.
Jem teruk gile
Agak2 tak sempat nak singgah pasar Ramadhan
Bungkus GCB untuk aku, set shrimp KFC untuk incik amat.
Mengikut selera masing2
Dah kate jem gile
Sampai Dengkil, azan
Park tepi, layan makan dalam kete
Sampai umah sume pun selesai.
Takyah basuh pinggan.
Mudah, ringkas & padat.


Balik tarawih, dapat morey
Nasik tak tau ape name.
Nasik putih berempah
Sekeping daging, sebungkus dal
Sebungkus layan berdua.
Abes nasik, masuk tido..
Besnye tido kalo perut kenyang.


Dan akibatnye

Tak terjaga waktu sahur
Terjaga kul6.30. ngeh3
Tak dengar langsung  bunyi jam.
Tapi aku memang tengah sedapppp mimpi.
Mimpi laptop aku ilang kene curik kat hotel hohoho
Memang menangis2 aku time tu haih
Nak wat macam mane
Mintak ampunlah incik amat ye
Manusia bisa melakukan kesilapan ;-)

Wednesday, August 11, 2010

::n.g.e.h.3:: II

[rentetan daripada peristiwa di bawah]


Tak sangka die bace post cepat sangat..
Usually 2,3 days after aku post entry baru die bace..
Memang die jarang bukak blog aku nih..
Tak sempat sampai umah dah kene sindir..
Gagagagagagaga...
Tapi macam biase.
Die dah dapat agak ape2 jenis situasi yang membuatkan aku bertindak luar kawalan..
Teka sekali je betul dah..
hahaha..
Tapi tak marah ponnnnnnn ;-)
Tapi die ade cakap.
"Len kali buatla lagi"..
Think positip!
Maksudnye kene buat lagilah nanti.
harharhar

Tuesday, August 10, 2010

::n.g.e.h.3::

Tadi

terbuat sesuatu

yang diluar kawalan

penat tau mencuba

incik amat tak tau pun

hurm

berdosakah daku?

hakhakhak

pas die naik lunch

baru aku tersedar

tersengih2la aku jawabnye

tapi xpe

untuk die jugak

nanti before tido mintak maap dululah ye

selamaatttttttt :p



p/s: inilah bini zaman sekarang..hadoiii

::e.s.o.k::

Esok, 1 Ramadhan..
Ramadhan datang lagi..
Alhamdulillah, sekali lagi dapat berpuasa dan mengerjakan tarawikh..
Harap2 bukan setakat Ramadhan, dapat menyambut Syawal juge tahun ni..
Kali ni, 1st time berpuasa bersama suami terchenta..
Selama 25 tahun ni, boleh dikatakan setiap tahun aku gagal manage perjalanan hidop dalam Ramadhan..
Nak adjust waktu bersahur lagi, adjust waktu tido malam, nak solat subuh, nak siap2 g skolah/class plak..
Taun lepas, masih single..
Sahur teguk air tepi katil, solat, tido balik. kul8 bangun g keje..
Taun ni, dah berdua..
Tak boleh nak buat macam tu..
Kene bangun panaskan lauk, buat air, tah sempat ke x nak tdo balik b4 pegi keje..huhu
Kalau terlajak sahur, boleh serba salah dengan suami sampai ke waktu buke pose..
Juadah berbuka? wallahualam..
Maybe beli lagi kerap dari masak..
Maybe juge masak lagi kerap dari beli..
Ape2 pun minggu ni minggu cube jaye..
Cube adjust selagi termampu..
Termasuklah mengadjust waktu dan tempat untuk buffet Ramadhan ;-)
Mohon kemaafan di atas segala silap dan salah..
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Esok, 11 August 2010
Genap 2 tahun aku bekerja disini..
Ape yang aku dapat?
Tak dapat ape2 input sangat pun..
Yang penting Increment dapat..Bonus dapat..
Selama 2 taun aku takde keje..
Terasa macam2 aktiviti yang aku buat sepanjang office hour..
Tengok wayang, tempah barang2 kawen, pegi ronda2 butik pengantin, qada' tido..
Berjaya selesaikan hal2 kawen dengan jayanye..
Tanpa ade sebarang gangguan..
Maybe pasni berjaya pergi check up setiap bulan tanpa sebarang gangguan plak?
Maybe ;-)
Harap2 pasni sesuatu yang lebih baik akan terjadi..
Mencari sesuatu yang terbaik..
Mendapat sesuatu yang terbaik..
Mengerjakan sesuatu yang terbaik..
Lari dari medan politik yang macam tooooooooooot ni..
Dan harap2 juge project tak jalan2 lagi sampai taun depan :p
All the best!

Monday, August 9, 2010

::p.i.s.a.n.g::


Semalam, Ahad. Sekali lagi aku dan Incik Amat carik pasal. Sekali lagi join Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7BM). Bersemangat bangun kul6 pagi. Incik Amat yang kene kejutkan aku sebab die yang ajak carik pasal. Amannye rase sebab tak ade bunyi budak kecik nangis pepagi and menempek kat pagar. 


Sampai kul7.15 walaupun sebenarnye kene ade pukul7 pagi. Tempat berkumpul di Pintu Masuk UIA. Tunggu punye tunggu, organizer terlambat, suruh kami g brekpes dulu. 9 pagi baru bergerak ke Sungai Pisang.


Selesai sesi agihan food dan exercise, terus gerak. Ini tempat permulaan perjalanan kali ni. Mule2 je dah mengharung sungai. Bes. Cuace pun redup je. Tapi kene masuk utan gak sket. Sikit sangatlah. Bagi lagi sikit pun takpe.


Kawasan sungai yang bleh nampak dari tepi highway Karak.


Kene melintas sungai lagi. Ade tempat banyak batu, ade tempat tak de batu. Tempat ade batu tu sampai terduduk jatuh dalam air. 


Pas jalan2 sket, jumpe 2 terowong aka tali air super besar. Nampak macam terowong kat Sungai Gombak dan sungai2 yang sewaktu dengannye dan cam kotor tapi sebenarnye bersih gile. Lalu dalam terowong sambil buat macam2 bunyik.


Suasana perjalanan untuk ke air terjun..


Berjalan tak sampai sejam, dah sampai tempat air terjun. Ikut jalan air lagi senang dari jalan darat dan lagi cepat.


Inilah die air terjun Sungai Pisang. Air tak berapa dalam pun. Memang tinggi. Penat pikir cemane nak absailing nanti. huhu.


Demo cara2 memakai harness yang belacak baru beli tu. hehe.


Lunch for today. Nasik Ayam. So-so. Tapi dah ade dalam utan, semua pon sodap.


Dah kenyang, baru lompat masuk air. Buncitlah perut den tak lame lagi..


Incik Amat get ready pakai harness dengan semangat kobar2. Kat dalam tak taulah. hehe


Senyuman paling kacak yang boleh dibuat di saat2 genting selepas tergelincir. kikiki.


Pas 3,4,5 orang, turn aku plak. Aku orang paling last. huhu. Sebenarnye nak cube, tapi tetibe incik amat cakap tak nak. Terus set otak, tak nak. Tetibe incik amat cakap nak plak. Adoii.. Bile negatif nak ke positif tu yang susah. Nak kumpul balik kekuatan, hindari kecuakkan tuh. huhu.


Belacak yang ngok ngek! Segala doa, segala serapah, segala mentera die bace time orang nak turun. 


Cuak bodo! harharhar.. Rase menpertaruhkan nyawa je. Dahlah safety equipment tak cukup sangat. Time ni nak carik spot nak letak kaki. Time nila belacak memberi kate2 semangat "percaya kepada diri sendiri macam mane kite percaya pada Allah SWT". pastu nyanyi lagu AF. HAHAHAHA. Lepas tu doa ape tah die bace. adoyai.. mane nak tergelak, nak suspen lagi. haha.


Sempat buat peace. Time ni lutut gigil tak hengat dah. 


Elok2 dah dapat tune, kaki plak leh tersangkut. Ni sume gara2 orang jerit2 suh luruskan kaki tapi aku tak dapat nak luruskan kaki. Penat aku jerit "kaki el panjanglah. Xleh nak lurus". wakaka. Pengakuan tulus ikhlas dari hati di kala itu. Rase nyawa ni idop segan mati tak mau je dah. Tangan belakang dah tak dapat nak tampung. Dah jerit2 "nak naik balik..plisss..nak naik!".harharhar. 


Then Belacak turun few steps lepaskan kaki yang tersangkut tu. siap cramp sambil terkangkang. hahaha. Aih.. memang takmo ingat balikla saat2 genting tu. Yang menguatkan semangat bile tetibe mulut tak putus2 selawat.  Ape2 pun kene ingat pada Dia. Once teringat tu memang automatically dapat tenaga.



Bile kaki dah lepas, dah bleh pakai goggle. yeah! memang sangat membantu time lalu kat air tu. Alhamdulillah selamat sampai ke bawah. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Dah puas mandi2, gerak balik.


Tak puas lagi bergambar kat terowong ni. Time balik sambung lagi. hehe. 

loq@opismate & tunang

Abes agak lambat semalam. pukul4. Tapi taklah sepenat Bukit Tabur. lenkali bagi aku nek Bukit Tabur 4 kali dulu baru sekali abseiling. hik3. Yang penting dapat pengalaman. Next round bleh join lagi.. ;-)


p/s: sampai skrang still tak tau asal name sungai pisang :-(

Thursday, August 5, 2010

::ketepek..kerepek..keretek::

Malam tadi, incik amat balik dari futsal..
Incik Amat: "Yang, nak sahur pe malam ni?"
L: "Megi je kot. Ok x?"
Incik Amat: "Abg nak wat 'ketepek'lah".
L: "Malam2 ni nak wat?Nak goreng bile?"
Incik Amat: "Sahur nanti. Sebelum tido pun bleh".
L: "Hah? bukan kene bla..bla..bla...huh. Ok.Tapi lambat ni nak call mak tanye camne nak buat".
Incik Amat: "Takpe..".
Beliau pun terus call tanye resipi dan care2 membuat.
Aku duk layan depan lappy layan kak suzy.

Die g dapur. Tak tau ape die buat. Die bawak kuar depan tv satu besen yang dah dicampur dengan marjerin dan tepung. Banyak. Bersila depan tv sambil menguli. Aku masih mengadap lappy. Sambil2 tu supervise gak pe die buat. Nak tergelak pun ade. Menguli tepung kul12 tengah malam. Sambil 2 die cakap;

"dah ke ni ek?"
"jadi x macam ni?"

hahahaha. Sebenarnye aku memang tak pernah tau and tak pernah tengok mak incik amat buat. Selalunye kalo mak buat lepas mak solat subuh. Aku plak lepas subuh kompom lelap sepam dua. Then bile aku bangun tengok2 dah siap uli je. Lalu aku pun menepek2 dan menggoreng. hehe. Sebenarnye kene biarkan dalam sejam nak bagi kembang. Pernahlah 2,3 kali mak cakap macam mane nak buat tapi mase tu aku tengah menikmati kesedapan ketepek tu mane nak masuk dalam fikiran aku nih. lainlah aku tengok dari mule sampai abes. 

Sejam kemudian. Hampir 1.30pagi. Setelah tambah minyak. Pastu tambah air lagi. Pastu tambah marjerin lagi. Pastu tambah air semula. Pastu tambah tepung plak. macam dah dapat petunjuk je tak menjadi. mental dah down.  Aku tolong alterkan. Macam jadi dah. Seronok bukan kepalang. Lalu terus ditepek2 dan cobaan menggoreng dijalankan.


HAMPA!! Jauh panggang dari api jadinye. Harapkan pagar, pagar makan padi. makkkk!!kolonngggg!!!

Maka dengan itu, sadaqallahulazimmmmm....ke tong sampahlah jawabnye..kikiki!

Dan pagi tadi selamatlah kami bersahurkan roti cecah milo :p

Nilah rupenye hasil ulian incik amat aka doh 
(incik amat tak tau bile dah jadi macam ni dipanggil doh. Bile aku panggil ni doh, incik amat buat muke terkejut. Die ingat aku mencarut kat die kot cakap die bodo.wakakakaka)


Resepi:
Marjerin
Tepung
Air garam
Minyak

Tiada sukatan. Semuanye secukup rasa. hihi. Silelah cube kalo anda terer plak. Mane tau menjadi ;-)


Dear Incik Amat, that's y i loveeee uuuuu..




p/s: ketepek adalah sejenis makanan yang hampir serupa dengan roti canai, lempeng mahupun roti tisu tanpa gula.