pulang ke kampung halaman Jumaat malam. alkisahnye aku berjaya berkerja dalam keadaan cuti pada hari tersebut. kirenye cuti tanpa perlu ambik cuti. hehe. packing2 barang dalam kul5 baru gerak menuju ke Kampung Kerinchi untuk menjemput makcik Nani. ujan lebat gile plak. harapan untuk bersoping di Jalan TAR seakan tipis. dalam pada tu tetap drive ke arah Jalan TAR gak. parking yang selama ni RM8 tetibe jadi RM10 plak malam2 hampir nak raya ni. hampesss... harung je ar. jalan kaki ke arah SOGO dengan tujuan nak carik food untuk buka pose. confident beratur beli food last2 tempat nak duduk xde. atas ihsan seorang jejaka dalam lingkungan umor 13 tahun kami berjaya duduk tanpa meja. gentlemen gile budak tu siap carikkan kerusi. dulang yang penuh makanan tu letak atas riba je. sampai mase azan trus makan. selamba kodok je makan macam tu. haha. tula. xmo carik tempat dulu :-p

then meredah dalam ujan2 tu ke lorong jalan TAR. berpayung berdua-duaan. sorang tinggi sorang rendah maka yang rendahla banyak mendapat tempias. kah3. tapi bagus gak. tak ramai orang sangat. senang nak mempilih barang2 yang ade potensi untuk dibeli. last2 tudung je yang dapat dirembat walaupun banyak barang yang super murah. lupe nak print out duit plak..ngeee~ dah merasa agak insaf barulah menggerakkan kaki keluar dari bazar. pas antar makcik nani, terus gerak ke arah selatan. rasenye raya kali nila raya paling mulia sekali. tak perlu bersesak2. dalam mase sejam dah bleh sampai. selalunye 3-4 jam. alhamdulillah selamat sampai ke kampung.
beraya di sane sampai raya ke 3. dah besar2 ni dapat gak duit raye. kire pulang modal la.. haha. semoga aku dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi di Ramadhan & Syawal akan datang. insyaallah...


No comments:
Post a Comment