bersambung lagi part iii- majlis bertandang aka majlis menyambut tetamu.
Bertemu jodoh dengan orang Temerloh, haruslah majlis di Temerlohkan. Incik Amat dah pulang awal2 ari Jumaat setelah mensetelkan segala urusan bersama customer. baru2 kawen dah jumpe customer. huh.. bosan btul.
Dipendekkan cerita, disebabkan ari Jumaat incik amat dah balik, dapatlah lagi tido dengan BFF walaupun dah kawen 5 ari. yey!! Sebab esoknye dorang pun akan follow ke Temerloh. And penganten ni tetap nak nek sekereta dengan dorang. Bukan ke selalunye nek dengan familykan? Haha. Tak kesahlah.
Pepagi, kul8 tepat, INCIK Tina dah datang untuk makeup. punctual gile. Kul10.30 gerak from Selayang dengan 6 buah kete. Perjalanan sangatlah selow. Kate konvoi jadi haruslah mengikut bontot-bontot kete masing2 kan. Pukul1 tiba dengan selamatnye di Kg. Pangsenam. Signboard besar gedabak kat traffic lite. Malu jap den. hihi.
Dah siap2 sume, beraraklah kitorang dengan kumpulan kompang. aku tak dengar sangat dah kompang tu. yang aku tau aku cam enjoy je berjalan laju2. maybe sebab panas sangat..sangat..sampai banyak kali kene tegur jalan selow2. lagipun perut dah lapar gile. huhu.
Sampai2 terus makan. Bes dapat makan tanpa sebarang gangguan. Yang paling best dapat layan tempoyak ikan patin. Sure orang kampung tak penah tengok penganten pelahap macam tu. hihihi. pastu adelah potong pulut kuning plak. aku sebagai die hard fan pulut, xsogan2 aih makan pulut tu. sodap wa cakap lu. rase nak suh tapau masuk bilik je. haha.
majlis abes awal dalam pukul3. cume rasa terlebih penat daripada majlis kat Selayang sebab cuaca panas sangat. Panas2 pun sempat gak continue dengan outdoor.
Malam, lepas acara bukak hadiah, kitorang didera kene basuh periuk. hik3. Periuk yang bleh masukkan aku sorang. Adelah 4, 5 biji. Rase nak terbaring trus kat dapur tu. Nasib baiklah dah malam. sejuk sket. Seronok kawen dalam suasane kampung. Meriah. Kat umah aku, catering. Abes majlis, caterer, periuk belanga pun balik gak. Tak dapat nak merasa aura kenduri kawen yang sebenar.
Ape2 pun, segala preparation selama 6 bulan sebelum tamatlah hari ini. dah tak payah nak pikir ape2 pasal bunge telur, baju, kasut, tudung..dah bleh idop normal macam orang lain. legaaa!
Ape2 pun, segala preparation selama 6 bulan sebelum tamatlah hari ini. dah tak payah nak pikir ape2 pasal bunge telur, baju, kasut, tudung..dah bleh idop normal macam orang lain. legaaa!








No comments:
Post a Comment