Tempat untuk menghabiskan duit kali ini adelah Jakarta dan Bandung. Ke sana 4 hari 3 malam. The hotel was sooo great, over my expectation. The food tak dapat nak men-te-ke-da-rah sangat since mase banyak diabeskan untuk mencari barang2 yang perlu. huhu. Pergi ke Jakarta-Bandung tapi aku tak sempat pun menjamah soto, ayam penyet, bakso etc. yang aku hadap Nasik Padang. Tidur pun hanya cukup syarat sebab sampai di hotel pun aku arrangekan appointment. Terpaksa menselitkan mane2 mase yang terluang tu untuk setelkan gak.
Alhamdulillah at last semuanya selamat pergi dan balik. Trip kali ni was sooooooooo happening, and semua tujuan ke sana dapat disetelkan dengan sempurna on 1st and 2nd day. Plan awal, if tak dapat setelkan dalam mase 2 hari tu, Bandung terpaksa dilupakan. Tapi impian semuanya menjadi kenyataan bile aku sendiri pun macam tak caye yang aku dah setelkan semuanya dalam masa 2 hari. Rupenye aku hebat jugak dalam planning kehidopan di negara orang. hehehe.. Disebabkan itu, bakal mak mertua aku sampai cakap macam aku balik kampung sendiri. Aku bleh bawak dorang masuk celah2 lorong dengan penuh konfiden. haha. Speaking indon bereh.(ape gunenye bermastautin hampir 10 taun ngan orang indon)..semua info dihujung jari..ibaratkan aku ni kat sane macam internet bergerak.. ape taknye. a month before aku buat research, study, hafal all the infos yang aku dapat dari bloggers. aku sorang ok. aku rase macam nak ambik exam and sampai2 jakarta trus kene jawab exam. heh. tapi memang berbaloi. and lagi berbaloi bawak Lyn skali. if not, mati keras aku sensorang kat sane. ade tempat nak story-mory everthingggg.. dari part wedding sampaila 18SX.. all the 'blue'ish we shared..kah3.. teringat kat ade 1 restaurant ni ade magazine cite pasal 'blue'ish (kat sana mag pasal 'blue'ish sangat detail). gagaga.. sangat kelakar. nasib baik tak de orang. heh. ok meh cite from day one.
Malam before Lyn tido umah aku. Selama ni duk umah sewa sekali time UTEM aku tak penah tido sekatil dengan lyn sebab kitorang bilik asing2 tapi malam tu 1st time tido sebelah menyebelah. and akhirnya kitorang just tido sejam je b4 we all kene bertolak ke LCCT. nasib baik dalam flight ade old town white coffee. itulah pembuka mata sampai ke malam.huhu. bertolak pukul7 pagi and sampai kul8 time sane. time kite kul9. time malaysia cepat sejam dari dorang. trus beli simkad. airport sangat ok and toilet sangat bersih dari LCCT. oh yes. public toilet di Jakarta and Bandung secara overall leh bagi 4 star ar.. canggih gile kalo kat shopping complex dorang.
Rite after sampai airport trus ambik cab Blue Bird menuju ke Mangga Dua. Nak setelkan doorgift. 4 jam setel. macam2 ada kat Mangga Dua tu. Yang takde kat Malaysia pun berlambak. rambang mate aku. so untuk mengelakkan macet, kene gerak awal before kul4. sebab kul5 ade appointment lain plak. waduh2.. macet sungguh kota Jakarta. nak ke hotel lame gak. We all stay kat Hotel N1. 3 star and sangat bes gak. macam 4 star. After check in, baru je nak relaxkan badan dapat call dari Andi. Die dah ade kat lobby. Penuh excited nengok collectionnye. After bagi all the details, kuar dinner Nasi Padang. Lepas tu gerak ke Senayan Mall. Info yang aku dapat Levis murah kat situ. Memang murah gile. Lyn sampai borong 3 helai. hak3. tapi rupenye2 semua Levis boutique memang murah. Bukan tu je. Kitorang pitam jap tengok Nine West. nasib baikla kasut yang diinginkan xde colour feveret. kalau tak memang borong jugak. Senayan Mall lebih kurang Pavillion. just name it. Semua brand ade. tak berterabur macam KL. then balik hotel siapkan mental dan fizikal untuk hari esok plak. tapi masih tido lambat macam 2-2 orang baru je jumpe. :p
Esok pagi2 kul6 dah cerah and trus dah tak bleh nak lelap dah. Siap2 turun breakfast and lepak2 jap sebab kul10 ade appointment dengan Andi lagi. Sementara tunggu Andi, bersiar2 depan hotel. Melawat Textile Museum. Pernah tak korang masuk museum dengan caj sebanyak RM0.72? heh. terkejut jap aku. tak sure cemane dorang leh buat maintenance daripada caj sebanyak tu. and bukan semua orang pegi museum pun. museum ni dorang tunjuk kain tradisional dorang ar.
Esok pagi2 kul6 dah cerah and trus dah tak bleh nak lelap dah. Siap2 turun breakfast and lepak2 jap sebab kul10 ade appointment dengan Andi lagi. Sementara tunggu Andi, bersiar2 depan hotel. Melawat Textile Museum. Pernah tak korang masuk museum dengan caj sebanyak RM0.72? heh. terkejut jap aku. tak sure cemane dorang leh buat maintenance daripada caj sebanyak tu. and bukan semua orang pegi museum pun. museum ni dorang tunjuk kain tradisional dorang ar.
after setel dengan Andi, kami mulekan pengembaraan ke Tanah Abang yang dalam 10 minit berjalan kaki. Sumpah sebijik macam Chow Kit. Cuma kat Chow Kit aku sendiri tak pernah meredah lorong2 kecik yang ade tapi kat Tanah Abang aku buat macam aku dah biase. Actually Tanah Abang ni kebanyakannya dijual secara grosir (borong). So untuk dapatkan harga murah kenela beli above 3-5 pcs. Tapi tak banyak beza pun if beli selai2. Kat Tanah Abang tu aku bertapa dengan Lyn mencari lace sampai tak terasa nak lunch pun. Sampai ke petang tak makan ape2 sebab sibuk memilih yang terbaik. fuh.. disinilah bermulanya aku muflis. kikiki~ tapi ape yang aku beli tu memang penting sangat2. untuk yang tak penting, aku terpaksa ketepikan dulu. huhu. Hebat gile dugaan time tu. Time datang bleh jalan kaki, time nak balik, penuh Angkutan Kota tu ngan barang kitorang je. Dahla macet bangat. panas.
Sesi mempilih cotton
Malam itu akibat otak tak dapat nak menampung lagi keadaan semasa, aku ngan Lyn amik cab trus ke Plaza Indonesia. Tujuan utama nak ke Hard Rock Cafe. Nak mencari souveniour untuk ayah Lyn. Tapi malangnye memule cab tu silap turunkan kitorang. Kat 1 complex yang ade tulis Hot Cafe and kat situ pun ade Manchester United Cafe & Bar. Bile tanye orang, dorang kat Hard Rock depan lagi. Jalan memang sangat macet. So nak tak nak, kitorang kene jalan dalam 10 min lagi and sepanjang jalan tu macam agak sunyi. Keadaan macam berjalan tepi Pavillion time Pavillion dah tutop. Laju gile kitorang jalan sebab takut ade orang kacau. Naik jejantas tu pun dah berlari2 sebab banyak pengemis kat atas tu. Time berjalan tu kitorang terpikir. Kat KL aku tak pernah jalan berdua ngan Lyn macam tu tapi kat negara orang bleh plak. heh. Bile nampak je logo Hard Rock tu je kitorang siap melompat2. Lega beb.. Ye ar. Cab plak bleh turunkan salah tempat. Ketar gak lutut.
Dari atas jejantas. kul8 malam macet banget
Then masuk Hard Rock, pilih2, cuci mata. haha. Tapi both of us sekali pandang macam lesbo sebab rambut Lyn tu so semua orang macam pandang agak pelik. Siap halau Lyn jangan dekat2 lagi. hihi. then jalan lagi. dari Plaza EX ke mane2 tah. banyak gile sale. bile dah penat bjalan, nak carik teksi rupe2nye kitorang kat dalam Grand Indonesia plak dah. Tah bile2 sampai pun tak sedar. punye ar besar tempat tu. Pastu kene pusing2 balik carik tempat memule sampai tadi untuk dapatkan cab. Haa..Grand Indonesia ni dekat2 area Marriott yang kene bom time Man U nak datang aritu. Area ni ade Hotel Nikko, Pan Pacific, Hyatt, Embassy etc. Nak masuk kene scan 1 badan and kalau naik kete pun kete tu akan discan. Lagi advance dari Malaysia sket.
Next day, bangun awal. breakfast dengan pantas, terus gerak ke Stasiun Keretapi Gambir untuk ke Bandung. Ikut nasib je tiket ketapi kul bape pun. Tiket yang ade kul8.30 a.m. lagi 1 jam. Tiket Bisnes class hanya IDR 50,000. ok ar gak. Dalam ketapi ade steward lagi tu. Jual makanan tanpa troli. lagi cekap dari steward AA leh jual makanan sambil menatang dulang. Terhuyung hayang. Kagum gile. Sepanjang perjalanan sangat cantik tapi sepanjang jalan ketapi tu ade rumah ala2 rumah setinggan. Takde plak kes kene gilis ketapi. Kalau kat Malaysia rasenye berlambak dah kes. Lebih kurang 10-15 jambatan ketapi menakutkan yang ketapi tu lalu. aduih..bukan setakat perut je kecut, segala2nye kecut..huhu.. Perjalanan lebih kurang 3 jam setengah. Langsung tak tido. Rugi plak kalau tido.
Sampai di Bandung, ambil cab pegi ke Diaz. Dah lame menahan sabar di hati. hik3. dapatlah merembat ape2 yang patut. then ke Paris Van Java mencari Money Changer. Happening kat sini. Dapat mencuci mate melihat cowok2 Bandung. Memang hensem bangat. Dorang ni banyak iras2 lelaki kat Malaysia. Takde rupe Jawa sangat ar. Sambil jalan mate melilau je. Bukan ape. Manela tau jumpe plak lecturer UTeM dulu. hehehe.

Salah satu plastik tu ada jual anak penyu. bayangkan plastik sebesar tu letak anak penyu. huhu. tak berperikemanusiaan betul.
Then dengan pantas ke Factory Outlet Rumah Mode. Sebutannya Rumah Mo-de.. Macet banget. Haa kat sini memang tak hengat mempilih baju. aku dilarang keras oleh Lyn untuk usha jeans lagi. huhu. Ramai gile orang tapi dalam ramai2 tu pun selesa gak nak mempilih. Kat sini hanya ade lebih kurang 2 jam je sebab nak kejar train kul6.30 p.m. Kene gerak awal sebab takut macet lagi. huhu. and paling best driver teksi kat Bandung semua mesra alam. and every time naik mesti dorang akan cakap yang teksi dorang tu kete wira buatan Malaysia. hehe. bangga jap. then balik ke Jakarta naik ketapi gak. Sampai around kul10.30 p.m. macam tak caye je leh pegi-balik bandung dalam sehari. hehe. Sampai hotel mate memang tak larat nak bukak. packing2 sket trus tido. sok banyak lagi nak kene pikir.
Last day, pepagi lagi dah bangun. Tunggu segala jenis barang yang akan sampai ke hotel untuk dibawak balik. Saat nila paling mencabar minda dan sanubari. Tak pernah2 aku jadi orang last masuk kapal terbang, kene tahan kat pintu sebab excess luggage. ni semua sebab Tony Jacks. haha. xpe ar. ade hikmah disebaliknye. Yang penting everything under budget. Duit yang dibawa cukop2 untuk setelkan semua hal. Berjuta2 rupiah dibawa abes dalam masa 4 ari. Muflis terus. hihi. Last day kene sewa avanza sebab barang xmuat naik teksi biase.
Bersama barang rampasan selama 4 hari
Gambar di atas di airport. Time ni kepala terbayang scene Ada Apa Dengan Cinta. Cinta lari2 kejar Rangga then sampai kat dalam dorang kissing :-p
So, untuk Indonesia tempat2 utama hampir complete dah aku pegi. Jakarta, Bandung, Surabaya, Medan bereh. Tinggal Bali yang belum dapat disinggah. harus kumpul duit dari sekarang ;-).
*lagi pic dalam FB
Congrats to Spunky Militia. Podium finish lagi kali ni. Good job!!
Ade pengganti aku sebagai crew this league ek? hehe..sapelah tu :p
*lagi pic dalam FB
Congrats to Spunky Militia. Podium finish lagi kali ni. Good job!!
Ade pengganti aku sebagai crew this league ek? hehe..sapelah tu :p










2 comments:
ko nak jadi jam dinding ke el??
nak gak..stp jam orang asik tengok aku je..:p
Post a Comment