Xdela pi jauh mane sangat pun. Masih dalam negara. Last minute vacation namenye nih. Kalau plan awal2 sure tak menjadi so tetibe kuar idea, kene gerak trus. Our destination, PENANG. Memang trip untuk makan, makan, makan. Bukan untuk visit2 tempat yang bersejarah or nak shopping2.
Perjalanan bermule kul12.30 dengan pi kenduri kawen kawan Incik Amat dulu kat Batu Caves. Kenduri yang paling banyak food yang penah aku pegi. Eh kuih bahulu tu mane menghilang eh??Lupe sudaa..
Kul 3 baru lah btul2 masuk highway. Selama 4 jam xterasa jauh langsung. Kul7 sampai atas jambatan. Terus gerak ke homestay. Thanks to Google Maps walaupun berjaya membuatkan kami u-turn banyak kali. Ni la ghope homestay kami. Tuan rumah yang poyo lembut, mesra. Rumah yang super bersih. 3 bilik + 1 bathroom. Kebanyakan barang kecik2 from IKEA. Tetibe kuar mitos IKEA ade cawangan kat Penang. hik3. kalau nak contact number, sile tinggalkan komen k.
masterbedroom
2 buah bilik macam ni
Sempat plak tengok Malaysia vs Singapore sepam walaupun perut lapaq. Untuk malam tu, destination makan, Padang Kota Lama. Order semua yang tekak nak makan.
ABC RM3
Kelapa Shake RM3
Pasembor RM18
Mee Udang RM8
Kerang + Sotong Kering + Sotong Kangkung = RM34
Sentap mak nok!
Bendahari tengah catit sebarang keluar masuk duit
Makan, makan, makan sampai malas nak bergambar tepi laut. Terus ke next destination, Batu Ferringi Night Market. Malangnye ujan plak. Ade kedai dah tutup awal tapi banyak gak yang still buka. Jalan2 saja. Tiada sebarang hasil tangkapan yang berjaya dibawak balik. Sampai homestay dah kul2..zzzzzzzzzzzzzz.
2 keping roti + 2 biji telur = RM3
Sedap sangat..walaupun kat rumah bleh buat tapi xpenah buat pon. Nasib baik ade banyak lagi destination makan yang kitorang nak pegi, so berpada2lah makan 1 set je. huhu. Then, terus ke 'ROK WOK'. Tak tau kenape panggil ni. Rok Wok ni kat bahagian depan tu je. Kire macam pasar pagi tapi banyak jual barang2 lame and 2nd hand. Nak kate barang2 curi pun bleh gak kot. Jadi, harus berhati2 memilih semasa membeli. Kami just beli buah mangga kuning2 yang comel lagi murah je. RM3 per kilo.
Masih ade lagi satay 30sen.
Kemudian, berjalan ke Rumah P. Ramlee plak. Dah alang2 parking area tu, trusla visit. Umi kan suke visit2 ni. Jadi, layankan aje.. hihi. Memule masuk arkib die dulu. Dalam arkib xleh ambik gambar. Aku just duduk je dalam arkib objektif utama masuk sebab nak mensejukkan badan. Pastu baru g naik ke rumah P.Ramlee.
Dah berlengas2 semua, gerak ke Jalan Chowrasta untuk shopping jeruk. Kenyang merasa dari membeli. Beli tros sekilo RM10 leh campur2 sampailah sekilo. Kami mempilih Nasir Jeruk sebab tengok kedai die je yang ramai orang.
Jalan lebih kurang 800m menuju ke Nasi Kandar Line Clear plak. Ramai plakla orang. Terpaksa beratur dalam panas terik lebih kurang 20min. Inilah main destination kami. eh aku! haha. Hari2 duk terpikir, duk mengidam nak nasik kandaq ni. Alhamdulillah sampai gak.. Kerana beratur lame dalam panas, setiap sorang order 2 gelas air. Sampai orang tu pun pelik nape 4 orang ni order 2 gelas air sekaligus. hehe.
RM7.10
Nasik semak2 macam ni memang feveret. kari,kari,kari!
Tengah2 makan, kawan umi suruh pegi Balik Pulau untuk makan laksa. Haa.. ape lagi. next destination ke Balik Pulau selepas selesai urusan di Masjid Kapitan Keling.
Cancel trus nak panjat Bukit Bendera. Tapi sempat lagi singgah beli Roti Benggali. Google Maps ditangan aku so suke ati je suh singgah2kan. hehe. Alang2 dah lalu tempat tu. Roti Benggali ni dulu namenye Ismaliia Bakery. Now ni dah tukar name jadi Maliia Bakery.
Cancel trus nak panjat Bukit Bendera. Tapi sempat lagi singgah beli Roti Benggali. Google Maps ditangan aku so suke ati je suh singgah2kan. hehe. Alang2 dah lalu tempat tu. Roti Benggali ni dulu namenye Ismaliia Bakery. Now ni dah tukar name jadi Maliia Bakery.
1 bontot tu 90sen.
Beli 4. Tapi sampai umah cam menyesal plak tak beli banyak. Otw balik ke KL, harum dengan bau roti.
Maliia Seri Kaya RM2.00
Ok dah boleh gerak ke Balik Pulau dengan tenteram sebab semua dah setel. Jem gile. Hanya kerana laksa, redah gak. Sempatlah singgah jap kat cable car Bukit Bendera. Jauh rupenye Balik Pulau ni dari town. Kene naik turun bukit. Sempatlah nasik kandar tadi dihadam. Kedai yang dicarik Laksa Janggus Kak Timah. Kedai ni pernah masuk JJCM rupenye. Patutlah ramai orang walaupun kat ceruk kampung. Tapi bagi aku laksa dah berapa nak power. Makcik kurang letak asam kot aritu. huhu. Tapi ABC memang bes. RM2 je.
Laksa biasa tak de telur. Laksa special ade telur and laksa lebih.
RM2.50
Maka berakhirlah sudah trip makan2 kitorang. Meninggalkan pulau before Maghrib. Berhenti di RnR Tapah dan akhirnye sampai kat umah Umi kul12 tengah malam. Sok tu g keje cam biase, cam tak de ape2 berlaku. Penat pun tak. Enjoyyy...
#6-8weeks to go.. next pleaseee....
# orang busuk ati idop takkan bahagia..insyaallah...

































2 comments:
El..bestnyaa.. ;)
memang best!
nanti ajak wan g eh..
Post a Comment