Showing posts with label ::i.n.f.o::. Show all posts
Showing posts with label ::i.n.f.o::. Show all posts

Monday, March 28, 2011

::?s.a.p.p::

Hidup anda akan lebih bermakna dengan


cewahh macam iklan plak
kali ni nak ceghite pasal application yang namenye WhatsApp
Application ni same je macam Ym, BBM etc
Tujuannye untuk menchatting dan sewaktu dengannye
Bezanye application ni akan auto detect no phone yang ade dalam phonebook untuk orang2 yang dah install application ni
Kirenye kalau jumpe kawan baru, just add no tepon jela
And application ni bleh juga diguna oleh bukan pengguna BB
Asalkan die bleh install, blehla guna
Eh tapi tak gakla
Kalau yang prepaid tu aku rase macam susah nak pakai
Xtau kenape
Sian kak suzy :(
Oh ya, application ni actually kene beli tapi sekarang ni ade free trial for one year
Jadi bleh gune sampai lebam!
Tapi bagi yang prepaid, aku rase still kene tolak credit gak kot.. kan dol?
Yang pastinye emoticon die sangat cool
contoh;


ade banyak lagi..
going places, things, nature, people
Ni kat BB la
Mengikut kate umi, kalo bukan BB kuar bahasa mandarin hihi
Silelah bertukar ke BB cepat2 ye umi or kalau nak free pun bleh gak :p
Jadi, oleh sebab mendealah nila batri aku cepat kong
Tertinggal kejap je jenuh nak menscroll balik bace
Lagi2 plak bleh invite conference
Ke lautla wey..
Menggunungla baju tak berlipat melayan korang..haha

Thursday, March 17, 2011

::a.p.p.s::

Bersiaran lagi kali ni bukan pakai BB
Lainla kalo aku dalam jem ke, depan starbuck ke
Kenela pakai BB edit blog :p

Kali ni nak cite sket applications yang bergune dalam BB
Kebanyakan app dalam ni semua di godek2 dan didonlod oleh incik amat
Salah satu app yang berguna adelah UQURAN
symbol die cam ni


Boleh pilih surah dari senarai yang ade


Click mane2 surah yang berminat and akan keluar macam ni


Kalau rase nak pastikan bacaan betul or tak bleh baca skali dengan MP3

Pastu ade lagi 1 app yang aku rase sangat berguna gak
Namenye Islamic Contents Application

Ade macam2 dalam ni such as mencari kiblat, mencari masjid, himpunan selawat, zikir harian etc


Untuk mencari kiblat and masjid tu lom try kejituannye
Ini contoh himpunan selawat


Agak2 korang tak leh tido
Agak2 korang rase seram di tengah malam
Agak2 korang baru lepas nampak hantu
Agak2 korang tetibe rase down gile
Agak2 korang baru lepas gaduh dengan bf/gf/suami/isteri
Agak2 korang rasa on that particular day kurang sangat pahala
Lehla cube2 menggunakan mane2 application ni

Ade banyak lagi app serupa ni
Tryla godek2 lagi
Gunakan semaksimum yang boleh ;-)


p/s: Suke atilah aku nak cite pasal BB, ko adooo??

Thursday, January 6, 2011

::+.v.e::


Sedikit tazkirah untuk harini. Aku suke bace blog Mazidul. Sebab banyak kejadian benar dan kejadian semasa yang dipostkan. Tapi kali ni aku tertarik nak share salah satu entry die kat sini. Renung-renungkan dan selamat beramal hehe

"Dalam kes berbeza, sebilangan gadis juga berduka kerana ditinggalkan teman lelaki, habis madu sepah dibuang, begitu lumrahnya. Justeru mereka juga harus mempunyai positive thingking.

Bertemu dan kemudian tidak bersatu, satu kejadian biasa. Usah  berasa terlalu kecewa berikutan  peristiwa sebegitu kerana harapan dan peluang untuk hidup bahagia tetap wujud. Terima kenyataan secara terbuka, bekas teman lelaki bukan penentu kepada jatuh bangun sewaktu menjalani liku-liku hidup.

Ya! Ramai gadis berasa teramat kecewa ditinggalkan teman lelaki kerana terlalu sukar melupakan all those sweet memories. Kenangan indah dicipta dan ditempuh bersama dirasakan menghantui kehidupan mereka siang malam. Namun mereka perlu akur, kejadian hitam dilakarkan dalam perhubungan tidak semestinya dinyahkan begitu sahaja.

Hakikat tetap hakikat.

Mengapa perhubungan terputus di tengah jalan? Teman lelaki tidak jujur? Dia tidak memberikan perhatian sewajarnya? Bakal ibu mertua tidak perkenan? Teman lelaki panas baran dan kerap 'naik tangan'?

Semua itu antara faktor penyebab dikenal pasti.

Jadi mulakan hidup dengan berfikir secara positif. Tanamkan harapan, lelaki bakal muncul dalam kehidupan berkebarangkalian lebih baik berbanding teman lelaki sebelumnya. Dia juga mampu mencipta saat bahagia untuk insan bergelar wanita. 

"Kau tak faham. Dia memang sayang aku, lagi pun dah 3 tahun dengan dia," ujar gadis.


Soalan saya, jika benar-benar sayang seperti didakwa, mengapa perhubungan dibina kecundang akhirnya?

Fikirkan.

Namun, malangnya majoriti gadis lazimnya gagal meninggalkan kenangan indah itu justeru terhegeh-hegeh kembali semula ke pangkuan bekas teman lelaki.

... sekaligus buat kesekian kalinya sanggup menempuh pedih jerih menjalin dan meniti kembali perhubungan pernah kecundang.

Biarpun dinasihatkan, pegangan mereka tetap tidak berganjak.

Manakala sebilangan bertekad meneruskan kehidupan bersendirian dengan menggenggam erat harapan, there is light at the end of the tunnel.

Apa pun, jika dilihat sekali imbas, peristiwa pahit dilalui bersama bekas teman lelaki itu satu pengalaman tidak ternilai harganya dan harus diabadikan. Pengalaman dijadikan 'sempadan' sewaktu membuat keputusan pada masa akan datang, agar keputusan dibuat lebih bijak.

Ingatlah, Allah tidak menguji manusia dengan cabaran tidak mampu didepani mereka."

Thursday, August 26, 2010

:1.3::



Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2.
Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.
Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4.
Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5.
Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6.
I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7.
Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8.
Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9.
Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.
Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.
Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.
Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.
Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 



Monday, August 16, 2010

::s.o.l.e.h::


Tadi, ade orang tag aku kat FB note. Bertajuk "Kisah Soleh Suami Idaman". Saje nak share kat sini. Asik merepek je. Sesekali hidangkan yang ilmiah sikit ;-). Bagi mereka yang masih2 mencari calon suami, carilah calon seperti dibawah. Tak perlu sejibik, 80% dah cukup.  Kekayaan bukan menjamin kebahagiaan. Carilah yang dapat membimbing kite ke syurga.. Yang penting, nawaitu mesti baik.. Insyaallah..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke Mahkota Medical Centre, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.


Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.


Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang  yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya". Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. 

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.


Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.


Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.


Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.


Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.