Friday, January 1, 2010

::2.0.1.0::



Sepi malam New Year. Mercun meletop2 sebaik aku melangkah naik tangga tadi. dari 7.30mlm hingga 11.30mlm duk melepak kat Aunty Aini's Nilai bertiga ngan Nani and Incik Amad. Layan selera kampung. Dapat plak bersila. Berborak sampai tak sedar dah nak tengah malam. Kali ni tak pegi mane2 since incik amad dah cakap aritu tak sambut countdown pun untuk Awal Muharram. heh. so mari sambut secara sehat dengan menghadap blog di malam New Year :-).


Alhamdulillah..dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk aku melangkah setahun lagi. and umur pun akan bertambah setahun. huhu. sangat menakutkan. kalaula boleh tahun berubah tapi umur maintain jekan best.. xde plak orang yang tua plak. heh. Sepanjang 2009 banyak gile kenangan dalam idop. ade yang bes, ade yang tak..ade yang memule bes tapi last2 tak bes. macam2lah. yang penting, semuanye bereh.

Dari segi kerjaya, dah setahun lebih aku sebagai wanita bekerjaya. walaupun keadaan ekonomi masih terumbang-ambing, alhamdulillah company aku masih mampu memberi staffnye gaji walaupun tanpa sebarang kerja. project yang dijangkakan bermula Disember masih belum nampak bayang2 lagi. dan selama itulah kami akan terus berdoa semoga project kami akan terus menghilangkan bayang2nya untuk beberapa lama lagi. bagilah kesempatan ini untuk kami menyelesaikan mana2 tanggungjawab yang belum selesai lagi. at least 80% selesai. (heh..boleh tak??hak3.puh-lisss..). bukan tak berusaha nak beralih angin, dah cuba tapi aku yang menolak tuah. dapat company oil & gas, bleh plak pikir 44 kali. last2..let go macam tu je. heee.. takpe. kalau ade rezeki lagi, adelah tu kan. untuk 2010, insyaallah kerjaya akan bertambah. 3 in 1. tanggungjawab semakin berat. harap dipermudahkan segala-galanya.

Untuk peribadi, 2009 telah mengubah status diri aku. alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang. yang penting, niat mesti baik. tips: simpan dalam poket kemas2. untuk 2010, harap bertambah lagi anak buah. dah setahun dah tak dapat anak buah baru nih. yelah..ape gunenye ade abg yang sharp shooter dan kak ipar yang subur.kikiki~leh plak demand mintak2 kan.hehe.

hurm..ape2 pun aku berharap Allah SWT panjangkan umur aku dan semua orang yang aku sayang untuk setahun lagi dan merahmati segala yang kami lakukan serta tabahkan diri untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang telah ditentukan. kurniakan kami punca rezeki yang halal dan permudahkan segala urusan yang kami ingin, sedang dan akan lakukan. aminn..

wah..lain macam plak rase wat entry kali ni. berkobar-kobar tetibe malam ni. haha. tadi banyak sangat nak tulis tapi pas sesi tazkirah ngan cik Mas trus ilang dah. cik Nani kalo nak tau ape tazkirah kami sila tunggu siaran ulangan senin nanti ek. hehe. okla. mau titon. esok job menanti. mari beraksi walaupun still pening2 lalat hasil MC 3 hari. chow...


2 comments:

cBonKsuNaniE said...

weh.. Cam Tawu2 jek!
i was dyiNg to know dat..
TazKirah pe??
jom Ah meramaikan ahli syurga~lalala

"L" said...

yeah..jom pi Masjid KLIA malam ni..
setiap malam ade tazkirah..gagaga..