"Dalam kes berbeza, sebilangan gadis juga berduka kerana ditinggalkan teman lelaki, habis madu sepah dibuang, begitu lumrahnya. Justeru mereka juga harus mempunyai positive thingking.
Bertemu dan kemudian tidak bersatu, satu kejadian biasa. Usah berasa terlalu kecewa berikutan peristiwa sebegitu kerana harapan dan peluang untuk hidup bahagia tetap wujud. Terima kenyataan secara terbuka, bekas teman lelaki bukan penentu kepada jatuh bangun sewaktu menjalani liku-liku hidup.
Ya! Ramai gadis berasa teramat kecewa ditinggalkan teman lelaki kerana terlalu sukar melupakan all those sweet memories. Kenangan indah dicipta dan ditempuh bersama dirasakan menghantui kehidupan mereka siang malam. Namun mereka perlu akur, kejadian hitam dilakarkan dalam perhubungan tidak semestinya dinyahkan begitu sahaja.
Hakikat tetap hakikat.
Mengapa perhubungan terputus di tengah jalan? Teman lelaki tidak jujur? Dia tidak memberikan perhatian sewajarnya? Bakal ibu mertua tidak perkenan? Teman lelaki panas baran dan kerap 'naik tangan'?
Semua itu antara faktor penyebab dikenal pasti.
Jadi mulakan hidup dengan berfikir secara positif. Tanamkan harapan, lelaki bakal muncul dalam kehidupan berkebarangkalian lebih baik berbanding teman lelaki sebelumnya. Dia juga mampu mencipta saat bahagia untuk insan bergelar wanita.
"Kau tak faham. Dia memang sayang aku, lagi pun dah 3 tahun dengan dia," ujar gadis.
Soalan saya, jika benar-benar sayang seperti didakwa, mengapa perhubungan dibina kecundang akhirnya?
Fikirkan.
Namun, malangnya majoriti gadis lazimnya gagal meninggalkan kenangan indah itu justeru terhegeh-hegeh kembali semula ke pangkuan bekas teman lelaki.
Namun, malangnya majoriti gadis lazimnya gagal meninggalkan kenangan indah itu justeru terhegeh-hegeh kembali semula ke pangkuan bekas teman lelaki.
... sekaligus buat kesekian kalinya sanggup menempuh pedih jerih menjalin dan meniti kembali perhubungan pernah kecundang.
Biarpun dinasihatkan, pegangan mereka tetap tidak berganjak.
Manakala sebilangan bertekad meneruskan kehidupan bersendirian dengan menggenggam erat harapan, there is light at the end of the tunnel.
Apa pun, jika dilihat sekali imbas, peristiwa pahit dilalui bersama bekas teman lelaki itu satu pengalaman tidak ternilai harganya dan harus diabadikan. Pengalaman dijadikan 'sempadan' sewaktu membuat keputusan pada masa akan datang, agar keputusan dibuat lebih bijak.
Ingatlah, Allah tidak menguji manusia dengan cabaran tidak mampu didepani mereka."
4 comments:
mode: insap
moga dijauhi dri golongan sebegitu
ouhh i berjaya membuat entry yang bleh menginsapkan..haha
oh,i am sooo kind enough to always forgive n forget kan..dush!~
hehe ;-)
Post a Comment