Tuesday, April 19, 2011

::K.K..Day 1::



Lame suda sunyi sepi blog ni. Kembali panasss dengan statement di bawah.. hak3!


Kemane aku pergi kali ni? Boleh dikatakan kali ni Babymoon or boleh gak nak panggil Pre-Anniversary. Manelah tau tak sempat tak celebrate 1st anniversary dah kebabooom nanti. Babymoon dengan keadaan baby yang duk sentiasa bergolek2, jumping2, menyiku, menendang. Tapi mengandung je pun. Bukan dijadikan alasan tak larat nak g holiday. Sampai memang aku tak sedar yang aku tengah sarat membawa perut. Macam ni setiap taun pregnant pun blehla.. ahaks.


Kali ni destination ke Kota Kinabalu, Sabah. Sepatutnye Lyn join sekali tapi since die baru balik from Umrah and ade few halangan lagi, terpaksalah die duk diam2 di Semenanjung. Trip kali ni 4d 3N. Last jejak kaki ke Sabah time form 3, sebulan before PMR. 11 taun lepas.. 


Pagi, 13/4/2011, selepas melihat kekalahan Chelsea, kul5am Prasath dah sampai depan umah. Flight kul6.20am. Subuh pun di airport. Agak nervous sikit sebab 1st time naik flight dengan perut boyot. All doc kene get ready. Dan semestinye semua beg, Incik Amat yang kene angkut. Sian die.. :p. Part paling best, bile medical letter aku tercecer otw nak naik plane. Bile naik je tangga, cabin crew tanye "where's your medical letter?", baru aku sedar surat tu cecer. Yang tinggal boarding pass je. Dalam hati memang dah ready dah nak balik umah sambung tido balik. huhu. Ape lagi, Incik Amatlah kene jadi runner ke pintu masuk carik surat yang cecer tu. Pastu ade sorang mamat pakai walkie talkie panggil aku turun bawah jap. Lagilah aku bertambah cuak. Elok je sampai bawah, Incik Amat sampai macam baru pas marathon 10km, berfeloh2 dengan sampul surat kat tangan. Fuhhhh... Barulah lega hati dan sanubari walaupun dah get ready nak kene marah.. huhu. Setel je hal aku, barulah dorang tutop pintu nak terbang. Time check in tu plak, bleh plak orang tu bagi kitorang seat kat emergency exit. Alhamdulillah sebab tu hot seat and luas tapi orang disable cam aku ni tak sesuai duk situ. Cabin crew suruh aku pindah tempat lain dulu time nak take off and landing. haish. Follow jela. Yang penting aku dah bleh selamat berholiday. Tapi cabin crew on duty tu sangatlah caring and terasa disayangi lebih.


inilah surat bertuah aku tu


Sampai di KK on time, 9.20am. Terjadi peristiwa aku dilanggar. Kakiku dilanggar trolley oleh suamiku sampai sumpik sikit dan berdarah. Tapi disebabkan tadi die dah lari2 carikkan surat untuk aku, so bile kene langgar tu aku bleh mengadu sakit dalam senyuman jelah. haha. Around kul10am tuan kete sewa sampai. Sepatutnye kete kelisa tapi last minute die kate orang yang sewa kelisa tu semalam tak sempat nak return pagi tu so tukar dengan Kancil. Less RM10. So bedal ajelah labu. Sekaligus lagi sekali kami menjumpai orang kete sewa yang poyo. Die bawak plak kitorang pi melawat bandar KK dulu padahal kitorang ni dah lewat dari itenary ni. Die cakap sebab minyak banyak lagi. Adehhh.. Aku tak kesahla die nak bawak jalan tu tapi yang sebenarnye aku yang duk belakang ni tak tahan dah bau badan die yang bercampur dengan bau rokok dan bau rambut die rasenye. Aircond plak dengan kuatnye membantu meniup bau-bauan die. Rase nak hulur je syampoo suh die pi balik syampoo rambut kasi wangi. huhu. Lepas turunkan die kat mane tah, kitorang pun terus gerak ke Kundasang. Kete tu agak teruk gak dengan macam2 bunyi tapi sedap untuk dilenjan. Jalan kat sane pun bukan elok sangat. No wonder kete tu jadi macam tu. Lagipun 2 orang je tak kesah sangat.




Singgah kat Pekan Tamparuli mencari2 Jambatan Tamparuli yang pemes tu. Mintot ade cite sket kaitan tentang 'headhunters' dan jambatan tu. Mengikut mintot, untuk mengelakkan jambatan tu runtuh, dorang susun tengkorak kat jambatan tu. Setiap taun kene tukar kot tengkorak tu. Tak dapat nak cite secara tepat. Sapekah mintot? Nanti story lain. Kitorang tak turun, amik gambar dari dalam kete. Cuaca yang super panas so memang malas nak turun walaupun ade macam pasar tani kat situ. Niat nak gak turun tapi lepas tengok babi hutan dijual secara longgok2 dijual secara timbang kat situ, terus lagi geli nak turun.






Teruskan ke Kundasang. Jalan macam naik Cameron or 4,5 kali ganda jalan Bukit Putus. Tapi kancil tu memang best. Kona siap bunyi2 lagi. hihi. Kalau bawak myvi, semput rasenye nak daki bukit. Tapi jalan macam tu pun bleh menten 100km/j sebab yang banyak lori je. So potong mempotong sambil naik dan turun bukit tu memang senanglah. After lebih kurang sejam, sampai ke Pekan Nabalu. Macam R&R la lebih kurang. Tempat nak beli souvenir and traditional food dorang. Kat sini dah rase sejuk2 udara meniup.


 bleh naik atas untuk tengok view Mount Kinabalu tapi tak setiap masa leh nampak


Ade pisang kaler merah or lain dari kaler sebenar pisang biasa. Rasa lebih kurang je tapi macam tak cepat busuk. Sesikat RM3 je.



Setengah jam selepas Pekan Nabalu, sampailah ke Kundasang. Kawasan yang banyak chalet and resort. Kebanyakannye di kaki bukit. Kalau yang murah2 tu susah sketla nak nampak Mount Kinabalu kot. Tapi kalau hotel mahal pun bukannnye 24h bleh nampak. Kami terus check in kat Kinabalu Pine Resort. Seminit dari Pekan Kundasang. Sekarang tengah promotion, RM200 per nite inclusive breakfast and dinner for 2 and room memang mengadap Mount Kinabalu. Selak langsir dari atas katil je dah nampak. Memang berbaloi ambik dinner sekali sebab kawasan ni kalau dah malam, memang tak ade ape2. Sesuai untuk orang macam aku yang susah nak mencuba kedai2 tepi jalan yang tak sure kedai orang Islam or not.





Memule tekejut sebab masuk2 bilik ade standing fan sebijik. Aircond takde pun. Rupenye sejuk gile sampai nak mandi pun kalo heater takde memang tak mo mandi. huhu

Lepas rehat2 and solat, misi mencari lunch plak. Cejuk2 tu mengundang kelaparan yang super hebat. Pegi ke Pekan Kundasang, ade nampak kedai nama Melayu. Tapi rupenye mamak jugak. Kat sane, ape2 minuman yang berais akan beza harga 50sen dengan air yang tak berais. Maybe susah sangat kot nak buat ais sampai 50sen. Kat KL beza 10sen je. Total makan RM14.70. Rasenye mahal dari KL. Tak taula kene tipu ke ape tapi malas nak ambik kire. Yang penting dorang agak bermuka pelik bile kitorang order air berais. Maybe kawasan tu sejuk, xde orang yang minum air sejuk.

Nasi goreng pattaya. Tawar. Tradisi orang sabah serve sekali dengan sup kosong. Sedap.



Order teh o ais limau. Biasenye limau kasturi. Tapi ni datang LEMON. terbaek..

Dah kenyang perut, terus mencari kawasan ala2 New Zealand. Memang dari KL, dah niat, tak kire ape jadi pun, tempat yang 1 ni memang kene pegi gak. Bukanlah nak tengok sangat lembu pun tapi sebab nak wat Maternity Photoshoot. Jauh nau nak tunggu datangnye mood berphotoshoot. huhu. Kalau kat KL ni malas betul nak g taman. After 20mins dari Pekan Kundasang, after jalan yang super hebat, sampailah ke ladang lembu tu. Jalan memang xde berturap and spesies batu besar2 tapak kaki. Nasib baik kete sewa. Kalau kete sendiri, rela parking jauh2 berjalan masuk ke dalam. RM3 per entry per person. Dapat tengok dorang buat pumping session. Pumping session kul3pm. Ade juga jual susu fresh. Lepas pump je susu tu trus salur ke machine air then dorang tambah koko. RM2 per cup. Memang sodap tapi disebabkan aku dah tengok proses and bau lembu tu so tekak jadi kembang. Merasalah aku seteguk.



Lembu2 tu tau kul3 masuk ke tempat pump secara beratur and tunggu giliran masing2. Kalau orang yang jaga kawasan tu lambat mulekan proses pump, dorang duk berdiri jela beratur wat hal sendiri. Xde pun marah2, hon2, potong queue :p

before pekerja kat sini pasangkan alat mengepam, dorang akan basuh dulu 'breast & nipple' lembu tu bersih2, siap lap lagi dengan kain kering2. Sekor2 kene buat macam tu. Kebersihan memang terjamin.

Dah puas tengok lembu, photoshoot plak. Terasa pergerakan agak terbatas sebab tak leh nak panjat suke hati. Kalau takde perut, rasenye dah golek2 dalam ladang tu dengan lembu2. hihi.




Keluar from ladang, singgah kat gerai2 kat Pekan Kundasang. Ade jual sayur mayur fresh tapi disebabkan tak leh masak pun, maka xmembelilah walau sebiji tomato. 


Tak lame pastu hujan pun turun. Sekarang musim hujan petang kat sane. Asalkan petang je hujan. Kabus pun tebal sampaikan puncak Kinabalu tu ade certain time je bleh nampak. Sepanjang hari pertama sampai di Kundasang, kitorang asik mencari mane gunung. Sebab kabus memang tebal gile. Malam, ujan lebat. Dinner kat cafe resort.

lemon chicken, beef ginger, sup ayam, sayur campur & kailan goreng
Lauk memang dorang dah sediakan. Takleh tukar menu.

Kul9 dah selamat dibuai mimpi. TV pun tv1 & tv2 je yang clear. Sesungguhnye bukan aircond je tak patut ade, kipas kalo takde pun xpe.haha. Juk beee~ 


Continue Day 2~

2 comments:

Madolz said...

syok aaa beee jalan2~~~~~

"L" said...

sedakkk beeee~