Showing posts with label ::s.k.s.h.a.s::. Show all posts
Showing posts with label ::s.k.s.h.a.s::. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

::a.b.e..n.a.v.y::





aku yang syok sendiri!hik3!

Last week buat job untuk kawan sendiri sesame skolah rendah kat Melaka. Majlis yang best sebab ramai navy sebab die pun navy gak. Leftenan Abdul Wahid. Cite secara bergambarlah ye. Maleh den nak pkir ayat.

Jumaat malam tetibe die call suh datang sebab xde cemeramen untuk malam berinai. Supposedly kitorang hari Sabtu je. and lagi tak paham untuk kenduri belah lelaki ade malam berinai. and lagi tak paham ade 14 baju persalinan. 14 tau! 14! Memule dengar pun nak termuntah dah. huhu. So malam tu jugaklah gerak ke Melaka. Chalet disediakan. Dengan sesat sume maka sampaila 11.30mlm. Bayangkan malam2 tu nak buat persalinan.. Layan jelakan. Lagipun celik mate jap dapat nasik lemak :p. Check in chalet kul 2pg. 

Esoknye, sambung lagi dengan persalinan. Mulela menghasut pengantin pompuan supaya buat2 penat. haha. sebab yang pompuan memang terpaksa gile ambik ati mak andam. yelah. mak andam tu mak long belah laki. kikiki. Dan sebenarnye aku tak sabar time nak berarak je. 


Inilah Leftenan Abdul Wahid. Dah besar ni jambu plak die.. Semart be..


Siap ade bagpipes iring dorang. Orang kampung berpusu2 nak tengok. Penuh gile.


Time ni akan lalu bawah pedang. Tah mane plak gambar time lalu tu.


Pas bersanding, makan sume kene potong kek. Potong kek pun bawah pedang gak.


Pas setel sume, g outdoor tepi pandai putri tu. Teringat zaman mude dulu slalu bbq kat situ :p. Kebetulan ade plak budak2 datang untuk sewakan kude. Untung dorang.. RM5 satu round pantai.


Nila akibatnye dah lame tak bergambar. Bile dorang dah setel, sempat cilok topi and pedang wahid. Dari awal dok geram je tengok pedang tu.


Berat gile. Ni pun menggigil nak angkat tinggi sikit. Dahla tajam. Berkilat. Leh gune untuk tengok touch up makeup.


Pasni nak apply keje kat SPA yang kene pakai uniform ar. Leh pakai topi. hihi. Puas hati. Bagpipes tu je xdapat nak pinjam tiup. hak3. Xpe2. next time leh cube lagi.

Tapi jangan ingat gambar aku je. Gambar ini orang pun ade gak.. 


Macam ade gambar kat tin sardin tu..lupe plak jenama ape..hik3..

Monday, October 19, 2009

::bercanda..dipasiran..pantai::

Mule dari minggu ni sehingga 2 minggu lagi merupakan minggu yang bizi bagi aku. tak surela sempat ke tak nak menghapdet blog setiap minggu. moga2 bos akan terus tak ada :-(


aktiviti minggu ni, pulang ke Kuala Pilah ari Jumaat after keje untuk pegi kenduri besfren+sedara abah nak gi haji. Sabtu petang balik trus ke Port Dickson. Ade BBQ ngan ofismate. The food so-so gakla. teringat bbq time house warming kat melaka dulu. Besnye kalo event tu tetibe bertukar jadi event MATEREALIFE. sure sampai ke pagi lepak pon takpe. blurghhh!! windunye..huhuhu..

pic credit to mirul

Ahad plak mengbawa diri ke Bukit Aman secara solo. Tempat ponteng skolah kecit2..hehe..tapi kali ni nak tengok kawan mase kecit2 dulu kawen. Puan Shaliza. Lame dah tak jumpe. Bile jumpe je trus nak kawen dah. heh. cepatnye mase berlalu. ramai yang datang. asik jumpe muke yang same je. dah tak leh kire reunion nih. one of us dah jadi mak buyung 5 bln. sangat teruja tengok kawan time kecit2 perut memboyot..hihi. cute!



aktiviti diakhiri dengan open house umah adlina di Cheras. tapi aku tak g. sebab kete yang kosong sume laki. ceh..alasan ke tu or sebenarnye memang malas nak g sebab kroni2 tak ikut??hahaha. tak larat dah aku nak beraya lagi. raya pon dah abes. heh..hope berjumpe lagi Ramadhan & Syawal tahun hadapan. amiinnn...

Tuesday, September 8, 2009

::b.u.k.e..p.o.s.e..s.k.s.h.a.s::



Minggu ni buke pose bersame2 geng skolah rendah-SKSHAS 92-97. aktiviti wajib setiap taun. taun lepas2 asik wat kat foodcourt Midvalley je so kali ni organizer bagi cadangan kat IKEA plak. Lebih kurang dalam 20 orang yang datang. taun lepas lagi ramai rasenye sebab kali ni wat last minute. sebab baru tersedar dah takde mase dah.





so dengan membayar RM15.90 make berbukela kami secara buffet. Duk beratur dari kul5 petang sebab nak beli tiket. tu pun line dah panjang gile dah. kalo bukan sebab dah confirm venue, lame dah aku carik tempat lain. nak beli tiket kene beratur, nak amik food pon beratur.. adeh.. menyesal dibuatnye.. tapi food not bad ar. berbaloi..





memule 7 antara kitorang je yang berjaya masuk awal sebab yang len datang lewat so tiket dah abes kene tunggu orang kuar pas buke baru leh masuk. heh.. wat lagi. around 8pm tu barulah yang lelain dapat join makan. heh.. IKEA tu tetibe berubah cam pasar borong selayang plak dah. riuh rendah tak hengat. last2 pusing depan blakang tengok2 orang dah kosong. dah kul10 rupenye. ahaha.. wat macam rumah sendiri plak. sempat menshopping kuih raye di IKEA.





disebabkan ramai yang dah nak blah maka dengan kami pon bersurai. ramai sangat yang dah ade komitmen. xpe2. episod akan datang konvoi beraya plak. harap2 lagi ramai leh join.