Semalam, Ahad. Sekali lagi aku dan Incik Amat carik pasal. Sekali lagi join Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7BM). Bersemangat bangun kul6 pagi. Incik Amat yang kene kejutkan aku sebab die yang ajak carik pasal. Amannye rase sebab tak ade bunyi budak kecik nangis pepagi and menempek kat pagar.
Sampai kul7.15 walaupun sebenarnye kene ade pukul7 pagi. Tempat berkumpul di Pintu Masuk UIA. Tunggu punye tunggu, organizer terlambat, suruh kami g brekpes dulu. 9 pagi baru bergerak ke Sungai Pisang.
Selesai sesi agihan food dan exercise, terus gerak. Ini tempat permulaan perjalanan kali ni. Mule2 je dah mengharung sungai. Bes. Cuace pun redup je. Tapi kene masuk utan gak sket. Sikit sangatlah. Bagi lagi sikit pun takpe.
Kawasan sungai yang bleh nampak dari tepi highway Karak.
Kene melintas sungai lagi. Ade tempat banyak batu, ade tempat tak de batu. Tempat ade batu tu sampai terduduk jatuh dalam air.
Pas jalan2 sket, jumpe 2 terowong aka tali air super besar. Nampak macam terowong kat Sungai Gombak dan sungai2 yang sewaktu dengannye dan cam kotor tapi sebenarnye bersih gile. Lalu dalam terowong sambil buat macam2 bunyik.
Suasana perjalanan untuk ke air terjun..
Berjalan tak sampai sejam, dah sampai tempat air terjun. Ikut jalan air lagi senang dari jalan darat dan lagi cepat.
Inilah die air terjun Sungai Pisang. Air tak berapa dalam pun. Memang tinggi. Penat pikir cemane nak absailing nanti. huhu.
Demo cara2 memakai harness yang belacak baru beli tu. hehe.
Lunch for today. Nasik Ayam. So-so. Tapi dah ade dalam utan, semua pon sodap.
Dah kenyang, baru lompat masuk air. Buncitlah perut den tak lame lagi..
Incik Amat get ready pakai harness dengan semangat kobar2. Kat dalam tak taulah. hehe
Senyuman paling kacak yang boleh dibuat di saat2 genting selepas tergelincir. kikiki.
Pas 3,4,5 orang, turn aku plak. Aku orang paling last. huhu. Sebenarnye nak cube, tapi tetibe incik amat cakap tak nak. Terus set otak, tak nak. Tetibe incik amat cakap nak plak. Adoii.. Bile negatif nak ke positif tu yang susah. Nak kumpul balik kekuatan, hindari kecuakkan tuh. huhu.
Belacak yang ngok ngek! Segala doa, segala serapah, segala mentera die bace time orang nak turun.
Cuak bodo! harharhar.. Rase menpertaruhkan nyawa je. Dahlah safety equipment tak cukup sangat. Time ni nak carik spot nak letak kaki. Time nila belacak memberi kate2 semangat "percaya kepada diri sendiri macam mane kite percaya pada Allah SWT". pastu nyanyi lagu AF. HAHAHAHA. Lepas tu doa ape tah die bace. adoyai.. mane nak tergelak, nak suspen lagi. haha.
Sempat buat peace. Time ni lutut gigil tak hengat dah.
Elok2 dah dapat tune, kaki plak leh tersangkut. Ni sume gara2 orang jerit2 suh luruskan kaki tapi aku tak dapat nak luruskan kaki. Penat aku jerit "kaki el panjanglah. Xleh nak lurus". wakaka. Pengakuan tulus ikhlas dari hati di kala itu. Rase nyawa ni idop segan mati tak mau je dah. Tangan belakang dah tak dapat nak tampung. Dah jerit2 "nak naik balik..plisss..nak naik!".harharhar.
Then Belacak turun few steps lepaskan kaki yang tersangkut tu. siap cramp sambil terkangkang. hahaha. Aih.. memang takmo ingat balikla saat2 genting tu. Yang menguatkan semangat bile tetibe mulut tak putus2 selawat. Ape2 pun kene ingat pada Dia. Once teringat tu memang automatically dapat tenaga.
Bile kaki dah lepas, dah bleh pakai goggle. yeah! memang sangat membantu time lalu kat air tu. Alhamdulillah selamat sampai ke bawah. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Dah puas mandi2, gerak balik.
Tak puas lagi bergambar kat terowong ni. Time balik sambung lagi. hehe.
loq@opismate & tunang
Abes agak lambat semalam. pukul4. Tapi taklah sepenat Bukit Tabur. lenkali bagi aku nek Bukit Tabur 4 kali dulu baru sekali abseiling. hik3. Yang penting dapat pengalaman. Next round bleh join lagi.. ;-)
p/s: sampai skrang still tak tau asal name sungai pisang :-(






















No comments:
Post a Comment