Friday, May 8, 2009

::p.a.n.e.l::


.surat perlantikan.

Dalam demam kus2 sempat lagi membuat part time secara sukerela. Alkisahnya ari Selase Incik Hariz call invite untuk jadi Panel Penilai Pertandingan Projek Akhir Antara Jabatan Politeknik Shah Alam. Pas Ariz btau trus call Lyn ajak join. Dengan itu maka kami pun bersetuju untuk menyumbangkan idea kreatif dan inovasi kami setelah mendapat tau nanti ade upah yang mampu merangsang kelenjar pankreas kami dengan serta merta. Kebetulan tengah MC maka blehla beronggeng dengan ahli2 MATEREALIFE lame2 sket.


.id tag.

Excited sampai penat pikir nak pakai baju ape memandangkan kemeja dan yang sewaktu dengannye ade di umah sewe. Haa.. no choice. kenela sarung baju kurung. Pastu terpikir kasut plak. Sume kasut yang ala2 formal ade kat sane gak. Again. no choice. kene rembat kasut sesape yang ade kat umah ni. Nasib baik kasut standard size wanita2 Asia. huh..

Pagi tu, seawal 6.20 pagi dah siap and bersedia kuar umah. Sumenye gara2 takut jem and area yang nak diziarah ni terletak kat Shah Alam so bleh bayangkan jenjalan kat sane macam mane. Tapi around 7.15 pagi dah sampai kat Tol Batu Tiga. Tak jem langsung. Boleh memandu secara berhemah dan tenang, setenang air dikali. From there convoy ngan Lyn ke Poli. Setelah berjalan2 makan angin sesat 5 menet (lalu tepi pagar Poli tapi tak jumpe pintu masuk. terase macam kene men sorok2 ngan keliwon. haha.) barulah dapat jumpe pintu masuk Poli. Terus menuju ke dewan besar.

Sesampai je kami dijemput dari luar dewan untuk berehat sebentar di bilik VIP di dalam dewan. haa.. sesi menganyam ketupat bermula seketika. Sempat menyiapkan 10 biji ketupat palas berdaun ijau. Ade 6 orang sumenye. 4 orang terdiri daripada Prof, Dr dan IR. Ktorang 2 orang je tiada ape2 pangkat. *blush*

Hampir 10 menet menunggu kami dijemput untuk minum pagi. Sesuatu yang memang ditunggu-tunggu. Nasik goreng tomyam, popia sambal, kuih gula hangus sangat memberangsangkan sehingga memberi vibration kat otot-otot pelvik sehingga membuatkan tak senang duduk. Tapi agak malu sebab semeja dengan para cendikiawan. Malu2 pun sempat 2 kali tambah. haha.


.Encik Hariz sedang mengkelentong student2nye.

Setelah dengar briefing, maka kami semua di bawa ke muka pengadilan untuk mengadili projek2 yang telah dicipta. Ade 2 kumpulan. Part time & Full time. Perlu diingat. Kumpulan yang diadili ini hanya terdiri daripada pelajar2 Diploma sahaja. Expectation tak boleh melebihi had. Aku diletak dibawah kategori full time, ade 9 group and Lyn part time ade 6 group. Setiap kategori ade 3 panel. Aku diletakkan bahagian mechanical.

Overall, terkejut gak tengok care dorang present. Bukan macam budak poli. Xformal langsung, Tali kasut sebelah itam, sebelah puith. Tie plak pendek tergantung. Rambut ala2 HUJAN. aih.. lecturer tak ajar agaknye etika presentation. Tapi bile tengok secara overall bebudak kat situ macam tu, tak sampai ati nak potong markah plak. Layan jela. Ade tu muke cute hingga membuatkan aku tak dapat nak beri perhatian pe yang die present. wakaka. my ring plak asik vibrate je (untuk mengingatkan status diri kot. haha.).

Paling tak bes dorang panggil aku 'Puan Elyina'. adoyai.. terase plak tua and dah kawen plak. Semasa sesi penilaian dijalankan, kami sentiase diiring oleh organizer. Terase memang betul2 VIP nih. Aku tak tanye banyak soklan cause aku tau macam mane situasi dorang. Sentiase berharap tak banyak soalan. Macam zaman PSM dulu. tapi takde istilah muke ensem markah lebey. Pendek kate tak suke nak carik salah dorang. hehe.

Pehtu setel sume, masuk balik bilik VIP untuk bincang balik result. Berbincang bersama Prof, Dr and Ir membuatkan aku agak malu2 tenuk untuk bersuara mengeluarkan pendapat walaupun banyak dalam pale ni yang berlegar2. Then lunch plak. Tanpa disedari aku telah menyental daging masak lemak, sambal belacan, ikan kembong macam tak ingat yang aku ni stil dalam proses pantang. Bersediala untuk sesi garu menggaru tak lame pastu. heh..


.bersama Puan Pengarah (baju biru).

Kemudian sambung sesi lawatan ke booth setiap group bersama Pengarah Poli, Puan Asmara. Diikuti sesi perasmian penutupan perasmian dan penyampaian cenderahati kepada para panel dan hadiah kepada pemenang. Yang tak bley blah tu kene naik atas pentas untuk ambik cenderahati. Zaman skolah dulu just tengok orang je now nih sendiri kene hadap plak. malu gile tapi still leh control lagi tak sampai kaki pucat. pastu ade lagi minum petang. lazat2 belaka. mihun goreng Singapore plak ngan kek, cucur badak, karipap. rase nak bungkus bawak balik je dah. tak pun balut2 simpan dalam handbag. ahaha. tapi takla sampai macam tu kan. heh..

.antara cenderahati tulus ikhlas dari PSA.

Sempat singgah minum ngan incik hariz and the geng. Agak menarik bile minum2 bersama dengan para lecturer. membuatkan hampir teruje nak apply jadi lecturer gak. dengan gaji yang lagi lumayan. tengokla camne nanti. akan dipertimbangkan.

Thanks to Hariz sebab sudi menjemput kitorang jadi panel. len kali leh jemput lagi dengan upah yang lagi lumayan biarpun mission sebenar just nak hang out sesame kite.



.lyn. hariz. el.

No comments: