Harini nak ceghite detik2 kecemasan dalam labor room plakla..
Dah dekat 3 bulan melahirkan Nuh, barulah harini tergerak hati nak ceghite
Jom2..
Citenye cenggini,
20 May 2011
Harini, Jumaat memang aku & Incik Amat half day untuk routine check up. Harini gak 39w 3d. Dari 37w hari2 berdoa dan sesi pujuk memujuk berlaku untuk Nuh keluar cepat2. Tapi sampai harinilah beliau seronok mengombakkan perut aku ni. Incik Amat hantar aku ke Hospital Putrajaya (HPJ) then die pegi solat Jumaat di masjid besi. Tinggallah aku sorang2. Lapar tapi tetap sabar nak tunggu Incik Amat balik semule. Pas solat, duduk jap kat depan klinik, rase pening suam2 kuku. aik.. awat tetibe cam nak pitam plak ni. Incik Amat balik, trus pi lunch.
Tengah2 tunggu Incik Amat, bbm Nanie,
Aku: Tengah tunggu Amat ni. Ade checkup kat HPJ. Pas check up nak beli tix Nur Kasih, booking on9 penuh.
Nanie: okei, semoga berjaya mendapat tix :)
2.45pm, timbang berat, check blood pressure, buat urine test macam biase. Fyi, HPJ xde check Hb pon. So dalam sejarah pregnancy aku, still tertanye2 cemane orang bleh tau low Hb. Dr. Hamidah just check bawah mate je. Then, masuk bilik Dr. macam biasa untuk scan.
Dr: nak buat VE (Vaginal Examination) tak? kite check laluan.
Aku: nak! nak! *macam seronok sangatlah Dr. nak seluk2 tu kan. padahal dah tak sabar dah nak beranak. orang cakap sakit tapi Dr. Hamidah wat tak rase pape*
Dr.: Okey. Dah buka 1cm ye.
Aku: hah? 1cm je? lame lagi ke Dr?
Dr.: Untuk anak 1st ni ambik masa sikit. Bergantung pada individu gak.
Aku: Sengih2 seronot.
Dr. : Eh blood pressure u ni tinggi ni. Tunggu 5-10min, check kat luar lagi sekali. Mane tau u penat jalan jauh ke tadi.
Aku: erkk... ok2..
Dah tunggu dalam 8min, check lagi sekali. Ternyata, terbukti tekanan darah aku tinggi. Harini dalam sejarah, darah aku naik. Padahal sejarah hidup aku pernah wat treatment low blood pressure.
Dr.: Disebabkan pressure u tibe2 tinggi, kite kene induce u. Kalau u memang ade tekanan tinggi takpe. Yang tibe2 ni yang kite takut.
Aku: Arini gak ke? *omaigodd!orang cakap induce 3,4 kali ganda lebih sakit*.
Dr.: Ye. Nanti sy checkkan bilik untuk awak. Pukul 5 nanti sy masukkan ubat.
Aku: Sy nak balik ambik semua barang2 dulula.
Dr.: Tak perlu. Suruh husband u je yang balik ambil. U bleh trus check in.
Aku: Tapi Dr., sy nak g tengok cite Nur Kasih dulu. Jap je. Tak sampai 2 jam. Kat Alamanda tu je. Dekat dah ngan spital. Blehla Dr. Sy nak g bli tix jap g.
Dr.: Tak bleh. Bahaya tau. Boleh bahayakan baby.
Aku: Ala.. *Muke terus menunjukkan muke sedih.*
Dr.: Ok. Bilik tingkat 5 ade kosong. Pegi kaunter pendaftaran ye. Nanti kul4.30pm sy naik.
Aku: *bergenang air mate. bye2 Nur Kasih*
Dah bayar deposit, naik ke Tingkat 5. Untuk FPP, hanya tingkat 5. Belum ade bilik single yang kosong, jadi harus share dulu. Katil sebelah pun nak bersalin gak, chinese. Kul6 dah turun ke Labor Room(LR). Kire dapat Single room gakla.
4.30pm, bbm ku berbunyi..ting tong...
Nanie: El bli tix dah? If ad tix nak nyeboks duk celah korang
Aku: Tersengih. makcik sorang ni memang ske duk himpit2 celah kitorang. hik3.
Terus call die;
Aku: Mehla join tengok Nur Kasih kat spital ni..
haa ape lagi makcik tu.. trusla melompat2.. haha.. *Bleh bace kat sini* Sempat lagi tanye ape food yang aku mengidam before deliver.
Dah check in, tukar baju spital.. Incik Amat pun pulang ke rumah ambik segala macam barang macam nak pindah rumah :p. Perghh.. rase sunyi gile bile tinggal sorang2. Termenung merenung nasib ape akan jadi arini, esok luse. Kejap je dah nak jadi ibu.
Mata kembang, idung kembang, perut kembang, kaki kembang..semua pun kembang..
Nurse: Bape minit per contraction?
Aku: ade contraction ke? Kalau ade pun, sy tak reti nak kire.
Nurse: err...??xpe2..
4.45pm tepat, Dr. Hamidah datang check2 semua. Then, masukkan ubat induce. Bile dah masuk ubat, xleh jalan2 dalam 1,2jam. Kene baring je. Nak tido xleh plak sebab kene kacau ngan mesin ctg. Dokla melayan tv. Tak lame tu Incik Amat sampai bawak barang macam nak pindah. Toto pun bawak.
Around 7 makcik nanie plak sampai. Dengan Starbuck nye. pergh.. mabeles dapat minum ais blended saat2 akhir. Incik Amat plak bli McD. Sebelum ni dah pesan, kalau dah turun tanda kite singgah Mc D dulu beli ais krim, BigMac dulu baru g sepital tau. Tapi dah takde tanda yang turun, kenela beli kendian.
Buat cam umah sendiri
Lepas solat Maghrib, dah terasa sakit sikit2. Bleh tahan lagi. Bleh gelak2. Bleh bergambar lagi walaupun dalam keadaan menonggeng.
Nanie: Kene ke ambik gambar secara menonggeng?Aku: Sakittttt...:p
Nanie bagi pen and kertas suruh catat mase tiap kali contraction. Dahla die tau ingredients roti canai, kire contraction pun die tau. adehhh...maluuu..
Kul8, Nanie dah kene halau. huhu. Sedey plak tetibe. Sunyi xde senda gurau..ahaks. Tapi dekat kul9 gak Nanie blah. Aku? Dah merasa sakit dah tapi still bleh tahan. G toilet, mandi. Air sejuk lagi. Sebab takut xleh nak mandi beberapa hari. Lega sket bile dah mandi.
Nurse datang pasang ctg. Jap2 datang check. Kali ni memang aku benci gile kat CTG! Dahla tengah sakit, kene baring telentang, xleh gerak2 sangat. adoiii.. Kul11 lebih panggil nurse suruh check jalan since Dr. Hamidah dalam OT. Yey! dah 4cm.. Dah bleh turun ke LR. Kene naik wilcha. benci gak kat Wilcha sebab kalau kene jalan tak rata memang sedappppp! Ntah shortcut mane tah nurse tu bawak tetibe dah kuar ke LR. Nak turun, naik wilcha or katil kene cepat2 before contraction datang. Time ni dah 2min sekali.
21 May 2011
Again, kene pasang CTG, xleh gerak2 sangat nanti xdapat heartbeat baby yang cantik. ahhh..xpeduli pun. Ke kiri ke kanan gak aku mengiring. Jalan dah bukak 7cm. Dr. pecahkan air ketuban. Carik Incik Amat takde and aku keseorangan dalam bilik. Trus jerit "Sy nak suami sy..". Ade ke patut die tahan dulu Incik Amat masuk. Tak kire ar. Aku bayar kot. So aku bleh bagi arahan. hehe.. Pastu aku rase macam tercirit je. Suruh Incik Amat panggil nurse cakap aku dah terberak. Lawakla mase ni. Bile nurse check rupenye air + darah je. kui3. Leh tergelak plak dalam sakit2 tu. Malu kot kalo tetibe terberak atas katil :p.
Sambil tu nurse suruh sedut gas untuk ilangkan rase sakit. So aku bergantung kat gas tu jela. Lelame aku lalok then tetido. Sedar2 dah 2jam lebih aku tetido penangan gas tu. haha. Tengok jam kul 2.30pagi. Tengok2 nurse, Dr semua tengah busy sarung glove, mask, pasang support kaki kat katil tu. Aku cam.. eh dah nak kene teran ke? Time tu baru terasa macam nak terberak sangat. Try push sekali, dua kali, tiga kali.. Tak bleh gak.. Abes semua nurse tah dari mane tah datang bagi support. Siap cakap "dah nampak kepala dah..", "dah nampak rambut dah..". Incik Amat pun same. Aku leh tergelak tengok dorang sebab aku tau dorang menipu.. haha.. aku sendiri tak rase ade kepala nak terkeluar. Cume aku rasa baby keep on pushing nak keluar tapi macam stuck tah kat mane. Then, Dr. pakai vacuum. Baby tinggi lagi. Dapat sikit je kepala. 2kali try vacuum. And time tu dorang cakap heartbeat dah semakin slow. Tapi aku dengar ok je :p. Dorang lebih berpengalaman, so dorang lagi taulakan. Dengan itu, aku pun bersuara "kite czer jela Dr.". Terdiam Dr. sebab aku dari awal lagi memang dah request ape2 jadi pun nak try normal gak. Luckily no Episiotomy. Terus Dr. bagi arahan suh siapkan OT.
Aku kene angkat ke satu lagi katil, then katil tu kene tolak laju2 ke OT. Terase macam dalam cite ER/Greys Anatomy. Ade orang bawakkan drip sambil lari2 belah kiri, ade orang yang mintak sign belah kanan. Ade yang suh sebutkan no ic. Nak marah sebab tengah sakit tapi seronok dapat pengalaman macam tu. Sampai OT, aku kene pindah ke katil lain lagi. Ringan plak badan bile orang senang2 je angkat, letak aku nih. haha. lagila bz dalam OT. Dalam mase yang same, still merasa nak meneran. Baby tolak2 lagi. Dr. suruh try lagi untuk teran and vacuum lagi tapi still.. xde rezeki untuk normal.. Then, ade Dr. lain, pakar bius kot suruh duduk sambil peluk bantal and inject kat belakang. Sakit gak sebab rase macam jarum besar. Terasa lame sangat dorang prepare. Aku jerit lagi "Cepatlah operate sy..lambatlah korang ni". LOL. sian kat baby yang tengah menolak2 tu. Yang pastinye, aku ternampak beberapa orang yang ensem. Assistant Dr. kot. Hilang sket sakit.. ahaks. Then, terasa perut kene robek sebab ubat bius lambat bertindak balas. Takla sakit pun. Rase macam kene pisau secara slow2. Sambil tu terasa lagi baby dok tolak2 nak kuar. Sian die nak kuar xlepas2. huhu. Pastu terasa Dr. tarik baby then baru lega. Dengarlah tangisan pertama. Dorang trus bawak kat aku and aku tengok Nuh dok terkebil2 pandang aku. hihi. Sweet ar moment tu. Tak lame tu dengar dorang jerit "Patutlah xlepas, 3.9kg..". haha. Sangkut kat bahu. Dorang bersih2kan trus bawak jumpe Incik Amat. Aku plak tetido sambil menggigil kesejukan siap berdengkur lagi. Ngantuk and penat sangat.
Dah jahit2 semua, dorang masukkan ke dalam bilik ape tah namenye. Duk bawah heater dalam setengah jam. Sedap je. Pastu barulah bawak naik atas ngan baby. Sampai kat bilik, Incik Amat baru lepas solat Subuh. Dapat kiss thank you dari Incik Amat, sebak dadaku. kekeke. Maka, bermulalah episod hidup kami bertiga.
Tak sempat nak tido sangat pun sebab bz suruh Nuh isap nenen. Alhamdulillah Nuh pandai. Dalam keadaan aku yang masih kene bius tu, mampu gak nak breastfeed dengan bantuan Incik Amat and nurse. Alhamdulillah gak susu memang dah keluar since 23w. Walaupun Nuh big baby, die xdelah mengamuk2 nak nyusu macam sesetengah baby. Rileks je. So secara tak langsung, kite pun rileks nak breastfeed die. Tapi kalau sekarang..haa 5jam pun leh bergayut..
Stay di HPJ 4h 3m. Actually dah bleh kuar sehari awal tapi saje mintak postpone. Seronoknye pasal duk spital. Dr. Hamidah pun best sangat. Sesape nak bersalin, silelah ke HPJ. Memang terbaek layanan (kalau pilih FPP).
Sakit beranak? Beranak tak sakit tapi contraction yang sakit. Macam aku yang kene induce, without epidural, orang cakap 3x ganda lebih sakit dari natural. So aku tak tau rase sakit bersalin sebenar. Untuk orang macam aku yang kene induce tapi progress yang cepat, maybe kurangla sakit daripada orang yang kene induce sakit selama sehari or 2 hari. Terpulang kepada badan and rezeki masing2..Ape2 pun sakit bersalin tu suatu kenikmatan walaupun kadang2 rase macam nak putus nyawa. Orang kate, kalo serik pun kejap.
Thanks to kawan2 yang datang melawat & bagi adiah kat hospital and kat rumah. Tak henti2 kitorang terima tetamu. Alhamdulillah. Terasa macam hari raya pun ade :)














No comments:
Post a Comment