waahhh.. lame gile tak update. bukan takde mase tapi lum ade mood lagi nak update. so now ni baru rase ringan je jari jemari nak menaip laju2 macam kucing kudung. hmm.. malangnye entry kali ni takde sangat pic2 yang menarik since mase kejadian aku takde mood plak nak men'snap' kejadian2 menarik yang berlaku aritu.
So Labour Day aritu we all se'family' gerak ke Kerteh saje jalan2 carik pasal tak tentu hala yang macam dah takde tempat lain nak tuju dah. Ke sana kununnye nak mengembalikan memori zaman muda mudi sang abang yang baik hati lagi bijaksana lagi teruna tatkala itu. Menginap di Awana Kijal yang merupakan rumah kedua sang abang 3 taun lepas selama 3 hari 2 malam dengan 3 bijik bilik (abang se'family'+abah, ibu & me+adik & incik amad).
Niat pada mulanya nak melawat kota Kuala Trengganu tapi atas sebab teknikal maka perancangan ditukar dengan menggunakan kaedah2 perancang yang telah tersedia. Jadi kami hanya berkeliaran disekitar kawasan itu dengan melakukan aktiviti2 yang sehat seperti menjadi dugong prototype yang terdampar di tepian pantai yang bersih lagi putih berseri, aktiviti kuak lentang di atas lautan yang bagai tiada penghujungnye, dan menjadi seperti manusia yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap hidupan2 laut dengan mencoba berbagai resepi yang lazat sehingga menjilat jari-jari kaki.
Dengan cuaca yang sentiase dingin hujan setiap malam maka membantutkan aktiviti malam kami seperti mengail di air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Aktiviti untuk mencoba vokal2 yang berpotensi untuk berdiri seiring dengan Tomok yang menjadi pujaan hati sang tunang selama ini juga terpaksa dilupakan memandangkan roomnya telah ditutup sementare waktu barangkali.
Dalam perjalanan pulang singgah sebentar di kemaman untuk mensoping ikan2 hancur yang telah diuli secara panjang2 dengan tepung yakni dikenali sebagai kepok lekor. Sehingga tak mampu untuk memandang bayang2 Sata dan si lekor yang begitu banyak berlegar2 di kiri kanan jalanraya. Kemudian singgah pula di Restoran Kemaman (chinese muslim restaurant) untuk meng'isap' seafood sampai lebam. huhu. terbayang2 Stuff Crabs di anak mata tatkala ini.haishh..
Terus menuju ke daerah ibu mertuaku, Temerloh. Kali ni bersama family yang belum pernah menjejakkan kaki ke Kg. Pangsenam. Objektif utama adalah untuk sesi suai lebih kenal family bakal besan dengan skop hanya terbatas di atas rumah sahaja memandangkan sampai di sana hampir2 Maghrib. Maka segala lawatan sambil belajar ke bandar Temerloh terpaksa ditunda ke satu masa yang akan diberitahu dengan lebih lanjut kelak. Maaf, gambar2 tidak sempat diambil kerna sebuk berbakti dan menunjukkan skill dihadapan bakal ibu mertuaku yang hampir membuatkan family aku pengsan satu saat kerana identiti aku hampir bertukar kepada seseorang yang telah bersedia untuk berumahtangga sejak dahulu kala lagi. ngeh3.
Esok hari Isnin. Keje ke? hehe. manusia disekeliling yang semakin jelas tanduknye telah berjaya merasuk aku untuk terus berjuang mendapatkan MC. ahaha..

No comments:
Post a Comment