Wednesday, August 18, 2010

::p.u.d.i.n.g::

Semalam, b4 balik ofis, tah cemane tergoogle resipi Puding Caramel. Actually, mase balik Temerloh baru2 ni, mak sedara Incik Amat ade cite pasal puding ni mahal kat PARAM Temerloh. Sepotong RM5. Dahla nipis. Aku pun adelah 2,3 kali nak beli tapi bile cam mahal tu berpikir 6 kali (3 hari x 2 kali ulang alik) gakla.. Last2 tak beli gak. Lagipun yang aku tau bukan susah sangat nak buat puding tu. 

ihsan incik google

So, semalam bile cek2 bahan, sume bahan dah ade kat umah. Xyah kuar modal dah. Lepas selesai masak siput sedut berulam sayur berkicapkan daging, lalu aku dengan penuh dedikasinye mensukat bahan2 yang diperlukan. Tapi disebabkan kami sekeluarga je yang nak makan, taklehla nak ikut resepi sepenuhnyekan. Kang abes setaman aku bagi rase kang. Kalo setin susu, aku agak2 je setengah tin. Pendek kate, last2 aku buat sukatan aku sendiri. Bajet2 jela bagi sedap. Gambar semasa pembuatan tak sempat nak ambik. Tak berapa nak rajin.




Okeh. ni gula hangus. Time kasih gule hangus sebab buat jari aku melecur. REMINDER. Panasnye gule hangus lebih kurang same panas dengan minyak panas ye. Jangan main2. Jangan ingat bleh hembus2, colek2 untuk rase macam merasa masinnye gulai. huhu.




Dah siap sume, kukuskan dalam pengukus yang orang bagi adiah time kawen aritu.. kukuslah dengan penuh kasih sayang dalam mase setengah jam. Agak2 jelah. Janji die menjadi. Dah siap kukus, sejukkan dalam fridge.


setengah jam kemudian...


tarraaaaaa!




memang menarik, tertarik, kau memang da boom..slurppp! Speechless. Dahla 1st trial. Smooth je surface die. Sebab, pantang larang semase buat ni jangan ade bubles. Buat dalam mangkuk kecik2. Tak macam kat PARAM tula.




Yang penting, Incik Amat suke and siap cakap congratulations lagi. wuhuuu.. Bukan senang incik amat nak puji kot. hehe. 
Dibuka untuk tempahan ye. Untuk open house ke, untuk FMIL ke.. ;-) Jom google resipi lain plak.

No comments: