Thursday, July 8, 2010

::t.a.b.u.r::

Suatu pagi yang cerah, time semua orang tengah sedap berdengkur, aku dan incik amat kuar carik pasal. Walaupun berjanji pukul6.50-7 pagi di Petronas Gombak, disebabkan kami2 semua adalah Melayu maka janji ditunda hampir 7.30 pagi. Padahal 7.30 pagi sepatutnye berkumpul secara berpusu2 di Caltex Taman Melawati. hihi. Tapi tak perlu risau sebab kami bukanlah yang terawal mahupun yang terakhir. Ramai yang terkandas dalam jem akibat larian ape tah ke namenye. 

So bile food dah didistributekan, kami pun bergerak beramai secara ekor mengekor kereta di depan untuk ke tempat kejadian yang tak jauh dari situ. Sebelum bergerak, ingin buang rase ngantuk, lompat2 dulu untuk menguji stamina lompatan yang akan digunakan nanti.


Berat ye doy nak lompat pepagi? hihi.

Dah sampai, berkumpul. Barulah nampak muke masing2. Warming up dulu. Sambil warming up kene perkenalkan name masing2. Maluuu... Instead of kire 1,2,3..8.. Kite tukar el, el, el, el..sampailah 8 kali el. Tapi tak pun. Ikut bape2 yang kite sempat sebutlah. 


Kemudian sesi taklimat oleh


Incik Qoben. Beliau merupakan pendaki Gunung Averest beberapa tahun lepas. Baru balik dari training di Alaska. Walaupun pendaki yang berjaya, beliau sangat low profile dan takde langsung ciri-ciri berlagak.


dengar taklimat pun nak ikut ketiggian tau :p

Kemudian, kami dibahagikan kumpulan. Hanya suami isteri sahaja takkan diasingkan. huhu. nasib bek.. Tapi last2 semuanye dipecahkan ikut stamina masing2. hik3. Before gerak naik, ambik gambar lu.


Dah mule mendaki, time ni okay lagi.. sempat lagi nak gelak2 wat lawakkan.


Memule pendakian diketuai oleh incik belacak ni. sangatlah fit. tapi lame2 hilang tah ke mane tah die. terpaksalah aku dan nani yang jadi ketua. kui3.


Subhanallah..view daripada 2nd checkpoint. Empangan ulu klang. Daerah Klang Valley dapat sumber air daripada empangan nilah.



View dari puncak yang lebih atas.


gayat jap


Akhirnye berjaya sampai ke puncak. Orang yang sampai awal mestilah aku dan nani kan. hek3. memang susah nak percaya pun tapi itulah hakikatnye. Incik Amat pun aku biarkan tertinggal jauh di belakang sebab die pun dah pancit. kekeke. Aku pun pelik kenapa aku sangat berstamina, tak berenti2 panjat. Kalau berenti pun sebab tak tau jalan and tunggu orang tunjukkan jalan mane nak ikut. And perasaan gayat pun takde langsung walaupun kene panjat ala2 spiderman, kene melompat gaung yang kecil and sambil tu automatik kene melekap kat batu..fuhhh.. kecut gak.. antara idop dan mati je pikir time tu. Dahlah kasut, kasut futsal. Mane nak grip sangat. 





Incik Suami bersama isteri yang gagah lagi fit. hihi.


Pantang betul camera jumpe kami2 nih..


Wanita2 yang same2 memanjat. takde yang kecundang dengan mendail no tepon helikoputar.



Kami dari University of Blast Furnace.. Incik Madol yang kegembiraan selepas berjaya sampai ke puncak walaupun beribu rintangan yang terpaksa dihadapi. syabas!! bulan depan kite nek lagi owait!



Time nak turun


Bukit tabur as background

Time turun lagi seksa daripada time naik rupenye. Dengan kasut yang tak berapa power, tah berapa kali jatuh terduduk dan tergelincir sebab jalan untuk turun agak curam dan laluan bertanah berakar. Lebam tu toksah nak cakap ler. Dah macam kene dera dengan suami je dah. hik3. Sampai je bawah, mencari air. Bekalan air yang dibawa dah abes time kat puncak. Yang jejaka2 dari University of Blast Furnace tu terus terjun ke sungai yang ade dekat2 situ. Walaupun air yang tak berapa sejuk and tak bes dari pandangan aku, dorang tetap nak berendam walaupun sekejap. 


Alhamdulillah selamat naik dan selamat turun. walaupun pada mulenye aku kene paksa dengan incik amat untuk join die. bukan tak nak tapi sebab time darjah 6 dulu dah penah naik, aku dah tau macam mane keadaan kat atas sana nun. Dulu, ade banyak cikgu2 yang ambil perhatian. Naik pakai tali, absailingla.. But today, sumenye kene buat sendiri. Gune kekuatan kaki dan tangan. Mane yang dulu pakai tali, now pikir sendiri langkah yang terbaik untuk panjat. Dan alhamdulillah dengan adenye tangan dan kaki yang panjang dapat membantulah sket2. hihi.  


kat puncak yang belum nak berapa tinggi


i'm climbing


dah sampai sket sile posing. macih mirul


Pesanan untuk yang berniat nak panjat sini, niat tu mesti elok and jage mulut. Actually sini adalah kawasan maut. Tempat2 yang terlihat bendera merah tu adalah tempat banyak berlaku kemalangan maut. Just google je, korang akan dapat bace kes2 maut from bukit ni. Memang agak mengerikan. haih. can't wait for next event~

2 comments:

Madolz said...

kene tunjuk kat ayam penyet ngan yap post ni..baru die tau kite sume power..hahaha

"L" said...

haa tula..
baru die tau reason sebenar aku MC tu!