Vacation kali ni taklah jauh mane. Tak perlu naik plane. Bajet pun takdelah besar mane. Just nak berliburan di negara orang. Sorry terpaksa meninggalkan makcik Nanie. Sob3. Len kali kite g.. Kite g USS plak ek. So kami suami isteri dengan Lyn saje yang jalan2 buang duit kali ni. Last time pegi pun form3 kot. Tak ingat ape dah. Cuak gak 2,3 ari before pegi.
24/12/2010
7.30pm : Gerak from Nilai. Agak terlewat sket dari plan asal sebab Lyn from Kajang, jalan tengah jem gile. Turun2 dari tol Nilai, jem gile tapi bergerak slow2 sampailah ke Senawang. Spot biase untuk jemlah tu kan.
10.45pm : Sampai Tol JB. perghh..lega gile. Sepatutnye takyah ke JB, tapi nak carik money changer.
Info: Tol Nilai-JB: RM37++, Ade 1 lagi tol : RM2.10
12.30am : Baru jumpe money changer. Setelah 2 jam sesat. Sesat sebab GPS tak tau mane jalan nak masuk town JB. Bodokan GPS tu? haish.. kene tau name jalan kedai money changer tu baru bleh pegi. cait. Nasib baik berbekalkan ilmu dari zaman kecik yang ingat2 lupe tu, maka terjumpelah jalan.
Andddddd peristiwa sesat kali ni sangat meruntun hati, jiwa & sanubari. Kami tersilap masuk jalan dan akhirnye kami sampai depan kaunter imegresen untuk check in ke Singapore. What the FUN btullah.. Tapi lagi menggegarkan lutut aku, bile orang kat kaunter tu gile nak matinye handsome! Bayangkan muke justin timberlake jage kaunter and ko tengah buat salah and kene mintak maap ngan die. Bile die mintak ic aku, aku lost kejap. Tak ingat mane aku letak wallet. Anddddd lepas tu lyn gelak gile2 punye sebab die kate aku memang macam jelly, cair gile time nak bercakap. Bercakap macam nak pintal2 tudung. hahaha. Aku memang tau aku sejak azali tak bleh bercakap dengan orang yang handsome gile. Tu sebab jadi macam tu. hak3. Tak abes dengan itu je, kami kene parking and masuk office imegresen jumpe ade pegawai tu cakap kami tersalah jalan. Terasa kene jumpe pengetua plak. Pastu kene buat u-turn b4 masuk ke border Singapore and bayar RM2.40 kot. Time ni, terjadi peristiwa kene marah dengan polis prebet mane tah sebab lepas bayar je kitorang trus jalan. Orang dalam opis takde plak cakap kene benti ape2 dah. Yang aku ingat polis tu cakap "Respect orang sikit". What the tooooot lah kan? Kalo polis singapore tu pahamlah kalo nak cakap macam tu. Haisy.. menambahkan tekanan je mase tu. Tapi lepas sesat tu, maka bertemulah kami dengan jalan yang sebenar...
Info: Money changer kat JB banyak yang 24hours. So tak perlu risau kalau terlupe/sengaja terlupe untuk tukar duit last minute. And rate die lagi bagus dari KL.
1.30am : Sampai di Homestay kami, umah Zam & isteri. Kidnap Zam bawak pi makan. Wife die outstation. Lapaq gile dari petang tak makan2. Tak singgah R&R pun sebab nak cepat. Seronot jumpe orang yang baru kawen ni.
2.30am : Cobaan merehatkan diri tapi kurang berjaya bile sampai umah sambung lagi lepak2.
Zam tido ngan amat, lyn tido ngan aku. Macam previous vacation, aku ngan lyn memang tak bleh tdo sekali sebenarnye. Sebab? Sebab akan continue borak2 sampai lagi 2 jam nak bangun, barulah tido. Pegi Jakarta pun macam tu gak. Pegi mane2 jelah. Nanti bile pagi, dua2 mencari coffee nak kasi celik mate. Sudahnye kul4 lebih baru 22 senyap.
25/12/2010
6.30am : Mesti bangun. Kalau aku tak bangun, sume pun buat2 tak sedar jekan.
7.30am : Lepas breakfast secara style bujang, kek pisang, nuggget & teh o, kami memulekan perjalanan. Harus singgah kedai mencarik coffee :p.
8.00am : Sampai di checkpoint Malaysia and Singapore. Urusan masuk sangat2lah senang tapi banyak info yang menyusahkan hati. huhu. kecut gue..
Info:
Document yang perlu di kaunter imegresen Malaysia: 1) Passport
Document yang perlu di kaunter imegresen Singapore: 1) Passport 2) Borang putih
Nanti nak bayar parking/bayar tol kene pakai Autopass, so kene beli kat imegresen. Kene ade salinan roadtax. Kalau tak ade, die akan datang kat kete check roadtax.
Tak sampai setengah jam semua pun setel. Tapi ni time public holidayla. Kalo time lain memang makan mase nak setel.
8.30am : Berbekalkan GPS, kami ke Geylang nak parking kete tapi semua full. Terus gerak ke orchard, parking @Atrium Mall. Kosong lagi. And orang baru je bangun tito sebab malam tadi dah puas mabuk sambut christmas. hehe
Info: Parking per entry $2 untuk Public Holiday. Murahhh sangat. So bleh parking sampai ke tengah malam. Semua parking kene reverse bontot. Takleh parking suke ati macam kat sini. Dorang pun suke buntut :p
Info: Setiap tix mrt leh refund $1.
9.30am : Berlegar2 kat Orchard. Baru plan mane nak pegi sume. Xde itenary langsung. Berjalan ikut kate hati. Last2 decide nak pegi Arab Street untuk breakfast.
Naik MRT dari stesyen Dhoby Ghaut ke Nicoll Highway untuk ke Arab Street. $2.40. Kalau LRT kite macam dorang kan bes. Tak takut nak naik, xde risau langsung pasal pick pocket. Pastu takde pun berebut2. Wangi je. Sampai di Nicoll, mencari Arab Street. Berjalan lagi. Tempat yang aku memang ingat sangat walaupun last sekali pegi time form3 kot. Sebabnye kedai tu memang tak berubah langsung.
Kedai memang sentiase penuh. Penuh dengan warga Malaysia gak. Specialities kat sini Murtabak and Beriyani. Kami order murtabak ayam. $4. Makan 3 orang. Itu pun mengah nak abeskan. Total semua $14. Mahal untuk breakfast tapi puas hatilah. Bagi aku, murtabak tu takdelah sedap sangat sampai aku terngiang2 nak mengidam. Biase aje. Tak tau dari sudut mane orang pergi Singapore semate2 nak makan murtabak.
Teruskan perjalanan ke Little India. Bile tanye Kedai murtabak tu, die suruh naik cab sebab jauh sangat. Tapi kitorang bertekad nak jalan kaki. Adelah lebih kurang 5-6km berjalan, lintas jalan sume. Tujuan ke Little India nak pegi Mustafa Center. Bile sebut little india, memang penuh makhluk gelap2 jelah. Bau sepesen je. Tak larat wooo.
Mustafa Center famous dengan perfume yang murah. Tapi kitorang datang sane bukan untuk beli perfume. Sebab aku pun tak suke nak kumpul2 perfume. Selagi yang 1 tu tak abes, slagi tu tak beli yang baru. Barang2 lain lebih kurang je price dengan sini.
Perjalanan diteruskan ke Chinatown. Kali ni tengok map memang jauh. Jadi terpaksa naik mrt lagi. Sampai2, konpius ape yang ade di Chinatown. Jalan2 lagi then jumpe masjid, alang2 tu selesaikan yang wajib. Masjid die biase je di luar tapi kalo tengok toilet die, subhanallah. Macam toilet spa uuu.. Ade korang jumpe toilet masjid kat pekan2 Malaysia ni automatic flush? bersihhhh sangattt.
Kat Chinatown, tempat beli souveniour or sekali tengok macam Jonker Walk. Fridge magnet, t-shirt etc. Tapi actually paling murah antara yang termahalla kat sini. Maksud aku, kalo kite pegi negara/negeri lain nak beli souvenior, kat sini lagi mahal antara negara/negeri tu la. and t-shirt pun kurang quality and design sangat tak cantek.
Then, back to Orchard Road. Tak sempat nak pegi tempat lain dah. Plan kul4,5 nak ade kat Orchard. Sampai kat Orchard orang dah makin penuh. Memule lost gak sebab tengok macam tak meriah je. Rupenye kitorang kat ujung Orchard Road. Jauh gile kene jalan. Adelah dekat 10km tapi disebabkan kami kuar-masuk shopping mall takdela rase sangat kejauhan tu. Jumpe je Shopping Mall berkejar carik sofa dulu, rehatkan kaki. Dah ok, sambung balik. Memang kene kuat mentallah.
Sekejap ujan lebat, sekejap ujan berenti. Tapi time ujan lebat tu ade gak berpoco2 dalam ujan. Ade macam kete berhias tapi tak tertarik nak bergambar sebab sume Jesus Christ Mary nye patung. Akhirnye dalam 8.30pm tu, decide nak balik dah. Just naik mrt ke Dhoby Ghaut. Tak larat nak pusing balik.
Maka selepas itu, bermulelah episod idup yang sebenar di kota singa selepas sesat hampir 5 kali lalu jalan yang same. ahaha. Nak pegi tengok and bergambar kat Merlion tu. Malangnye GPS telah menyesatkan kami. huhu. Tah kemane2 tah die bawak. Tapi aku selaku driver, berbekalkan 2 brains in 1 body, aku berjaya keluar dari kesesatan tanpa gune GPS tu. hoho. Time tu memang aku dah tekad, kalo jumpe si singa tu memang aku nak tepuk kepala die 10 kali sebab dah buat kitorang sesat 2-3 jam. Tapi rupe-rupenye singa tu besar gile. Tak sempat jumpe yang kecik2. Tak kire ujan renyai2, tetap turun ambik gambar. Gile mahal parking. $12 per entry. Last2 kitorang parking tepi jalan, gilir2 ambik gambar.
Dah puas ati dapat pegi semua tempat. Balik ke JB la plak. Kat checkpoint terpaksa queu panjang gile tapi laju. Senang je care nak kuar. Just bagi borang putih tu balik, die check bonet, insert autopass, jalan. Kat checkpoint Malaysia kene bayar RM2.40 and check passport. Tu je.
Info: Pastikan ade Touch n Go. Kalau takde, aku tak sure camne nak bayar RM2.40. Die tulis TnG sahaja.
Dah sampai JB lega hati. Aku memang jadi driver terhormat sebab aku tak reti bace GPS. Aku just ikut arahan jela. Letih. Cramp kaki. Tapi puas hati.
Continue to part 2..





















No comments:
Post a Comment