[bosan mode]
Semalam, 1st time pegi Pasar Ramadhan Bukit Changgang untuk Ramadhan 2010. Beransur2 bagus dari taun lepas. Masih mencari2 nasik ambang yang terbaik. Banyak pilihan maka banyaklah duit yang dikeluarkan. Tapi masih tak boleh lawan wak darn. Taun ni, sebut pasar ramadhan, hati tak seexcited taun2 lepas. Kalau dulu, putrajaya leh pegi pas balik keje, ari2 pun takpe. Param kat Peringgit, Melaka bleh pegi ujung minggu. Kalau boleh, param Kuantan pun nak singgah. Taun ni macam tak heran sangat. Masak sendiri lagi best kot. Dengan kate lain, buke kat umah lagi sodap. Buffet? Pegi bleh, tak pegi pun takpe. haih. Awat tah taun ni. Pelik pun ade.
Tarawikh. Dah beberapa kali berterawikh bersama imam mude Al-Ahmad Al-Albab. Imam jemputan dari Pangsenam, Saudi Arabia. Tapi jangan ingat berimamkan imam mude ni dapat abes tarawikh cepat. Same je macam masjid2 berdekatan. Cume bezanya takyah naik kete dan pas tarawikh sempat pegi pekena roti tisu dan teh 3 layer tanpa telekung. Tambahan plak musim2 ujan ni. Malas btul nak meredah ujan. Tido dap g..
Kuih raye. Belum ade sejenis pun kuih raye yang aku tempah walaupun balang kuih dah selamat duduk lame dalam lemari dapur. Excited beli balang melebihi segala2nye. Kuih raye yang akak opis jual pun tak berjaya menarik perhatian aku sekeluarga. Kerepek merepek tu akhir2 Ramadhan nanti sempat lagi kot. Bajet nak buat kuih sendiri. Misi membuat 2 jenis. Aku satu, Incik Amat satu. hehe. Bahan2 kering dah hampir sempurna. Bahan2 basah nak beli kat Lorong Haji Taib. Jauh nau plak rasenye dari sini. Tunggu jelah weekend..
Jalan TAR. Sentiase melambai2 dalam lena mahupun sedar. Incik Amat cakap, kite kene banned jalan TAR selama 3 bulan mulai selepas kawen. We did it! Tapi ni dah 3 bulan lebih. Dah bleh pegi semule dah. hihi. Tak beli pape pun xpe. Janji jejak, jalan2. Selalunye memang end up tak beli pape pun. Tetap tunggu clearance sale malam raye baru beli. Dan selalunye akulah orang terakhir yang sampai ke kampung. Sampai pun tengah2 malam bute. huhu. Kalau pasal Jalan TAR, sebut time bukan Ramadhan pun aku memang tetap akan semangat.
Baju raye. Kain dah siap beli kat Jakarta aritu. And dah siap dah pun semuanye. Setelah 2 kali raye aku takde baju raye. Nak kawennye pasal. Asalkan ingat pasal baju raye je, tempahan dah ditutup. So taun ni balas dendam. Belum pose lagi baju dah siap. Baju raye haji pun dah ade ;-).
Pendek kate, aku lebih senang duduk umah. Rumah adelah segala2nye. One of my friend yang dah kawen cakap, biasenye memang dari awal kawen up to 6, 7 months after akan rase nak duk umah je. Kuar g mane2 pun tak nak. Then, dah bosan duk umah mulelah berpeleseran kat mane2 mall, takpun umah sedara, adik bradik. Dah bosan berpeleseran, barulah start bukak kilang manusia. Macam die sekarang (All the best babe.push harder :p). Dan aku sedang melalui fasa kehidupan yang itu walaupun agak terlambat sket dari die. Tengok tv. Masak. Gaduh. Majuk. Makan. Tido. Kadang2 incik amat ajak g mamak pun malas. Duk umah lagi bes. Lately. Aku suke masak. Aku suke basuh baju. Aku suke lipat baju. Aku suke aktiviti sedut menyedut. Aku suke kemas umah. Every hour tanye Incik Amat. Nak makan? Nak air? Ade nak ape2? Ade je nak masak. At least cekodok. So tak pelikla kalo orang kagum dengan perkembangan tumbesaran kami sekeluarga. Kalo pegi mane2, mesti nak tengok periuk, kuali, comforter, ape2 yang berkaitan dengan umah. Sampaikan incik amat suruh buat satu list barang2 yang aku nak, then kalo dah beli, pangkaahhh..hak3. punyelah banyak barang2 yang aku slalu sebut nak beli. Kalau korang dah kawen nanti, korang taulah macam mane. Sempurna dalam ala kadar ;-).
and YOU. Muncul jua kamu dalam mimpi aku. Rase nak sambung tidur sehingga petang. Sambung dan terus bersambung. Aku tau kamu tau yang aku rindu sama kamu kan. Dah lame aku tunggu. Dan dah lame aku berdoa. Mungkinkah sebab.. errr.. Tapi yang penting kite g holiday same2 walaupun tanpa sepatah bicara. Aku benci setiap kali mimpi, setiap kali itu juge aku lupe perjalanan mimpi itu. Apa. Bila. Bagaimana. Di mana. Sume tak ingat dah. Tapi yang penting kamu sudi berjumpa dan bertandang dalam mimpi aku. Semoga kamu sentiasa bahagia disisiNYA dan mendoakan perjalanan hidup aku sekeluarga bahagia dan digandakan rezeki. Insyaallah.
End of my merepek. Len kali sambung lagi.
p/s: Lembu punye susu, sapi dapat nama (bukan sapi dalam LBS tu k).. itulah yang dinamakan seorang manusia..wallahuallam..
No comments:
Post a Comment