Wednesday, November 21, 2012

Boycott oh boikot

Nampaknye isu BOYCOTT panasss dalam FB..
Ade yang tak paham..
Ade yang buat2 tak paham..
Ade yang xpaham tp buat2 paham..
Macam2 ada..

Aku??
Untuk McD memang aku dah lame boikot
Rasenye since incik amat hadir dalam hidupku..cewaahhhh
Dulu mase kapel2 pun lepak mamak je
Kalau bukan tujuan boikot pun, adalah disebabkan duit tak banyak nak makan mewah2
Dari beli 1 set RM10-RM12, baik makan kat mamak..
Bleh makan untuk 2 orang termasuk air
Same je kenyang

Tapi memang dari dulu everytime nak makan McD, incik Amat mesti cakap 'dorang penyumbang kat ISRAEL'..
Trus tak jadi makan..
If tetibe incik amat nak makan, aku plak yang cakap "bukan abg kate diorang penyumbang israel"?
Tak jadi lagi..

Bleh dikatakan setahun sekali je aku makan..
Tu pun orang belanja..
Orang datang rumah melawat aku bawak McD..ataupun
Pegi rumah orang, orang dah siap beli McD
Makanla demi menjaga hati walaupun UAI kate kalo free pun jangan terima

Tahun ni baru sekali sebab burger Samurai
McD yang 2-3km dari umah dah staun buka tp xpenah jejak
Tah cemane dua2 pun tersampuk syaitan lalu mengorak langkah ke McD
~menyesal~

Tapi walaupun bkn sebab ISRAEL, kene pikir dari segi kesihatan
Tahukah anda French fries McD takkan reput/rosak dalam jangka masa 5-10thn?
#betapa hebatnye pengawet yang digunakan
Tahukah anda daging burger tu dibuat dari bahagian mana lembu/ayam?
#perut, otak, lemak2, etc
Tahukah anda McD/fast food bleh menyebabkan obesiti/cancer/masalah kesihatan lain?
#byk bukti sahih
Tahukah anda bubur McD tu sama seperti makan sekampit ajinomoto?
#ibu2 yang malas masak seronok suapkan bubur McD sebab anak makan dengan penuh selera
Aku tak makan sebab aku taknak susu badan aku rasa McD lalu Nuh menjilat bibir menunjukkan kesedapan
Dalam erti kate lain, susu badan aku tak berkhasiat

Nestle? Loreal? Starbuck? Bla bla
Nestle hanya gune Milo..masih mencari produk alternatif lain.. Buat mase ni aku bancuh koko van heuten (xtau ejala) + susu buat hot chocolate
Maggi pun Nestle.. Pun lame tak makan sebab dalam kategori tak berkhasiat so tak bagus untuk Nuh :)

Loreal tak pernah guna pun.. Sorry sy hanye ade sebatang lipstick Estee Lauder (yg baru jumpe belakang seat kete) je.. EL israel jugakkah?? Sile inform sy sebab sy xtau

Starbuck setaun sekali pun susahhh..
Coffee Bean je pernah 2 tahun dulu..
Sebab utama aku tak minum ais pun..so tak perlu minum ice blended..
Stakat nak minum hot coffee, balik umah aku bancuh coffee Vietnam.. Lagi terbaik bohhh

About pekerja McD, tak perlu khuatir dan risau
Yusuf al Qardawi dah mengeluarkan statement bahawa tak salah mereka bekerja tapi para pekerja kene slow2 cari keje baru..
Selagi tak jumpe keje lain, jangan berhenti sebab kalo berhenti boleh memudaratkan tanggungan
Tapi walau kite boikot pun, mereka tetap mampu nak bayar gaji pekerja
Franchise lain akan tampung perbelanjaan franchise yang merosot
So tak ade istilah 'pekerja McD pun orang Melayu..sian kat mereka bla bla'
Yang penting, pekerja tu sendiri ade kesedaran

About FB, pun tak salah
Tapi aku dah ngantuk nak terangkan panjang lebar
Bleh rujuk link2 fb kat wall aku
Bagi mereka yang suruh pemboikot tutup/boikot Fb, sile cari ilmu sebelum kuarkan kenyataan..

Bagi mereka yang katekan ini boikot bermusim, MaYBE..
Tapi tidak bagi aku sefamily
Huraian seperti diatas
Better bermusim dari mengata orang2 yang berusaha memboikotkan
Ko ado??
Sikit2 lama2 jadi bukit
Jadikan kisah burung yang tolong padamkan api sebagai teladan
Perlu takut pada Allah apabila disoal di padang Masyar nanti tentang ape sumbangan/usaha engkau terhadap mereka
Bagi mereka yang perkecilkan usaha orang yang memboikot, sila jawab 'ala tu sume bermusim je ya Allah.. Baik xpayah. McD je? fb tak nak tutup?'
Mampu???

Nak sumbangkan wang ringgit, sikit je yang mampu
Yang terlebih mampu adalah berdakwah secara percuma di FB dan doa setiap masa..

Setiap kali terpandang gambar para syuhadah yang berkain kafan sambil dikucup oleh ibu/bapa, mesti terbayang aku mengkucup Nuh.. Nauzubillah.. Menitik air mata melihat wajah suci mereka yang tak berdosa..
Semoga doa2 kite dimakbulkan Allah SWT dan dapat melindungi mereka daripada serangan Zionis..

ALLAHUAKBAR!!

P/s: Nuh baru dengar guruh dah lari laju2 peluk aku, kalo dengar bom xtaula macam mane.. :p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: