Huh..actually post ni dah siap 2 ari lepas tapi xsangke plak Incik Amad ade idea yang agak same..yelah, blog ku blog mu jua..hehe..pastu elok je nak upload, server down plak kat opis 2 ari..now, baru leh..tu pun cilok username ngan pass 'orang atasan'..hehe..
So nila die cite pasal Nasik Ambang..2 ari berturut2 buke ngan Nasi Ambang..Hmm..Berpose di tempat orang ni macam2 jenis makanan baru jumpe..Especially kawasan ni ramai penduduk Jawa kan..So agak mewah dengan makanan..Juadah berbuka pose yang menjadi igauan siang & malam kitorang sekarang ni adalah Nasi Ambang atau dengan slang Jawanya 'Nasi Ambeng'..hehe..Dulu time kat Melaka ade gak nasi ni tapi xpenah menarik perhatian. Yelah, dalam polisterin. Xmenarik langsung..Oleh itu, mari kite mengenali dengan lebih lanjut mengenai Nasi Ambang ni.
Characteristics of Nasi Ambang yang dijual:
*Nasi diletakkan atas daun pisang.
*Dalam nasi tu ade banyak 'perkakas' yang dicampur skali such as bihun goreng,sohon yang digoreng ngan kicap, sambal tempe & tauhu, ayam goreng seketul, kerisik yang dicampur ngan ikan kot kalo xsilap & ikan masin. Kerisik tu lebih kurang cam nasik kerabu tu or some of them panggil 'serunding kelapa'.
*Berharga RM4.50 @ RM5 sebungkus.
*Berkapasiti untuk dimakan seramai 2 orang (tapi macam bese Incik Amad mampu makan sorang2.ehe..)
Characteristics of Nasi Ambang secara tradisional:
*Makanan tradisi Jawa. Besenye makan dalam dulang besar yang kapasiti nasi ambang tu adalah 4 orang. Selalunye dihidangkan time kenduri.
*Sebenarnya, tujuan asal nasi ambang ni disediakan hanyalah utk tetamu mengalas perut sahaja kerana tetamu akan bawak balik bungkusan makanan yg akan diberikan kepada kaum keluarga tetamu.
*Nasi di dalam dulang dibahagi 4, dan lauk juga dibahagi 4. Then bungkus.
*Nasi yang banyak dimasukkan ke dalam dulang yang besar. Lauk-lauk yang pelbagai seperti ayam masak kicap, sambal goreng, ikan masin, timun, bihun goreng, sayur tumis serta serunding kelapa.
Resipi Nasi Ambang secara tradisional.
Nasi putih
Ayam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)
Sambal goreng (sayur campur orang jawa)
Serunding kelapa
Mee Hoon goreng
Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)
Ulam timun
Rempeyek kacang tanah atau apa2 keropok
Tempe goreng - Optional
Cara Hidang
Nasi putih diisi ke dalam dulang besar.
Letak ayam ditengah2 kemudian bahan2 lain dikelilingnya.
No comments:
Post a Comment